Mencintaimu... Sebagai bahagian terindah di hidupku. Takkan ku biarkan... Dirinya tak bahagia...
***
AREENA mengangkat panggilan sang suami. Senyuman terlebar mekar di bibirnya.
"Assalamualaikum..."
"Waalaikumusalam..."
"Bila abang nak balik?" soal Areena.
"Abang dah siap dah ni. Abang nak geraklah ni. Sayang tunggu ye." ujar lembut Umariff.
"Okey... Areena tunggu eh. Abang jangan lewat sangat. Takut makanan sejuk pula. Tak sedap nanti." ujar Areena lembut.
"Abang janji abang balik awal. Dah nak gerak dah ni." ujar Umariff.
"Okey... Assalamualaikum... Drive elok - elok." pesan Areena.
"Waalaikumusalam..."
Tit!
Umariff membetulkan rambutnya di depan cermin muka. Rambut di sikat biar tersusun kemas. Tiba - tiba satu tangan memeluk lengannya dari sisi.
"Awak nak tinggalkan saya ke?" soal Aidina manja.
Umariff berkalih dan tersenyum. Di usap lembut pipi gadis itu.
"Saya kenalah berlaku adil. Lagipun Areena dah tunggu saya... Okeylah... Saya nak gerak dah ni." ujar Umariff lembut.
Aidina berkalih seakan - akan merajuk. Bertaut rapat kening Umariff.
"Kenapa ni?"
Di cubit dagu sang isteri.
"Kalau apa - apa jadi dengan saya macam mana? Awak tak risau ke?" soal Aidina dengan muncung panjangnya.
"Dina... Saya memanh kena balik. Saya dah janji dengan Areena yang saya akan balik. Tak apa... Esok saya balik." pujuk Umariff.
"No! Awak kena selalu ada dengan saya! Bak kata kalau awak tak ada? Saya jatuh ke apa ke? Macam mana? Awak tak risau ke?" rengek manja Aidina.
Umariff melepaskan keluhan panjang. Betul juga kata sang isteri. Risau juga dia dengan sang isteri yang sarat mengandung.
" Yelah..."
***
AREENA melabuhkan punggung di atas kerusi meja makan. Dia tersenyum puas apabila dapat menyiapkan semua makanan kegemaran sang suami.
Jam dinding di lirik. Terlihat sudah tepat pukul 2 petang. Tetapi bayang sang suami tidak terlihat lagi.
Tet!
Telefon Areena berbunyi menandakan masukkan mesej dari seseorang. Areena dengan teruja berlari mencapai telefonnya di atas rak pinggang yang di telaknya tadi ketika sedang sebuk memasak.
Abang tak dapat balik.
Areena kecewa akan sikap sang suami. Sudah berjanji... Tiba - tiba itu pula jadinya.
Nombor telefon sang suami di dail.
"Kenapa awak tak boleh balik?" soal lembut Areena dengan sedikit suara kekecewaan.
Umariff serba salah.
" Sayang... Abang minta maaf. Tapi abang risau kalau nak tinggalkan Aidina sorang - sorang dekat rumah. Kalau jadi apa - apa macam mana?" soal Umariff dengan serba salah.
" Ouh ..."
Air mata mengalir membasahi pipinya tetapi suara masih terdengar mesra.
"Tak apalah kalau macam tu. Lagipun... Betul juga. Bahaya tinggalkan Aidina sorang - sorang. Saya faham..." lembut Areena.
"Sayang okey ke? Saya dah masak?" soal Umariff.
"Eh tak adalah... Saya baru nak masak. Tapi abang dah kata tak jadi balik. Tak apalah... Tak perlulah saya susah - susah masak." Tipu Areena.
"Awak... Kita nak makan kat mana? Saya dah siap dah."
Terdengar suara Aidina di corong telefon. Keadaan ini bagaikan deja vu pula jadinya. Apabila Umariff pernah menolong gadis itu ketika dahulu.
Terasa sebak di hatinya.
" Err... Jap ye sayang."
Areena tidak membalasnya.
" Kita makan dekat restoran malam tadi ye." cadang Umariff kepada Aidina.
"Ouh boleh..."
" Awak... Cantik tak baju yang saya pakai ni?" soal Aidina dengan memusingkan badannya di depan Umariff.
Umariff tersenyum kecil.
"Cantik sayang... Comel isteri saya ni."
Areena menjarakkan telefonnya dari telinganya. Tidak kuat dia mahu mendengar semua kata - kata pujian sang suami.
"Sayang..."
Areena berdehem sedikit meghilangkan serak dan sebaknya ketika itu. Keluhan berat di lepaskan.
" Ye abang?"
" Err... Abang nak pergi makan dengan Aidina. Sorry eh sayang..." ucap kembali Umariff.
"Eh tak apa... Areena faham. Suami mestilah kena ada setiap masa dengan isteri. Lagi - lagi isteri tu mengandungkan?" ujar Areena dengan suaranya sedikit sebak di hujung.
"Okeylah... Areena nak kemas rumah. Abang pergilah makan. Takut nanti lambat makan sakit pula." ujar Areena.
"Baik sayang... Terima kasih faham situasi abang." ucap Umariff bersyukur.
Areena mendiamkan dirinya seketika sebelum meluahkan sesuatu.
"Kalau abang nak balik sini... Abang balik jelah... Tak perlu nak berjanji. Sebab perkataan janji tu buat saya sakit."
Tit!
Cepat panggilan terputus.
Areena terduduk di atas kerusi. Air mata mengalir deras. Nak tak mahu dirinya perlu terima hakikat. Umariff bukan milik dirinya seorang.
"Kuatkan aku ya allah... Buanglah rasa dengki ku terhadap maduku." doa Areena dengan tangisan.
Tangan di kepal kuat di dadanya. Lagi sebak apabila melihat makanan kegemaran yang di masak olehnya tadi.
Hanya dia saja yang beria.
***
AREENA terkejut apabila melihat sang suami berada di muka pintu. Dapat dia melihat madunya yang memeluk erat lengan sang suami."Abang dengan Aidina dah berbincang. Yang kita orang nak duduk sini. Sayang okey ke?" soal Umariff risau.
Areena terdiam seketika. Matanya terkebil - kebil memandang suaminya dan silih berganti memandang madunya.
'Kuat ke dia nak hadap nanti?'
"Boleh je... Inikan rumah abang. Saya tiada kuasa nak halang." lembut Areena.
"Terima kasih cikgu..." ucap Aidina.
Rasa kekok pula apabila di panggil seperti itu.
"Masuklah..."
Umariff membalas dengan anggukkan.
"Hati - hati sayang..." lembut Umariff memapah isteri keduanya masuk ke dalam rumah.
Areena mengetap bibirnya menahan rasa di hati. Perit...
Sayang? Huh! Mudah sekali gadis itu merampas semuanya dari dirinya...
Nak tidak mahu dia perlu kuat dan sabar. Gadis itu madunya... Dia yang meminta semua ini. Semua ini untuk kebaikan suaminya juga. Dan mahu menjaga nama baik suaminya juga.
***
YOU ARE READING
Budak SPM itu SUAMI aku!! ( C )
RomanceAMARAN‼️ Cerita ini di reka sepenuh oleh saya. Tidak berkait dengan yang hidup atau pun yang sudah kembali menghadap Ilahi. ✨🦋✨ Cerita ini mengisahkan tentang seorang guru perempuan muda yang di pindahkan ke SMK Seri Mahkota. Dia menja...