Bab 35

448 36 6
                                    

AREENA melalui lorong yang sedikit gelap. Niatnya ingin berjalan kaki ke masjid. Ingin mendapat sedikit pahala dari hasil setiap langkah ke masjid.

Banyak kali Umariff memujuk dirinya untuk menaiki kereta. Ada juga Umariff ingin berjalan kaki bersama. Tetapi cepat di halang oleh Aidina.

Alasannya... Dirinya mengandung dan tidak boleh berjalan jauh. Umariff tepaksa mengikut jari telunjuk sang isteri kedua.

Areena ikhlas... Dia hanya berjalam seorang diri. Bulu roma terasa meremang. Haih...

Pap!

Terkejut Areena apabila satu tangan menekup mulutnya menggunakan sehelai kain. Dirinya menghidu sesuatu yang mengkhayalkan dan dirinya terus rebah lalu tidak menyedarkan diri.

Badannya di hereta kasar masuk ke dalam kereta lama dan terus berlalu pergi meninggalkan tempat itu.

Umariff memandang jam tangannya. Waktu magrib hampir masuk... Tetapi bayang sang isteri pertama masih tidak terlihat di pintu pagar pertama.

Jauh sangat ke?

Umariff melepaskan keluhan berat. Kenapalah degil sangat isteri dia ni! Geram akal Umariff.

***

AREENA tersedar dari pengsan. Matanya cuba di gagahkan untuk terbuka. Bertaut rapat keningnya apabila terlihat sang suami berada di depannya.

"Abang?"

Wajah lelaki itu bengis dengan air matanya membasahi pipinya.

Areena berkalih apabila terdengar batukkan seseorang.

Azrin...

Makin berkerut seribu dahinya.

Tiba - tiba dia perasan akan bahunya yang terdedah dan badannya yang hanya di baluti oleh sehelai selimut tebal. Pantas Areena membalut auratnya dari terlihat Azrin.

"Tak payah nak tutuplah!" jerkah Umariff membuatkan Areena tergamam.

Areena memandang ke arah Aidina yang berada di atas sofa. Apa yang jadi? Sumpah dia tak ingat!

"Abang? Areena kat mana?" soal Areena buntu.

"Huh! Kat mana? Kau tak payah berlakonlah! Apa yang kau buat dengan Azrin?" soal Umariff keras.

Areena memandang wajah Azrin. Lelaki itu duduk bersebelahan dengannya di atas katil. Lelaki itu tidak berbaju hanya bertuala di aras pinggang saja.

Areena tergamam. Dia memandang suaminya dan membalas dengan gelengan. Air mata mengalir deras.

"Tak... Abang tak! Semua ni tak betul!" keras suara Areena mahu mempertahankan maruahnya.

"Eh perempuan! Aku nampak sendirilah dengan mata aku! Kau peluk jantan ni!" jerkah Umariff dengan kekecewaan.

"Tak... Areena tak sedar! Areena tak tahu apa - apa..." tangis Areena berlark mendekati suaminya.

Kaki Umariff di peluk erat. Meminta secebis kepercayaan dari sang suami.

"Lepaslah! Tak payahlah kau nak sentuh aku. Lepas!" jerkah Umariff menolak kasar Areena.

Areena tertunduk dan merintih meminta kepercayaan dari sang suami. Tetapi langsung tidak di pandang.

"Memang eloklah aku kahwin dengan Aidina! Memang bagus tuhan jodohkan aku dengan Aidina!" jerkah Umariff geram.

Dia mendekati Areena dan bercangkung di depan gadis itu. Pipi gadis itu di cengkam kuat.

"Sebab tuhan tahu! Siapa yang terbaik untuk aku! Sebab tuhan tahu! Perempuan sundal macam kau tak layak untuk aku!" jerkah Umariff kasar sambil menunjal kepala Areena.

Budak SPM itu SUAMI aku!! ( C )Where stories live. Discover now