AREENA melabuhkan punggung di atas kerusi dan duduk berhadapan Aidina di meja makan restoran.
Areena melirik ke arah mata gadis itu yang sembab dan hitam sedikit di bawah matanya. Kasihan benar dia melihatnya.
"Kenapa awak nak jumpa saya?" soal Areena dengan suara dinginnya.
Aidina dengan perlahan mengangkat wajahnya memandang bekas guru matematiknya. Dia menayangkan senyuman pahit.
"Err... Cikgu. Saya... Saya bukan nak keruhkan keadaan. Ta... Pi... Saya cuma..." Gagap Aidina tertunduk kembali apabila melihat renungan Areena.
"Boleh awak cakap habis? Saya tak fahamlah?" sambung Areena dengan kedutan dahi.
"Hu..."
Aidina mengambil nafas sebelum bersuara kembali.
"Saya di buang sekolah. Saya..."
"Apa? Tapi kenapa?" soal Areena terkejut memotong kata Aidina.
Risau dia akan pelajaran dan masa depan gadis itu. Kenapa pula gadis itu tiba - tiba saja di buang? Suaminya tidak kata apa - apa pun pada dirinya. Desis akal Areena.
Aidina tidak kuat mahu berkata - kata. Dia bangkit dari kedudukan dan mengusap perutnya kian membulat. Air matanya mengalir membasahi pipinya.
Areena terkejut dengan keadaan sekarang. Air liur bagaikan tak tertelan dan bertakung di dalam mulut.
"Ai... Apa semua ni? Siapa buat apa macam ni?" soal Areena terkejut.
"Um... Umariff." Balas Aidina tertunduk.
Bagai nak luruh jantung Areena di buatnya. Hati bagaikan terhempap dengan batu dan terasa sempit dadanya.
"Fitnah apa yang awak tabur pada suami saya ni? Awak tahuka suami saya dah banyak tolong awak?" ujar Areena dengan getaran suara.
Air mata sudah bertakung di tubir mata.
Aidin tertunduk dan menangis semahunya.
" Saya mengandung anak Umariff. Saya nak dia bertanggungjawab. Tolonglah cikgu... Saya tiada sesiapa lagi." rayu Aidina di kaki Areena.
Areena menolak kasar badan gadis itu sehingga jatuh. Pantas Areena bangkit dan berlalu pergi. Hatinya sakit mendengar semua yang di katakan.
"Cikgu tolonglah..." Rayu Aidina.
Areena terus memasuki keretanya yang di pandu oleh drivernya. Air mata tidak usah kata. Habis lecun wajahnya.
"Tak mungkin..." bisik kecil Areena.
Suami dia tak macam tu. Tak... Tak... Kenapa Aidina! Tapi kalau betul?
***
AREENA menunggu di ruang tamu. Air mata cepat di serka apabila mendengar motor suaminya di luar.
Apabila terlihat bayang suaminya masuk. Pantas Areena berdiri. Wajahnya dingin.
" Sayang..."
Umariff mahu memeluk isterinya di ruang tamu. Tetapi pantas Areena menolak kasar dada suaminya.
Air mata yang beberapa kali dia tahan akhirnya mengalir juga. Terkejut Umariff.
"Sayang? Kenapa ni?" soal Umariff risau.
" Kenapa awak tak bagitahu saya?" soal Areena dingin.
"Ba... Bagi tahu apa?" soal Umariff pelik.
"Aidina kena buang sekolah." sambung Areena lagi.
Umariff terdiam. Dia tertunduk kecil. Areena dapat rasa benda yang pelik dari suaminya.
" Ai... Aidina mengandungkan?" soal Areena gugup.
Umariff mengangkat kepalanya memandang isterinya. Bertaut rapat keningnya.
"Mana sayang tahu?" soal Umariff pelik.
" Dia mengandung anak awak ke?" soal Areena lagi dengan air mata mengalir deras.
"Dia jumpa sayang ke? Ke dia datang rumah ni?" soal Umariff.
"Pak Manab mana? Kenapa dia izinkan perempuan tu masuk?" soal Umariff mencari bayang pekerjanya.
"Tak perlu cari! Jujur dengan saya! Itu ana awak ke?" tengking Areena.
Umariff terdiam akan jerkahan isterinya. Dia tertunduk.
"Aba... Abang... Abang tak tahu." ujar lemah Umariff tertunduk.
"Apa maksud awak tak tahu?"
"Sayang... Abang kena perangkap dengan dia! Abang tak tahu yang dia cuba perangkap abang... Abang minum air yang dia bagi. Dan abng tak ingat apa - apa... Abang pengsan dan abang ada atas katil dengan dia. Abang... Sayang... Percayalah..."
Terang Umariff cuba mendekati isterinya tetapi pantas Areena mengundur. Kata - kata Umariff terhenti.
Areena terduduk. Air mata galak mengalir.
"Abang sentuh dia?"
"Abang tak ingat apa - apa sayang. Abang... Maafkan abang." Unariff sudah terduduk di depan Areena di atas sofa.
"Dan abang blah macam tu? Abang tahukan dia dah tak ada sesiapa? Abang tinggalkan dia... Dia kenabuang sekolah! Manusia apa abang ni?" ujar Areena kasihan.
"Sayang... Abang... Memang tak guna. Tapi abang buat semua ni untuk sayang. Abang tak nak hilang sayang. Abang tak nak sakitkan saya." terang Umariff tertunduk.
"Awak fikir saya tak sakit ke bila dapat tahu semua ni secara mengejut!" jerkah Areena.
"Ya allah... Kenapa semua jadi kat aku ni... Saya penat Umariff... Kenapa buat saya macam ni?" lemah suara Areena.
"Maafkan abang, sayang..."
" Saya nak awak bertanggungjawab. Saya nak awak kahwin dengan Aidina." tegas Areena.
"Tak... Macam mana dengan sayang?" resah Umariff.
" Saya nak balik rumah umi. Saya penat... Saya nak rehat. Saya perlukan umi saya. Saya nak balik... Pergilah jumpa Aidina... Dia perlukan awak." lemah Areena bangkit dari kedudukan dan berlalu pergi.
Umariff menghentak kepalanya banyak kali tak terkira di hentak ke sofa.
"Bodoh! Apa jadi dengan kau ni Umariff!"
Sumpah dia tak ingat apa - apa!
***
Author update sebab ada orang tu marah author. HAHAHA SORRY BUAT KORANG MENUNGGU.
YOU ARE READING
Budak SPM itu SUAMI aku!! ( C )
RomanceAMARAN‼️ Cerita ini di reka sepenuh oleh saya. Tidak berkait dengan yang hidup atau pun yang sudah kembali menghadap Ilahi. ✨🦋✨ Cerita ini mengisahkan tentang seorang guru perempuan muda yang di pindahkan ke SMK Seri Mahkota. Dia menja...