UMARIFF mengangkat wajahnya memandang ke arah isterinya. Wanita itu menarik beg bagasinya ke arah pintu keluar rumah.
Umariff bangkit dari kedudukan. Belum sempat Areena keluar, suara Umariff pantas mematikan langkahnya.
" Sayang nak tinggalkan abang macam tu je?" soal Umariff lemah dengan air mata mula mengalir.
Areena terdiam seketika. Air mata kembali mengalir di pipinya. Hidung sudah merah dek tangisan.
"Saya cuba kuat dalam hubungan kita Umariff. Tapi setiap kali... Setiap kali kita nak bahagia. Satu - satu hempap kita. Terkadang saya terfikir... Saya memang tak layak di satukan dengan awak ke?" lemah suara Areena.
"Seolah - olah takdir tak pernah mengizinkan kita untuk bersama. Saya lemah..." sambung Areena.
Areena menggenggam kuat hujung bajunya. Sakit apabila teringat keadaan Aidina yang sarat mengandung anak suaminya.
" Awak masih isteri saya. Saya tak izinkan awak keluar." tegas Umariff.
Umariff tahu dia kejam kerana tidak mahu memberi peluang untuk isterinya berehat atau menenangkan diri.
Tapi hanya cari ini saja boleh membuat isterinya berada dekat dengannya dan tidak meninggalkan dirinya seperti dulu.
Areena memandang suaminya. Air mata semakin galak mengalir. Wajah Umariff dingin dan tegas.
"Saya cuma nak jumpa Umi." getar suara Areena memohon.
" Awak pergilah jumpa Aidina... Satlekan semua dengan dia. Saya okey... Benda nak jadikan? Bukan kita minta untuk jadi macam nikan?" ujar Areena dengan senyuman tipis di bibirnya untuk berpura - pura kuat di depan suaminya.
" Dah kalau Allah dah tulis jodoh awak dengan dia juga nak buat macam kan? Awak bukannya milik saya seorang Umariff. Awak berhak dan awak mampu." sambung Areena.
" Semua dah jadi... Dah tak boleh nak buat apa. Takkan saya nak awak biarkan je Aidina. Itu betul - betul menunjukkan saya kejam. Dan takkan saya nak suruh awak ceraikan saya untuk semata - mata bertanggungjawab ke atas Aidina. Saya mengandung..." Sebak suaranya Areena.
"Saya tak nak anak saya hilang kasih sayang salah seorang dari kita. Kalau saya dapat di besarkan dalam keluarga yang sempurna... Kenapa anak saya tak?"
"Sayan-"
" Dalam hidup kita kena berkorban juga. Mungkin sekarang pahit... Mana tahu ada manisnya di hujungkan?" getar suara Areena dengan senyuman di bibir.
Umariff tertunduk. Kuatnya sang isteri.
"Aidina perlukan awak. Carilah dia... Saya risau dia buat benda bukan - bukan nanti. Jangan risau... Saya takkan keluar rumah tanpa izin awak. Pergilah cari dia... Saya ada je dekat rumah ni." ikhlas Areena.
Umariff melepaskan keluhan kecil. Kaki melangkah mendekati sang isteri. Di jatuhkan satu ciuman hangat di atas dahi sang isteri.
Air mata Areena semakin galak mengalir.
"Pergilah..." hanya bisikkan saja yang keluar dari bibir Areena dengan mata yang tertutup. Padahal dia tak mahu sang suami menamatkan ciuman tersebut. Dia tak mahu suaminya pergi dan terus kekal dengan dia di situ.
Umariff menamatkan ciuman dan membalas dengan anggukkan. Kunci motor dan topi keledar di capai. Di tunggang motorsikalnya.
Apabila bayang suaminya sudah hilang. Areena terduduk di atas lantai. Hatinya lemah. Benarkah dia ikhlas?
"Areena sakit Umi... Mama kena kuat sayang." bisik Areena dengan usapan lembut di perutnya.
***
AZRIN mencampak kasar bekas makanan ke arah Aidina.
YOU ARE READING
Budak SPM itu SUAMI aku!! ( C )
RomanceAMARAN‼️ Cerita ini di reka sepenuh oleh saya. Tidak berkait dengan yang hidup atau pun yang sudah kembali menghadap Ilahi. ✨🦋✨ Cerita ini mengisahkan tentang seorang guru perempuan muda yang di pindahkan ke SMK Seri Mahkota. Dia menja...