EPILOG

823 36 19
                                    


UMARIFF terkejut mendengar berita dari Kak Nil tentang Areena meletakkan jawatan dari terus berkerja di bawah syarikatnya.

Umariff melepaskan keluhan berat. Melampaukah dia? Adakah dia terlalu melampau?

Membawa pekerja wanitanya ke restoran dan sengaja mahu membuatkan gadis itu cemburu. Dia melampau! Dia telah menyakiti hati bekas isterinya.

Niatnya cuma mahu membuatkan gadis itu akur tentang perasaannya. Bukan pergi tanpa khabar begitu saja.

Ego...

Itu saja yang mampu di ungkapkan. Mereka berdua mempunyai ego yang tinggi.

Cinta antara satu sama lain. Tetapi sukar untuk meluahkan perasaan sendiri terhadap sesama sendiri.

Umariff mahu bertemu gadis itu. Umariff mahu mencari dan mahu meluahkan segala perasaannya terhadap gadis itu.

Tapi...

" Macam mana kalau dia tak nak pandang aku? Macam mana kalau dia benci aku? Macam mana kalau dia tak nak maafkan aku?" pelbagai pertanyaan di akal fikirannya.

Umariff menjatuhkan kepalanya ke atas meja. Makin serabut akal fikirannya memikirkan cara.

Dia mahu bertemu keluarga gadis itu. Tapi... Bagaimana jikalau keluarga gadis itu membenci dirinya?

***

" Bila kamu ceraikan Aidina?" soal Datin Suraya?

Umariff tertunduk. Dia tidak tahu bagaimana mahu menerangkan sesuatu kepada ibunya.

Dosakah jikalau dia membuka aib gadis itu di depan ibunya? Haih... Makin serabut kepalanya.

" Empat minggu lepas." balas Umariff masih tertunduk.

"What? Tapi kenapa? Tak cukup kamu ceraikan Areena secara tiba - tiba... Sekarang ni Aidina pula? Apa masalah kamu ni Umariff?" marah Datin Suraya.

" Mummy tak ada dekat tempat Umariff... Mummy tak rasa apa yang Riff rasa." keras suara Umariff sambil memicit pelipisnya.

"Apa? Apa yang mummu tak tahu. Ceritalah? Macam mana mummy nak tahu kalau kamu tak cerita?" bentak Datin Suraya.

Umariff mengeluh kasar dan terus membuka langkah keluar dari rumah Datin Suraya.

Lelah Datin Suraya menyeru nama anaknya. Tetapi hanya di balas dengan jelingan saja. Sakit pula hatinya dengan anak tunggalnya itu.

"Haih... Ada anak sorang pun pening nak jaga!" geram Datin Suraya.

Umariff memberhentikan motor besarnya di sisiran pantai. Dia melangkah dekat ke tepi air laut.

Tanpa di jemput air mata sudah mengalir. Keluhan berat di lepaskan. Lelah dirinya. Dugaan menghempapnya... Rasa serba salah terhadap bekas isterinya, Areena.

Andai dia tidak memenangkan egonya dan tidak percaya akan tuduhan Azril. Pasti dirinya tidak akan kehilangan sosok seorang isteri yang paling di cintai.

"Maafkan abang..."

"Saya rindu awak, Areena." tangis Umariff.

Umariff terduduk menyembah bumi. Air mata semakin galak mengalir. Seribu kata sesal meniti di bibir belum tentu boleh menghilangkan rasa serba salahnya terhadap Areena.

Dia tenggelam dalam ketamakkan. Dia seorang yang pentingkan diri! Dia layakkah untuk Areena? Mahukah gadis itu menerimanya kembali?

Dia menang... Perlukah dia mencari Areena dan menyatakan perasaannya? Mahukah gadis itu pandang?

Budak SPM itu SUAMI aku!! ( C )Where stories live. Discover now