Datu Umariff masuk ke dalam kereta beserta gurunya. Nasiblah keretanya sedikit jauh dari pelajar yang lain. Tetapi adalah serba sedikit yang melihat mereka jalan beriringan.Areena tidak langsung mahu memandang suaminya. Dia hanya membuang pandangan ke arah luar tingkap saja. Masam mencuka wajahnya dek di marahi oleh suaminya.
" Berapa kali saya nak kena bagi arahan dengan cikgu eh?" Soal dingin Umariff.
Areena hanya diam saja. Dia tahu suaminya sedang di lamun api kemarahan. Lihatlah panggilan suaminya apa? Terang lagi bersuluh.
" Saya cakap ni! Dengar tak?" Soal Umariff kembali sambil tangannya mencubit dagu isterinya.
Areena menepis kasar. Matanya sudah berkaca. Kasar perbuatan suaminya membuatkan dia menepis kasar dan air mata bertakung di tubir mata.
" Saya tak nak cikgu bermesra sangat dengan cikgu Azrin tu! Ingat sikit! Memang saya ni anak murid cikgu! Tapi di sekolah atau pun di rumah! Saya masih suami cikgu! Jadi hormat saya!" Keras suara Umariff.
" Eleyh! Awak bercakap dengan Aidina boleh pula! Jumpa perempuan cantik terus lupa bini!" Ujar Areena dengan nada cemburu sambil mengalirkan air mata.
Umariff terdiam seketika. Susah betul dengan isterinya itu. Masih tidak faham - fahamkah?
" Saya senang je Umariff. Kalau awak nak sangatkan Aidina. Pergilah. Saya tak halang pun. Tetapi ceraikan saya, itu saja. Tak minta banyak pun." Ujar Areena dalam getaran suara.
" Saya tak cintakan awak pun sebelum ni. Saya layan pun di sebabkan tanggungjawab saja. Hati saya hanya untuk orang lain, bukan untuk awak." Tipu Areena sambil mengalihkan pandangan ke arah luar tingkap.
Areena memang mahukan perpisahan. Bagi dirinya... Umariff ada peluang untuk terus berjaya. Dia tidak mahu di sebabkan cinta... Lelaki itu lalai dalam mata pelajaran.
Panas Umariff mendengarnya. Semakin lama semakin berani isterinya mencabar dirinya. Matanya mula berkaca. Tunggu masa saja air kata lelakinya ingin mengalir membasahi pipinya.
" Ouh... Really? Saya pun tak cintakan cikgu! Saya pujuk pun selama ni! Sebabkan kesian je! Kalau cikgu nak tahu... Dalam hati saya ni, tertulis nama Aidina. Layak ke ada nama cikgu ?" Sinis Umariff dengan senyuman senget.
Dia hilang sabar dengan perangai sang isteri. Kalau isterinya boleh kata begitu. Mengapa dia tidak? Orang mahu kata dia tidak matang? Di persilakan! Desis akal Umariff.
Umariff tanpa kata lagi terus keluar dari perut kereta. Di tinggalkan Areena dan pak Andir berdua di dalam kereta.
Air mata semakin galak mengalir membasahi pipi Areena. Bibir di ketap dan di kepal tangannya seerat - eratnya. Mata kabur dek air mata yang masih tidak berhenti mengalir.
" Puan... Puan janganlah terasa dengan Umariff. Budak tu tak bermaksud pun nam sakitkan hati puan. Saya kenal Umariff tu macam mana. Mungkin dia penat sampai tak sedar apa yang dia cakap." Pesan Pak Andir risau akan pasangan di belakang tadi. Dia hanya menjadi nyamuk saja di situ.
Areena semakin galak mengalir. Di katup wajahnya. Terhenjut - henjut bahunya melepaskan tangisan pabila melihat sang suami dan Aidina menaiki motor yang sama. Sakit...
Apa yang aku nak ni?
" Tak perlulah pakcik nak back up sangat si boss pakcik tu. Dia bukan isap gam sampai cakap tak sedar. Saya rasa dia sedar apa yang dia cakap." Ujar Areena dengan getaran suara.
YOU ARE READING
Budak SPM itu SUAMI aku!! ( C )
RomansaAMARAN‼️ Cerita ini di reka sepenuh oleh saya. Tidak berkait dengan yang hidup atau pun yang sudah kembali menghadap Ilahi. ✨🦋✨ Cerita ini mengisahkan tentang seorang guru perempuan muda yang di pindahkan ke SMK Seri Mahkota. Dia menja...