Areena dan Umariff turun dari kereta milik Dato' Kamal. Umariff menyuruh saja pemandu ayahnya untuk balik saja. Lelaki itu hanya akur saja.
Di depan rumah. Areena hanya menayangkan senyuman bahagia. Dengan lenggokkan punggungnya.
Berkerut dahi Umariff melihatnya. Dah kenapa dengan cikgu aku ni? Kena sampuk ke?
Mata Umarif tertancap pada motor besarnya. Ya Allah! Rindunya dia pada anak kesayangannya! Desis akal Umariff.
Cik Kiah memandang pelik ke arah Areena dan Umariff. Bukan main bahagia lagi gadis itu... Terlepas dari tuduhan ke?
" Amboi Areena? Bahagia betul kamu ye?" Tegur Cik Kiah. Areena berkalih apabila dia di tegur oleh jirannya di sebelah.
" Eh! Cik Kiah! Mestilah gembira! Dapat kahwin dengan orang mudakan!" Lagak Areena.
" Amboi... Kahwin dengan anak murid pun bahagia eh?" Sinis Cik Kiah.
Areena mengetap bibir. Suaminya yang sedang memeluk motor besarnya di dekati. Di tarik suaminya ke depan Cik Kiah.
" Mestilah bahagia Cik Kiah oi... Suami saya ni muda lagi...Untung saya tau! Lainlah Cik Kiah! Ops! Lupa pula saya! Tak berlaki lagi! " Sinis Areena.
Uamriff di pandang. Umariff terkejut apabila lengannya di peluk. Tertelan liur. Kedudukan mereka memang rapat.
" Peluk saya!" Bisik Areena.
Bertaut rapat kening Umariff apabila di pinta sebegitu oleh gurunya.
" Peluklah saya! Cepat!" Bisik Areena.
Umariff akur saja. Di peluk pinggang isterinya dalam keadaan kekok. Mana dia pernah peluk wanita sebelum ini. Lagi - lagi gurunya! Seganlah!
" Ouh... Abang! Apa peluk - peluk ni!" Sengaja Areena melenggokkan suaranya. Di tepuk dada suaminya.
Berkerut dahi Umariff. Dadanha di usap oleh isterinya membuatkan tekaknya tidak berhenti bekerja dari menelan liur saja dari tadi.
Areena memandang ke arah Cik Kiah semula. Terlihat wajah gadis itu bagaikan tidak berpuas hati saja. Tak apa!
" Ouh lupa nak bagi tahu! Dia ni anak Dato' tau Cik Kiah!"
Pantas Cik Kiah berkalih. Terkejut pun ada juga! Tak mungkin?
" Tengok motor dia tu! Besar! Tengok jam dia ni! Uish mahal!" Di angkat tangan kanan suaminya dan ditujukan ke arah Cik Kiah.
" Laki saya ni! Ada rumah besar! Rumah sendiri tau! Kereta tak payah cakaplah! Bersusun!" Ujar Areena dengan gaya - gayanya sekali.
" Nanti... Saya dah tak duduk sini dah! Ergh! Kecik! Lepastu duduk sebelah Cik Kiah! Bising! Rimas saya! Lepas ni... Kalau saya balik... Memang gelang, cincin emas semua penuhlah kat tangan saya ni! Sampai ke siku gelang emas saya pakai nanti! Eh! Tak naklah siku! Sampai ke bahu! Kan abang!"
Terkejut Umariff apabila isterinya memandang ke arahnya. Gadis itu memberikan isyarat mata. Dia bukan faham sangat apa yang isterinya melalut tadi. Tangan di pinggang isterinya pun masih belum terurai.
" Err... Emm! Betul Ci- Sayang!" Umariff hanya mengiyakan saja.
Areena memandang ke arah jirannya. Puas dia melihat wajah merah jirannya itu. Batu kau tahu! Dasar makcik bawang! Semua kau nak sebuklah! Desis Areena puas.
" Okeylah Cik Kiah... Saya tak sabar nak pindah rumah baru! Nak kemas barang! Bai!" Areena terus menarik suaminya masuk ke dalam rumah.
Di tolak badan lelaki itu kasar. Hampir saja terjatuh menyembah bumi badan lelaki itu. Haih! Gurunya kecil bukan sebarang kecil rupanya! Kuat!
Areena terus menutup pintu. Puas hatinya dapat menunjukkan lagak di depan wanita itu. Apa? Fikir dia suka sangat ke barang kemas? Dia bukannya pakai pun emas semua tu! Rimas!
" Sayang ni okey tak?"
Areena mencerlung tajam ke arah Umariff. Tertelan liur Umariff di buatnya. Tiba - tiba pula dia panggil gurunya seperti itu.
" Panggil saya cikgu je... Tak perlulah nak bersayang - sayang. " Tegas Areena terus menuju naik ke tingkat atas.
" Hm..." Gumam Umariff mengikuti langkah isterinya.
" Eh! Awak nak apa?"
" Saya nak ikut cikgulah."
" Tak payah! Awak duduk bawah! Nanti! Kenapa awak suruh pakcik tu balik eh? Boleh ke bawa barang saya naik motor awak tu?" Soal Areena.
" Boleh je cikgu... Bawa baju jela." Ujar Umarifg terus melabuhkan punggung dia atas sofa isterinya.
" Helmet?"
" Tadi saya nampak ada helmet kat luar rumah..." Ujar Umariff sambil tangan mencapai bekas makanan gurunya.
" Sedap awak jekan! Saya tak jemput pun!"
" Alaa... Cikgukan isteri saya. Jadi tak salah. Takkan dengan suami pun nak kedekut? Lagi pun saya dah tolong cikgu belakon tadi. Tak sangka... Cikgu suka kena peluk rupanya dengan saya." Nakal Umariff.
" Diamlah!" Areena terus membuka langkah naik ke atas.
Tergelak kecil Umariff di buatnya. Mulut tidak berhenti - henti mengunyah. Sedap pula kerepek pisang isterinya itu.
" Sayang! Kerepek pisang ni beli mana?" Jerit Umariff.
" Umi buatkan!" Jerit Areena. Dia layankan saja. Yelah... Suaminya menjerit. Pasti di dengari oleh jiran sebelahnya. Memang bagus anak muridnya memanggil dirinya sayang. Walaupun terasa mahu mula saja.
Nak tak nak! Dia kena biasakan diri juga! Tak apa! Hanya sementara saja! Jangan tergoda dengan cinta lelaki itu sudah!
" Pandai betul mak mertua aku ni masak rupanya." Gumam Umariff dengan memuji masakkan ibu mertuanya.
" Lambatnyalah..." Umariff bangun dari kedudukan. Di bukan langkah ke arah dapur ingin mencari secawan air. Tiba - tiba pula tekak terasa kering.
" Mana airnya?"
" Awak cari apa?"
Pantas Umariff berkalih apabila di tegur. Hampir menjerit dia apabila di tegur seperti itu. Di usap dadanya.
" Haih! Cikgu ni!" Geram Umariff. Bertaut rapat kening Areena. Terkejut ke?
" Saya nak air. Hauslah cikgu."
" Ouh... Ada kat dalam peti ais."
" Ouh... Mesin air tak ada eh?"
" Tak ada... Saya ni tak suka membazir. Saya guna air tapis lama je." Ujar Areena mencapai cawan di atas rak pinggan. Di tuangkan air untuk sang suami.
" Nah... Minum duduk!" Pesan awal Areena.
Umariff akur saja. Dia melabuhkan punggung di atas kerusi dapur. Di teguk air itu sehingga habis.
" Awak nak ais krim?"
" Wah! Nak! Ais krim apa?" Soal Umariff teruja.
" Ais krim Conetto. Saya beli dua hari lepas. Sampai ke hari ni tak makan." Ujar Areena sambil membuka peti aisnya. Di capai ais krim kon itu.
Umariff menyambutnya dengan ucapan ' terima kasih' dan senyuman. Terasa tenang Areena melihat senyuman itu.
' Ish! Apa kau ni Areena! Sebelum ni tak ada pula kau nak cair tengok senyuman dia!' Bisik hati kecilnya menyedarkan tuan badan.
Bukan main lagi lelaki itu menjilat. Tersenyum kecil Areena. Dia terus bergerak ke arah laci bawah singkinya. Di ambil plastik dan di masukkan tiga kotak teh di dalam plastik merah.
" Apa tu cikgu?"
" Stok teh saya."
" Ouh... Banyak teh cikgu?"
" Sebab saya memang suka minum teh nak buat macam mana? Kalau saya singgah mana - mana kedai makan. Mesti teh ais saya oder."Terang Areena.
Umariff mengangguk kecil. Sekarang dia sudah tahu air kesukaan gurunya apa!
Bersambung...
Jangan lupa vote!!!
YOU ARE READING
Budak SPM itu SUAMI aku!! ( C )
RomanceAMARAN‼️ Cerita ini di reka sepenuh oleh saya. Tidak berkait dengan yang hidup atau pun yang sudah kembali menghadap Ilahi. ✨🦋✨ Cerita ini mengisahkan tentang seorang guru perempuan muda yang di pindahkan ke SMK Seri Mahkota. Dia menja...