Areena berbaring di atas katil. Dia tidur secara menyiarap. Bosan juga tidur secara terlentang sekali sekala mahu tukar juga dia. Walaupun sedang mengandung. Bernasib baiklah perutnya tidak membesar lagi.Umariff keluar saja dari bilik air terus mendekati isterinya di atas katil. Di waktu - waktu isterinya mengandung. Dia suka benar mahu mengusik sang isteri.
Umariff tersenyum nakal dan terus naik ke atas kapal. Tidak memikir panjang terus memeluk erat badan isterinya sehingga gadis itu merengek lemas.
" Abang! Nak tido!" Rengek Areena sedikit menjerit.
" Tidur jelah... Abang tak buat apa pun."
" Tak payahlah abang!"
Pap!
" Tangan tu asyik nak merayap jekan!" Geram Areena sambil memukul tangan suaminya.
Umariff tertawa kecil pabila isterinya mula naik angin. Boleh gila agaknya Areena ini dengan suaminya.
" Apa? Salah ke? Abang rasa dah halal tak ada apa - apa masalah." Selamba Umariff.
" Umariff! Saya nak tido! Pleaselah..." Tangis Areena dengan merembeskan air matanya. Dia lelah... Dia cuma mahu tidur.
Terkejut Umariff pabila melihat sang isteri menangis atas perbuatannya.
" Alolo... Sayang. Abang gurau jelah. Aduh... Mak buyung ni, manjanyalah." Pujuk Umariff sambil menarik isterinya ke dalam pelukan.
Areena masih melepaskan tangisan. Umariff tidak berhenti memujuk sang isteri seperti memujuk bayi yang sedang menangis saja.
" Abang... Nak tido!" Tangis Areena.
" Ye... Kita tido eh. Abang janji tak kacau dah." Ujar Umariff dengan senyuman kecil.
Areena menyerka air matanya pabila suaminya sudah berjanji tidak akan mengulanginya kembali. Areena terus berbaring seperti tadi. Baru saja ingin terlena.
Cuk!
Terhenjut bahu Areena merasakan kegelian di bahagian pinggangnya. Areena pandang tajam suaminya. Makin geram dia.
Umariff tertawa terbahak - bahak bagaikan mahu putus nyawa sudah tawaannya itu.
Areena terus memukul suaminya bertubi - tubi dek panas akan kelakuan suaminya yang rak mengizinkan dirinya tidur dengan tenang.
" Abang keluar!" Geram Areena tapi tidak menjerkah sang suami.
" Tak nak... Nak tido dengan isreri abang ni." Ujar Umariff sambil mencubit pipi isterinya.
" Ish!" Areena menepis kasar.
" Abang nikan! Dengkilah!" Geram Areena kembali merembeskan air matanya.
Stress punya pasal!
" Hehe... Janganla nangis. Fikir cntiklah tu nangis macam tu?" Usik Umariff lagi dengan senyuman.
Umariff memang kalau bosan memang suka mengusik isterinya. Tapi pabila sang isteri merajuk... Baru cuak tak tentu pasal! Lelaki! Desis akal Areena.
" Abang ni!" Geram Areena memukul suaminya menggunakan bantal.
" Okey... Sayang! Sorry... Sorry! Sayang cantik! Sayang cantik!"
Tangan Areena di tahan oleh Umariff sambil tersengih kambing. Areena terhenjut - terhenjut melepaskan tangisan.
" Abang cakap saya buruk!"
" Mana ada... Abang tanya je tadi. Tapi abang tahu, isteri abang ni memang cantik... Wajah sayang buat abang geram... Rawr!" Usik Umariff.
YOU ARE READING
Budak SPM itu SUAMI aku!! ( C )
RomanceAMARAN‼️ Cerita ini di reka sepenuh oleh saya. Tidak berkait dengan yang hidup atau pun yang sudah kembali menghadap Ilahi. ✨🦋✨ Cerita ini mengisahkan tentang seorang guru perempuan muda yang di pindahkan ke SMK Seri Mahkota. Dia menja...