BAB 11

768 47 9
                                    

Pov Areena

Aku mengambil kehadiran dan nama murid - murid di kantin. Ingin melihat siapa yang tiada di kantin saat ini. Satu persatu nama aku menyeru.

Jikalau tidak cukup. Pasti aku akan di marah oleh pengetua. Semua nama pelajar kelasku sebut dan semuanya ada. Kecuali Umariff dan Aidina saja.

Mata aku melilau ke sekeliling. Mencari bayang dua orang murid kelasku. Bayang mereka berdua tiada langsung di situ.

Keningku bertaut rapat. Seingat aku, Umariff adalah orang pertama yang keluar dari rumah. Tak mungkin tidak sampai lagi.

Aku membuka langkah ke luar pagar. Aku mencari motor milik suamiku. Tiada langsung di parkir luar sekolah. Aku mengeluh kecil. Hati kecilku mulai risau. Takut aku kalau apa - apa jadi pada dia nanti.

Aku risau kerana aku sayang dia sebagai seorang murid dan tidak pernah lebih!

Baru saja aku ingin membuka langkah masuk kembali ke dalam kawasan sekolah. Tiba - tiba aku terdengar bunyian motor di luar. Pantas aku berkalir.

Terdiam aku apabila melihat suamiku yang sedang berada di atas motor. Tapi entah membuatkan aku terasa sedikit sakit hati apabila melihat Aidina yang berada di belakang membonceng suamiku.

Bukan kerana cemburu. Tapi cuma di sebabkan tidak manis mereka yang bukan mahram naik motor ke sekolah sekali.

Mereka medndekatiku di pintu utama. Dengan selamba suami aku bergelak tertawa bagaikan tiada apa - apa berlaku.

" Cikgu... Maafkan kita orang lambat. Tadi saya keluar awal... Lepastu saya gi rumah buah hati saya ni pula. Sebab tak ada siapa nak hantar dia." Ujar Umariff dengan sengihan.

Aidina menolak bahu Umariff dengan sikunya. Merah habis wajahnya. Mana tidak malunya suami aku sebuk bergedik di depan aku!

" Awak tahu tak awak berdua dah menyusahkan saya!" Tengkingku entah tidak tahu mengapa... Tiba - tiba saja aku baran?

" Leklah cikgu... Lambat seminit je kan?" Teka Umariff.

" Sudah! Awak pun satu Aidina! Kenapa tiba - tiba pula hari ni tak ada transport?" Keras suaraku memarahinya.

" Err... Saya-"

" Apa cikgu ni? Kita orang dah adakan? Tak payah nak marah - marah boleh tak?" Marah Umariff sambil tangannya menarik Aidina duduk di belakangnya.

" Awak kata saya tak payah marah!" Makin panas aku dengan suami aku.

" Yelah... Nak marah macam orang gila dah kenapa?" Selamba Umariff.

Baru saja aku ingin membalas. Tapi lidahku terkelu apabila melihat Umariff dengan selamba membuka topi keledar di kepala Aidina.

" Saya boleh bukalah."

" Tak apa..."

Umariff terus menarik baju Aidina masuk ke dalam pagar sekolah. Tanpa langsung menghiraukan isterinya di luar pagar.

Entah hati aku rasa sakit bila di perlakukan seperti itu. Dadaku di sentuh dek terasa lemah. Kenapa pula hati aku ni?

Di dalam perjalanan. Kepala Areena tidak berhenti berkalih memandang ke belakang. Terlihat suaminya dan Aidina mesra benar bergambar.

" Kenapa kau ni, Areena!" Gumam Areena terus berkalih.

Azrin dari tadi tidak berhenti merenung ke arah Areena. Dia sudah agak. Areena dan Umariff bukan memegang status sebagai murid dan guru saja. Tapi ada status yang di sorokkan oleh mereka.

Bas berhenti di perhentian untuk mereka berehat dan berhenti untuk solat jamak sebelum memulakan perjalanan semula.

" Baik semua... Kamu boleh pergi ke tandas dan beli makanan. Tapi tepat pukul 11 pagi. Semua perlu berada di dalam bas semula." Arah Areena kepada pelajar kelasnya.

Budak SPM itu SUAMI aku!! ( C )Where stories live. Discover now