BAB 24

729 52 5
                                    

       TIGA minggu telah pun berlalu. Hubungan Areena dan Umariff semakin baik dek layanan sang suami yang rajin melayani karenah ibu mengandung.

" Abang! Apa baju bersepah ni!" Jerit Areena di ruang tamu.

Umariff berlari masuk ke dalam rumah. Terkejut dia pabila terdengar jeritan si isteri dari dalam rumah.

Pantas kaki dia mendrkati isterinya yang memboyot. Bertaut rapat keningnya sambil memandang isterinya dengan pandangan penuh tanda tanya.

" Kenapa sayang?"

" Tu baju abang! Saya penat tau!  Abang ni memang naj saya mati ke?" Geram Areena sambil bercekak pinggang.

" Aik... Apa cakap macam tu? Ye... Abang kemas jap." Ujar lembut Umariff terus berlalu pergi mencapai baju T nya.

" Ee... Apa yang busuk sangat ni?" Soal Areena sambil mengibas - ngibas di depan hidungnya.

Umariff menghidu badannya sendiri. Busuk?

" Sorrylah sayang... Abang baru balik dari sukan ngan Adif tadi." Ujar Umariff dengan sengihan.

" Ish! Pergi mandi cepat! Busuklah! Lepastu... Nanti tolong belikan saya kuih badak berendam tau. Saya teringin nak makan." Pinta Areena dengan cebikkan bibir.

" Baik sayang... Jap ye."

Areena berkalih. Umariff tersenyum nakal. Ada saja ideanya ingin menyakat sang isteri. Sengaja dia memeluk isterinya dari belakang.

" Abang! Peluhlah!" Rengek Areena geram.

Umariff menguraikan peluakn dengan tawaan nakal. Suka pula dia melihat wajah isterinta ketika marah. Comel sangat ibu mengandung ini.

Pantas Umariff berlari menaiki anak tangga. Tidak mahu berlama di depan isterinya, nanti kena tarik telinga pula. Takut dia.

Areena mengetap bibir geram. Suaminya makin lama makin suka mengusik dirinya ketika dia sedang mengandung. Ada saja idea nakal mahu membuatkan dia naik angin.

Areena melabuhkan punggung di atas sofa. Cawan kaca yang di bawanya dari dapur untuk sang suami di letakkan di atas meja.

Umariff yang ralit membuat kerja sekolah terus berkalih pabila terasa ada seseorang yang berada di belakangnya.

Umariff melebarkan senyuman manis untuk si isteri di belakangnya. Perlahan - lahan dia bangkit dari kedudukan di labuhkan punggung di atas sofa di sisi isterinya.

" Dah siap ke kerja?" Soal Areena lembut.

" Belum lagi... Kejaplah." Ujar Umariff sambil bersandar.

Areena mengalihkan pandangannya ke arah tv yang terbuka dari tadi. Drama tamil memang dia minat dari kecil lagi. Lagi - lagi tonton dengan mak dia. Memang syok gila!

" Sayang..."

Tangan Areena di genggam dan belai lembut. Areena berkalih pabila namanya di seru oleh sang suami. Bertaut rapat keningnya memandang suaminya.

" Sayang betul tak nak berhenti kerja ke?" Soal Umariff pelik.

" Tak naklah... Abang tahukan, saya minat dengan kerja saya ni." Ujar Areena terus mengalihkan pandangan ke arah tv.

" Abang tahu... Tapikan, sayang tak takut ke cikgu lain perasan? Atau sesiapapun perasan yang perut sayang ni ada isi?" Soal Umariff.

" Tak adalah... Tak nampak sangat pun. Lagipun baru sebulan lebih... Anak pertama barukan. Tak nampak sangat pun. Kalau nampak pun, saya cakap jelah perut saya buncit sebab makan banyak." Ujar Areena dengan tawaan.

" Ada jekam isteri abang ni nak jawab." Umariff mencuit hidung isterinya geram.

" Hehe... Benda betul. Nanti bila perut ni mula besar. Pandai - pandailah Areena bagi alasan untuk cuti." Ujar Areena memandang isterinya lembut.

" Abang bukan apa... Abang cuma risau juga sayang naik turun naik turun tangga dalam sayang tengah bunting ni. Skolah tu bukan ada lif." Ujar Umariff risau.

" Tak apalah abang... Saya okey." Ujar Areena tersenyum nipis.

" Haih... Yelah. Tapi janji dengan abang. Kalau abang tak ada dekat dengan sayang, jaga diri tu elok - elok." Ujar Umariff lembut sambil menggenggam erat tangan isterinya.

" Ye abang... Areena janji!"

" Hm... Yelah."

" Err... Cikgu Azrin dah tak kacau sayang dah ke?" Soal Umariff sengaja mahu tahu.

" Kenapa? Tiba - tiba je abang tanya ni?" Soal Areena sambil tersenyum. Pelik juga dia.

" Salah ke abang nak tahu? Saje  nak tahu... Takutlah... Tak ada ribut, tak ada angin... Tiba - tiba dia nak rampas sayang dari abang. Memang abang campak dia masuk hutan kena makan dengan harimau!" Geram Umariff.

Areena tertawa kecil dengan kata - kata sang suami. Susah betul jadi ibu mengandung. Emosi tidak menentu.

Kalau marah... Marah betul.

Kalau suka... Suka betul.

Umariff membaringkan tubuh sang isteri di atas katil. Lena gadis itu, tidak tahu dia sang isteri mimpi apa sehingga tidur berdengkur. Nyenyak betul.

Umariff membetulkan posisi baringan sang isteri. Takut pula badan isterinya sakit dek posisi tidur yang tidak betul dan tak selesa.

Baru saja Umariff ingin melangkah masuk ke dalam bilik air. Tangannya di capai oleh si isteri. Terkejut Umariff jadinya.

" Abang... Kaki saya sakit. Tolong boleh?" Pinta Areena dengan nada mengantuk saja bunyinya.

" Sayang ni... Terkejut abang." Umariff sudah mengusap dadanya. Bagai nak terkeluar jantungnya. Sudahlah biliknya gelap.

" Tolonglah abang... Sakit." Rengek Areena.

" Ye sayang... Mana? Kaki mana?" Soal Umariff lembut.

Umariff memanjat katil dan bergerak ke kaki yang di tunjuk sang isteri. Dalam sedap Areena di urut oleh sang suami. Tiba - tiba tangan sang suami bergerak menggeletek tapak kakinya membuatkan Areena tertawa.

" Abang!" Rengek Areena.

Umariff tersenyum nakal. Makin galak isterinya marah... Makin galak dia menggeletek kaki sang isteri.

Tercungap - cungap Areena melepaskan tawaan. Aduh...

Umariff berbaring di sisi isterinya. Tanpa kata - kata gadis itu terus memukul bahu sang suami. Sakit juga... Berbisa tamparannya.

" Aduh..."

" Padan muka! Abang kalau Areena mati macam mana? Abang memang nak Areena mati ke? Ke abang memang suka Areena mati? Sebab bolehlah abang kahwin dengan Aidina!" Geram Areena.

" Eh mana ada? Aidina tu kawan abang! Dan Areena Uqasya adalah isteri saya!" Tegas Umariff.

" Yelah tu!" Areena mengalihkan pandangan.

" Iye, mama..."

Umariff memeluk isterinya dari samping. Areena geli mendengar panggilan yang di seru suaminya tadi.

" Apa mama? Gelilah!"

" Biarlah... Tak lama lagi abang akan jadi papa... Huhu... Papa muda!" Teruja Umariff sambil mengucup pipi isterinya yang makin membulat.

" Dah jadi bapak tu! Biar matang sikit perangai! Kalau Areena tahu abang buat prangai blakang Areena. Jangan harap akan jumpa Areena lagi!" Amaran Areena.

Umariff tersenyum manis.

" Okey sayang!"

Bersambung...

Sorrylah ye... Author busy sbb tu lambat pub. thnks yg setia menunggu.

Budak SPM itu SUAMI aku!! ( C )Where stories live. Discover now