BAB 7

738 52 4
                                    

          Umariff terus turun dari motor besarnya. Dengan pantas dia berlari mendekati isterinya yang mahu turun dari kereta vellfire hitam.

Di papah isterinya turun dari kereta. Dia berkalih memandang ke arah Pak Andir.

" Pak Andir... Pak Andir cari parkir dulu ye. Biar saya bawa isteri saya masuk." Arah Umariff.

" Hm... Baiklah Tuan."

Pak Andir terus membuka langkah masuk kembali ke dalam perut kereta. Umariff menutup pintu penumpang. Badan isterinya di papah semula.

" Cikgu... Hati - hati." Pesan Umariff.

Areena melangkah perlahan - lahan ke kaunter hospital. Baru saja ingin membuka langkah pertama. Kakinya boleh pula tersilap langkah. Hampir saja badannya jatuh menyembah bumi. Tetapi pantas Umariff memeluk pinggang isterinya dati jatuh.

" Ya Allah... Cikgu. Jalanlah betul - betul." Marah Umariff.

" Ish! Saya tak laratlah!" Marah Areena pula geram.

" Sini tangan cikgu!"

Umariff menarik tangan kanan isterinya untuk memeluk pinggangnya. Di bawa mendekati kaunter hospital.

" Ye Dik? Kakak awak sakit ye?" Teka wanita berbaju juru rawat itu.

Bertaut rapat kening Umariff. Baru dia sedar. Patutlah juru rawat wanita itu memanggilnya adik. Dia masih lengkap berbaju sekolah.

" Err ni-"

" Saya makcik dia. Err... Jap ye."

Terkejut Umariff dengan pengakuan isterinya. Makcik? Seriuslah? Elok nampak muda tadi! Dia nak nampak tua pula?

Areena melepaskan pelukan di pinggang suaminya. Bag silangnya di buka dan dompetnya di capai. Di keluarkan IC nya keluar dari dompet.

" Ni Cik."

IC Areena di hulurkan ke arah juru rawat di kaunter. IC itu di capai. Areena kembali berpaut pada suaminya.

" Baiklah Puan. Puan masuk dan ambil nombor di kaunter dalam ye. "

" Baik nurse." Umariff dengan pantas memapah isterinya masuk ke dalam hospital.

Tidak sempat Areena melangkah suaminya sudah pantas menarik pinggangnya. Nasib tidak jatuh lagi.

Areena melabuhkan punggung diatas birai katil. Keluhan kecil di lepaskan. Umariff pantas membetulkan bantal di atas katil isterinya.

" Umariff... Keluarlah. Saya nak buka tudung ni. Pandai - pandailah saya jag diri saya. Tak yahlah risau sangat." Ujar Areena lemah.

" Eh? Buat apa pula saya nak keluar? Cikgukan isteri saya? Jadi tak salah kot saya nak tengok rambut cikgu." Ujar Umariff sambil melabuhkan punggung di sisi isterinya.

Areena terdiam. Mana dia biasa.  Lagi - lagi dengan anak murid nakalnya. Huh! Mimpi buruk apa ni!

" Meh saya bukakan."

" Eh tak payah!" Pantas Areena menghalang tangan suaminya.

Bertaut rapat kening Umariff. Salah ke? Areena menayangkan sengihan. Dia menggeleng kepalanya tidak mahu.

" Apa salahnya?" Soal Umariff pelik. Kening di jongket ke atas.

" Saya tak biasalah."

" Cikgu kenalah biasakan." Jawab Umariff sambil memutarkan bebola matanya.

" Buat apa pula? Saya kahwin dengan awak sampai awak habis SPM je."

" Lah? Siapa pula kata gitu? "

" Err... Err... Yelah. Sampai awak habis SPM jekan? Awak nak sampai bila?" Soal Areena sedikit gagap.

Umariff menghela nafas kecil. Dia berkalih dan terus bangun dari kedudukan.

" Cikgu buka jela tudung cikgu. Cikgu tu demam. Nanti makin panas pula badan cikgu tu." Pesan Umariff terus keluar dari bilik gurunya. Pintu di tutup.

Areena mengeluh kecil. Tudung selendang yang terlilit cantii di atas kepala di buka. Dia bangun dan campak tudung itu ke dalam bakul. Berpina kepala dia waktu berjalan.

" Huh! Saya dah nampak dah!"  Terjah Umariff membuatkan Areena terkejut. Pantas Areena berkalih.

" Umariff! Terkejut saya!"

" Hah! Reti pun nak buka! Saya ingatkan tak nak buka dah!" Ujar Umariff dengan tawaan kecil.

" Ish!" Geram Areena. Dia abaikan saja suaminya di muka pintu. Dia kembali melabuhkan punggung di atas katil.

" Cantik rupanya cikgu ni sebenarnya. Patutlah cikgu Azrin tergila - gila." Ujar Umariff sambil mencebik bibir.

" Baru tahu ke saya cantik? Lagi sekali saya cakap! Azrin tu memang crush saya. Jadi tak perlu nak berulang - ulang kali sebut nama dia." Geram Areena membaringkan badannya.

" Ouh... Okey. Saya pun ada crush juga." Ujar Umariff membuatkan Areena berkalih.

" Siapa? Aidina?"

" Hehe... Tapi tulah. Saya rasa dia anggap saya kawan jelah." Ujar Umariff sambil menggaru kepalanya yang tidak terasa gatal.

" Haih... Habiskan sekolah dulu. Baru sebuk fikir pasal cinta." Pesan Areena.

" Hmm... Yelah cikgu."

" Err... Cikgu?"

" Hm?"

" Saya nak nombor cikgu Azrin boleh?"

"Awak nak buat apa?" Makin lemah suara Areena. Tak larat sangat.

" Saya nak terangkan hal tadi. Saya tak nak jadi gosip. Saya nak cakap yang saya gurau je tadi." Ujar Umariff dengan sengihan.

" Hm... Ambillah dalam bag saya. Jangan ganggu saya lagi. Kepala saya berat sangat." Ujar Areena sambil menutup kelopak matanya.

" Eh! Cikgu kena makan dulu! Lepastu makan ubat! Baru boleh tido!" Pantas Umariff mendekati isterinya.

" Saya tak laratlah nak masak. Nanti - nanti jelah." Areena berkalih ke arah lain.

" Haih..."

Umariff berfikir sejenak. Dengan pantas Umariff membuka langkah keluar dari bilik isterinya dan masuk ke dalam biliknya. Telefonnya di capai.

Apps penghantaran makanan di buka. Fikirnya ingin membeli saja makanan untuk isterinya. Dia bukan reti masak. Kalau nak masak pun... Ada maggie je kat kabinet dapur. Rumah bujangkan?

Bersambung...

Kalau boring author minta maaf. Jangan lupa vote untuk next chap!

Budak SPM itu SUAMI aku!! ( C )Where stories live. Discover now