Datu Umariff tidak langsung memberi sepenuhnya perhatian kepada Areena ketika mengajar mata pelajaran matematik di hadapan. Matanya hanya fokus pada sang isteri yang ralik mengajar pelajarnya." Macam mana semua? Boleh?" Soal Areena sekali sekala terpandang sang suami tetapi pantas dia mengalihkan pandangan ke arah lain.
" Boleh!" Jerit pelajarnya satu kelas. Bagaikan mengajar tingkatan satu gayanya.
Areena mengatur langkah ke arah meja guru yang sudah tersedia di dalam kelas. Dia melabuhkan punggung di atas kerusi plastik tersebut.
Buku murid di capai dan di lihat kehadiran mereka. Dia sebagai guru kelas memang perlu memainkan peranan. Di tanda satu persatu murid yang hadir.
Apabila sampai ke nama sang suami. Matanya dengan automatik terpandang sang suami.
Umariff menongkat wajahnya dan di tenung dalam - dalam wajah isterinya yang masih terpaku melihatnya dengan kehairanan.
Areena pantas mengalihkan pandangan matanya dan kembali menanda nama pelajarnya yang hadir.
" Ish... Susahnyalah bini aku ni." Gumam Umariff dengan sedikit mengeluh.
Rakannya yang berada di sisi juga terdengar. Pantas dia berkalih dan memandang ke arah Umariff di sisinya.
" Apa yang kau merepek Umariff? Bini? Siapa?" Soal rakannya di sisi.
Terkejut Umariff pabila rakannya mula menyoal. Pantas Umariff melarikan pandangan. Haih... Cik mulut oi!
" Er... Tak adalah. Aku tak cakap pape un." Ujar Umariff dengan sengihan.
" Hm... Yelah. Ni kau faham tak? Tadi aku tengok kau fokus betul. Kalau faham... Ajar - ajarlah sikit." Ujar rakannya.
" Er... Tak." Umariff menggelengkan kepala dengan sengihan yang masih terlebar di bibir merah semula jadinya.
Bibirnya masih cantik dan merah dek tidak mengikut rakan - rakan kelas bawahnya mengisap rokok. Biasalah... Umariffkan!
Katanya... Jikalau mahu terlihat kacak. Kebersihan dan kesihatan perlu di jaga. Tapi itulah... Hati isteri saja dia gagal nak jaga. Huhu... Desis akal Umariff serba salah.
Ini sudah masuk sebulan lebih isterinya masih merajuk. Sudahlah tinggal lima hari lagi peperiksaan awal tahun. Bak kata sang isteri tidak menghalalkan ilmunya. Memang gagallah dia. Desis akal Umariff kembali.
' Macam mana nak pujuk dia ni? Itulah kau... Jujur tak bertempat. Tapi kalau tak jujur... Aku pula yang berdosa. Perempuan ni susah betul nak faham.' Bisik hati kecil Umariff sambil mengeluh kecil.
Areena memandang suaminya. Lelaki itu hanya tertunduk saja. Lelaki itu bagaikan tidak membuat latihan yang di berikan di depan saja. Haih... Itulah. Cari pasal lagi. Dia tak tahu aku ni hati keras! Desis akal Areena.
Sebenarnya dia sudah jatuh juga dengan pujukkan manja sang suami. Tapi di sebabkan satu kesalahan kecil sang suami. Membuatkn hatinya berkeras dan enggan memaafkan.
Iyelah... Fikir mudah - mudah saja Areena mahu memaafkan sang suami. Sakit tahu tak bila suaminya mengatakan dia cinta gadis lain tapi dia sentuh kau! Lepastu baru nak sedar akan kesilapan sendiri! Sebuk memujuk balik! Geram Areena.
" Umariff."
" Ye?" Pantas Uamriff mengangkat kepalanya.
Tanpa Areena sempat berkata apa - apa. Umariff sudah bangkit dari kedudukan dan mendekati sang isteri. Wajahnya tampak risau. Semua yang berada di dalam kelas melihatnya mendekati Areena.
YOU ARE READING
Budak SPM itu SUAMI aku!! ( C )
RomanceAMARAN‼️ Cerita ini di reka sepenuh oleh saya. Tidak berkait dengan yang hidup atau pun yang sudah kembali menghadap Ilahi. ✨🦋✨ Cerita ini mengisahkan tentang seorang guru perempuan muda yang di pindahkan ke SMK Seri Mahkota. Dia menja...