BAB 10

835 55 3
                                    

                   Umariff melabuhkan punggungnya di atas kerusi sofa di ruang tamu. Terlihat isterinya di sebelah hanya leka menonton drama korea. Mulutnya tidak berhenti mengunyah pelam.

" Bila cikgu beli tu?" Soal Umariff sambip menunjuk ke arah buah pelam yang berada di dalam bekas.

Areena berkalih apabila terdengar suara suaminya seperti menyapa.

" Ouh... On the way ke sini. Saya nampak ada orang jual kat tepi jalan. Saya belilah." Ujar Areena terus berkalih ke arah tvnya kembali.

" Saya nak juga boleh?"

Areena kembali berkalih ke arah suaminya. Dia tersenyum nakal lalu mengeluarkan sepotong dari bekas.

" Nak ke? Nah... Biar saya suapkan." Areena menghulurkan sepotong itu ke arah Umariff.

Umariff tersenyum suka apabila ada yang mahu menyuap. Dia terus mengesot merapati isterinya.

Baru saja Umariff ingin menggigit. Areena menarik terus masuk ke dalam mulutnya. Umariff mengetap bibir kegeraman.

" Em... Sedapnya Umariff." Areena menutup matanya sambil mulut tidak berhenti bersuara menyatakkan begitu sedap dan nikmatnya makan mempelam itu.

" Cikgu nikan! Saya nak!" Umariff cuba mencapai bekas itu. Tapi pantas Areena menghalang.

" Tak boleh! Ni saya punya! Awak  beli sendiri!" Areena terus berkalih menghadap tv yang sedang terpasang.

" Eleyh! Kedekut!"

Umariff terus berkalih. Panjang muncungnya. Dia mahu rasa saja. Tak tahu pula isterinya seorang kedekut rupanya! Desis akal Umariff geram.

" Emm... Sedapnya!" Sengaja Areena menjerit kecil.

Umariff memutarkan bebola matanya. Dia menghela nafas kecil. Isterinya di sebelah memang tak boleh diam betul!

Tak apa!

" Emm... Umariff nak!" Sengaja Areena.

Potongan pelam itu di gigit dan tidak langsung di kunyah. Hanya di gigit sepotong pelam itu di gigi kacipnya di hadapan.

Sengaja Areena menayang - nayang dan di goyang - goyang di hadapan Umariff.

Umariff mengepal penumbuknya. Tanpa izin dia terus menarik wajah isterinya. Mulutnya terus bergerak merampas pelam itu dari mulut isterinya.

Terbuntang mata Areena dengan tindakan drastik suaminya. Dapat dia merasakan bibir mereka bertemu dan nafas mereka menerpa wajah.

" Em... Sedaplah!" Ujar Umariff sambil mengunyah pelam yang di rampas tadi.

Areena terus berkalih. Bibir di ketap manahan malu. Dia dapat rasakan pipinya berona habis.

" Huh! Nak main lagi dengan saya! Cikgi jangan macam - macam ngan saya. Saya kalau dah halal! Semua benda saya main buat je!" Sinis Umariff terus bangun dari kedudukan.

Dia membuka langkah mendekati isterinya. Areena memandang tajam anak mata suaminya. Umarifg betul - betul berada di hadapannya.

Umariff sengaja menjatuhkan badannya di hadapan Areena. Tangan kirinya menongkat badannya dari jatuh di belakang penyandar sofa di belakang isterinya.

Kedudukan mereka semakin rapat. Tenungan mata membuatkan Areena tidak berhenti menelan liur dek terasa hembusan nafas menerpa wajah.

" Kenapa cikgu macam cuak je? Takut saya cium lagi ke?" Sinis Umariff.

Tanpa mendengar balasan dari Areena. Umariff terus merapatkan wajahnya ke arah gurunya. Areena terus menutup kelopak matanya.

Umariff tersenyum. Tawaan cuba di tahan. Sengaja benar dia mahu mengusik gurunya. Di tarik bekas yang di pegang isterinya.

" Terima kasih isteriku, sayang!" Jerit Umariff dengan tawaan terus berlari naik ke tingkat atas.

" Umariff!" Jerit Areena selepas membuka kelopak matanya. Huh! Tak guna betul!

Areena hanya melihat saja dari kejauhan kelibat suaminya dengan seorang gadis di meja bulat. Mereka seperti menyiapkan tugasan kerja sekolah saja.

Areena terus mendekati Umariff dan Aidina di kawasan belajar itu. Terlihat mereka seronok tertawa. Buat kerja sekolah pun boleh seronok sampai macam tu eh?

" Umariff.... Aidina? Buat apa tu? Tak balik lagi ke?" Sapa Areena.

Mereka berkalih apabila di tegur seperti itu. Umariff terus membetulkan kedudukannya agar menjauhi sedikit dari Aidina.

" Ulang kaji cikgu. Lagipun SPMkan nak dekat." Jawab Aidina.

" Ouh... Ulang kaji berdua je ke? Mana yang lain?" Soal Areena sambil menjongketkan keningnya.

" Umariff yang ajak saya. Saya ajar jelah. " Jawab Aidina.

" Ouhh..." Areena memandang ke aras suaminya. Hanya tersengih bagaikan kambing sedang tersengih.

" Hm... Sambunglah. Ulang kaji... Jangan nak bercinta pula!" Keras amaran Areena terhadap Umariff.

Areena tidak cemburu! Tapi lebih kepada sayang. Yelah... Dia tidak mahu anak muridnya fokus pada percintaan.

Lihatlah... Zaman sekarang percintaan merosakkan generasi muda seperti Umariff. Sebuk bercinta. Pelajaran enrah kemana? Desis akal Areena.

Areena terus bangun dari kedudukan. Dia ingin ke biliknya untuk mengambil barang sebelum pulang. Tiba - tiba dia terserempak pula dengan seorang lelaki yang dulu dia minati.

" Eh cikgu Azrin!"

Cikgu Azrin hanya tersenyum kecil saja. Tidak langsung bersuara dan ajak berborak seperti dulu. Dia terus membuka langkah menuruni anak tangga.

" Asal pula? Aku rasa dah jelaskan dah kot kat dia. Dia majuk ke?" Gumam Areena pelik.

Areena mengeluh kecil. Tak apalah... Lain kali saja dia fikirkan masalah lelaki itu.

Telefon di keluarkan. Nombor Umariff di tekan dan hantarkan pesanan kepada suaminya.

Umariff gatal.

Nanti balik pukul berapa?


Apabila kusyuk berborak dengan intan permatanya. Terasa gegaran di koceknya. Dia terus mengeluarkan telefonnya. Terlihat pesanan dari...

Cikgu murai.

Umariff terus meminta diri untuk membalas pesanan seseorang. Aidina hanya membalas dengan anggukkan saja. Umariff terus bangun dan berdiri sedikit jauh.

Saya tak tahu lagi. Kenapa?

Jangan balik lewat sangat.
Pukul 2 balik! Nak solat
lagikan?

Lagi pun saya masak!
Awak balik lambat!
Habis sejuk masakan
saya!

Iye isteriku sayang...
Bebel je...

Ye nanti saya baliklah
cikgu. Cikgu baliklah dulu.

Okeylah... Bye.

Areena mengetap bibir. Huh! Gatal betul suaminya! Sekejap betul berborak dengannya. Sudahlah! Sakit pula hati dia!

" Haih! Tak payah fikirlah pasal dorang! Lebih baik aku fikir pasal kem perkhemahan tu!" Gumam Areena terus mencapai senarai nama murid ke perkhemahan.

Entah hatinya sakit teringat akan suaminya yang memujuk agar gadis itu pergi mengikutinya ke aktiviti perkhemahan bersama.

Umariff membayar semua bayaran untuk Aidina. Banyak kali Aidina cuba menolak. Areena pun perasan akan itu. Tapi suaminya beria benar ingin gadis itu ikut.

Huh! Tidak! Areena cuma mengeluh! Bukan cemburu! Desis akal Areena.

Bersambung...

J

angan lupa vote! Sayng korang!

Budak SPM itu SUAMI aku!! ( C )Where stories live. Discover now