BAB 26

738 62 11
                                    

Umariff menuruni tangga lipat dengan berhati - hati. Di tepis habuk kipas di baju sekolahnya. Niatnya ingin balik terus, tapi di sebabkan Aidina mengatakan kipas biliknya yang tidak bergerak. Umariff sudi membantunya atas niat kerana kawan saja.

" Kipas ni macam dah lama je... Tak pelah... Nanti aku bagi tahu tuan rumah ni." Ujar Umariff dengan senyuman nipis.

" Ouh... Terima kasih Uma." Ucap Aidina dengan senyuman tipis.

" Okeylah... Aku balik dulu eh." Pinta Umariff tergesa - gesa.

Tak sabar dia mahu pulang dan makan masakan sang isteri dan bermanja bersama isterinya.

Aidina menghantar Umariff hingga ke luar rumah. Baru saja ingin melangkah keluar dari rumah. Aidina tidak sengaja memijak kain depannya sehingga membuatkan dia tersadung ke depan.

Nasib saja badannya tidak menyembah bumi dek Umariff yang sempat menyambut tangannya.

Aidina tertawa kecil. Geli hatinya dan bertambah malu kerana hampir jatuh. Umariff huga turut tertawa kecil. Mereka terlihat mesra.

Pak! Pak! Pak!

Kedengar seseorang bertepuk tangan di sisinya membuatkan Umariff dan Aidina berkalih. Terbuntang mata Umariff pabila terlihat sang isteri yang terkaku melihat adegan mesra mereka.

Dapat Umariff melihat Azrin yang berdiri di sisi isterinya sambil bertepuk tangan serta berwajah sinis.

Tak guna!

Umariff pantas melepaskan tangan Aidina dek tidak mahu isterinya salah faham.

" Cikgu?" Terkejut Aidina pabila terlihat bekas guru kelasnya di situ.

Areena tanpa banyak bicara, pantas berkalih dan meninggalkan mereka bertiga di koridor tingkat tiga tersebut.

Air mata mengalir deras membasahi pipinya. Hatinya sakit melihat kemesraan si suami bersama pujaan hati suaminya.

" Sayang!"

Umariff pantas mengejar langkah isterinya. Tetapi pantas Azrin menahan Umariff. Badan Umariff di tolak kasar sehingga membuatkan lelaki itu terjatuh ke belakang. Terkejut Aidina.

Apa maksud Umariff? Sayang?

" Eh, aku dah agak dah! Kau ni memang lelaki tak guna! Dasar lelaki tak cukup satu! Kau ceraikan jelah dia!" Sinis Azrin.

Umariff bangkit dari kedudukan. Wajah gurunya di pandang tajam. Merah wajahnya saat itu.

" Eh, aku tak buat apa - apa punlah! Kau memang berdendam dengan akukan? Kau buatlah macam mana pun! Areena milik aku! Selamanya milik aku! Kau jangan ingat kau akan dapat dia!" Keras suara Umariff sambil menyinis.

Pantas Umariff berlari mendapatkan isterinya semula. Di pintu lif dia hanya menunggu saja lif tersebut terbuka. Tapi lama pula...

Umariff mengutuskan untuk menggunakan tangga saja. Pantas kakinya menuju ke arah pintu tangga. Tiba - tiba dia terdengar tangisan seseorang.

Terlihat isterinya yang berdiri di sisi tangga dan di jadikan dinding sebagai penahan diri. Dapat dia melihat gadis itu lemah saat itu.

" Sayang..."

Areena terdengar saja suara itu pantas kakinya mengatur langkah menuruni anak tangga. Tapi pantas Umariff menahannya berserta tangisan.

" Sayang... Sayang bagi abang cerita dulu, sayang. Biar abang terangkan dulu... Sayang salah faham..." Pujuk Umariff resah.

Areena tidak berhenti menepis tangan sang suami. Rimas! Sakit! Semua ada!

" Jangan sentuh saya! Lepas Umariff!" Jerkah Areena membuatkan Umariff terdiam seketika.

Budak SPM itu SUAMI aku!! ( C )Where stories live. Discover now