Areena menyenduk lauk - lauk yang ada. Seusai itu, dia terus membuka langkah ke arah meja untuk dia bersantap. Tiba - tiba matanya tertancap ke arah suaminya yang hanya bersemeja bersama Aidina saja.
' Hmm... Siapa bini kau ni!' Desis akal Areena geram.
Areena terus melabuhkan punggung. Sengaja di hentak kuat pinggang itu. Semua mata berkalih memandangnya. Termasuklah guru - guru.
Areena membalas dengan sengihan palsu. Tidak sampai sesaat senyuman itu mati apabila matanya bertembung dengan suaminya.
Umariff mengerut dahi. Tidak tahu mengapa dengan isterinya. Lalu di abaikan saja dan kembali bersembang dengan rakannya, Aidina.
Azrin membuka langkah melabuhkan punggung di atas kerusi yang berhadapan dengan Areena. Areena bagaikan tidak sedar saja dia di depan.
" Areena... Areena." Azrin menggawai tangannya di depan Areena.
Areena tersentak dan terus mengangkatkan wajahnya. Mata mereka saling bertatapan.
" Err... Maaf. Ye? Kenapa?" Soal Areena dengan senyuman nipis.
" Tak adalah. Nampak awak macam tak ada mood je. Anything okay? " Soal risau Azrin.
" Eh, okey... Okey." Jawab Areena dengan anggukkan. Bagi meyakinkan lelaki itu.
Azrin tersenyum bermaksud. Dia dapat melihat cara Areena memandang Umariff bagaimana. Tidak mengapa... Nanti akan terbongkar juga. Desis akal Azrin.
Di waktu malam, para pelajar telah di susunkan mengikut kumpulan nombor masing - masing. Mereka akan melakukan aktiviti malam. Iaitu berjalan sambil menutup mata.
Akan ada satu tali yang akan membawa mereka di sebuah tempat iaitu di pegang oleh ketua kumpula.
Areena sudah mengucap syukur kerena Umariff tidak sama kumpulan dengan pujaan hatinya, Aidina.
Dan semuanya tersusun elok. Dialah yang menukar kertas Aidina. Kalau tidak nombor Aidina sama dengan suaminya.
Pada malam hari, Aidina tidak dapat menyertai dek demam panas. Tetapi bagi Areena, gadis itu bagaikan sengaja mahukan perhatian dari suaminya.
" Saya tak nak cikgu... Saya nak rehat." Jawab lemah Adina kepada Areena.
" Kalau awak datang sini sebab nak tido je! Baik tak payah datang! Sekarang ni keluar!" Arah kasar Areena.
Entah apa yang merasukinya agar membuat dia tidak berperikemanusian seperti itu. Bagaikan tiada hati perut untuk pelajarnya yang sakit.
Umariff yang melihat itu tidak berdiam saja. Dia terus mendekati Areena dan Aidina. Dia cuba menenangkan keadaan.
" Cikgu... Bagi jelah Aidina rehat." Pujuk Umariff.
" Eh! Awak diam boleh! Awak pergi beratur sekarang!" Keras suara Areena.
Umariff baru saja ingin melawan. Tapi sempat Aidina menghalang. Dia terus bangun dan ikutkan saja kata gurunya. Walaupun badannya lemah waktu ingin berjalan.
Sempat Umariff memapah. Risau juga dia kalau apa - apa jadi dek gadis itu yang demam panas.
Tak faham betul dia dengan isteri dia. Tak berhati perut langsung. Apa yang gadis itu fikir?
Areena fikir dia sudah puas. Tapi sakit hati pula dia melihat sang suami memapah gadis itu. Makin panaslah hati. Air mata cuba di tahan. Areena terus membuka langkah ke arah tempat murid mula berkumpul.
" Eh, Dina. Awak tak sehatkan? Kenapa nak join juga aktiviti ni?" Soal salah seorang guru di situ.
" Dah c-"
YOU ARE READING
Budak SPM itu SUAMI aku!! ( C )
RomanceAMARAN‼️ Cerita ini di reka sepenuh oleh saya. Tidak berkait dengan yang hidup atau pun yang sudah kembali menghadap Ilahi. ✨🦋✨ Cerita ini mengisahkan tentang seorang guru perempuan muda yang di pindahkan ke SMK Seri Mahkota. Dia menja...