AREENA naik ke tingkat 30. Seperti biasa... Jika dia yang menghantar makanan. Sudah bermaksud Kak Nil tidak menghadirkan diri ke tempat kerja. Kali ini gadis itu hanya busy dengan entah apa urusannya.
Areena mendekati seorang wanita yang sedikit berumur yang sedang sibuk menaip sesuatu di komputer.
"Kak... Nak tanya. Pintu besar ni bilik bos ke?" soal Areena keliru.
"Haah... Kenapa ye?" soal wanita itu kepada Areena kembali.
"Ouh... Saya nak hantar makanan. Maaflah lambat sikit. Saya bangun lambat..." ujar Areena dengan sengihan.
"Ouh tak pe... Bos kat dalam. Masuk jelah..." ujar wanita itu lembut.
"Ouh... Okey... Thank you."
Areena menayangkan senyuman dan bergerak mendekati pintu besar yang berada di depan meja wanita berumur itu saja.
Baru saja ingin menolak. Matanya terbuntang apabila melihat nama yang tertera di pintu tersebut.
C.E.O Datu Umariff.
Kepala ayah dia?
" Ya allah... Apa ni?" terkaku Areena.
Areena berkalih kembali melangkah mendekati wanita berumur itu kembali.
"Kak? Bole tak akak je yang bagi pada bos?" ujar Areena dengan sengihan.
"Ala... Awakkan tak pernah jumpa bos lagi. Apa kata awak pergi jumpa dan hantar makanan tu pada bos sendiri. Saya banyak kerja..." ujar wanita itu sambil menggaru keningnya yang tak terasa gatal.
"Tapi..."
" Mah?" satu suara dari kejauhan seperti memanggil wanita tersebut.
Areena berkalih dan terbuntang matanya bagaikan mahu terkeluar. Areena pantas membelakangkan lelaki berumur di belakangnya.
Dato Kamal...
"Ya allah... Apa ni?" resah Areena.
Lelaki tua itu semakin mendekati. Areena pantas menutup wajahnya dengan menggunakan baizer helmetnya. Nasiblah dia tidak buka tadi dan nasib juga hitam cerminnya.
"Dato'" sapa riang wanita itu kepada Dato Kamal.
Dato Kamal memandang gadis yang bertopi keledar membelakanginya saat ini. Pelik...
"Err... You ni-"
"Selamat pagi Dato'" ucap Areena gelabah sambil berkalih dan tertunduk ke bawah.
Pelik betul... Bertaut rapat kening Dato Kamal melihat gadis itu.
" Abang ..."
Kak Mah dan Dato' Kamal berkalih ke arah suara tersebut. Terbuntang mata Areena melihat ibu mertuanya mendekati. Tidak lama dari itu dia tidak berfikir panjang dan terus masuk ke dalam bilik Umariff.
Terkejut Umariff apabila melihat seorang gadis yang memakai helmet dengan gelabah mendekati dirinya.
Areena membuka baizer helmetnya ke atas. Terpapar wajah merah dan putihnya di depan Umariff. Rindunya lelaki itu mahu menatap...
"Apa yang-"
"Awak diam! Mana tempat untuk saya sembunyi?" soal Areena gelabah.
"Err..." Bertaut rapat kening Umariff tidak faham.
"Ah!"
Areena tidak banyak masa... Areena pantas berlari ke arah meja kerja Umariff dan menyorok di bawah meja tersebut.
"Sh! Hamik makanan awak ni!" bisik Areena.
Apa yang jadi? Bisik akal Umariff.
Dato' Kamal dan Kak Mah terkejut apabila bayang gadis tadi sudah hilang.
"Eh? Mana pergi?" soal Dato Kamal kepada Kak Mah.
"Entah? Tadi dia ada je kat sini. Tiba - tiba datin sampai... Dia hilang pula." balas Kak Mah.
"Ish... Nasib saya tak kerja kat sini! Seramlah! Pagi - pagi dah kena kacau!" ujar Dato Kamal.
"Apa awak merepek ni? Siapa yang awak cari?" soal Datin Suraya.
"Err... Tadi ada sorang perempuan tadi..." terang Dato Kamal.
"Eh? Yeke? Tak perasan pula saya." ujar Datin Suraya.
" Hm... Tak apalah. Saya nak jumpa anak kita ni." ujar Datin Suraya melantakkan saja.
Umariff masih menanyakan soalan kepada Areena.
"Sh! Diamlah!"
Klak!
"Uma..."
Umariff pantas mengakat kepalanya dan membetulkan kedudukannya. Dia menayangkan senyuman dengan gelisah.
Sebab ini ke gadis itu suruh dia senyap? Desis akal Umariff.
"Eh mummy? Kenapa tak bagi tahu nak datang?" soal Umariff.
"Eh? Jumpa anak sendiri kot? Perlu bagi tahu ke?" kecil hati Datin Suraya.
"Bukan... Umariff takut mummy ngan daddy datang waktu Umariff ada meeting. Nasib Umariff tak ada buat apa - apa..." ujar Umariff dengan sengihan.
Areena lenguh bercangkung. Dia mahu membetulkan kedudukan dengan selesa. Tetapi helmetnya terhentak ke meja membuatkan hentaman bunyi yang begitu kuat.
"Eh bunyi apa tu?" soal Dato Kamal pelik dan terkejut.
"Err... Tak ada. Kaki Umariff tersepak meja."
Umariff mendepankan kerusinya. Kakinya menolak Areena untuk lebih ke dalam dan membuatkan kakinya betul - betul menghimpit Areena ke dalam. Umariff bagaikan mahu tertawa saja.
"Haih... Tahulah tak suka kami datang. Janganlah marah sangat." ujar Datin Suraya mengusik hati anaknya.
"Eh mana ada mummy... Umariff tak pernah terfikir sampai macam tu sekali." ujar Umariff cuba menceriakan ibunya kembali.
"Hm... Kami datang ni nak ajak kamu lunch. Sibuk sangat ke?" soal Datin Suraya.
"Err... Sebuklah mummy... Sebuk sangat. Lain kali boleh ke?" soal Umariff sambil matanya menjenguk ke arah bawah meja.
"Lah ye ke... Haih. Tak apalah... Abang... Nampaknya kita dating dua jelah..." ujar Datin Suraya.
"Itulah... Anak kita ni dah busy. Hm... Umariff... Bila risult keluar?" soal Dato Kamal.
"Err... Dengar cerita bulan 10." teka Umariff.
"Hmm yelah... Kalau ada apa - apa masalah. Bagi tahu daddy." ujar Dato Kamal.
Umariff membalas dengan anggukkan.
"A-"
Umariff hampir terjerit apabila merasakan pedih di bahagian kakinya. Areena menarik bulu kakinya. Ya allah pedihnya...
Padan muka! Sepak aku lagi! Geram Areena.
" Apa Umariff?" soal Datin Suraya.
"Tak ada apa mummy..." ujar Umariff dengan segihan.
"Okeylah... Kami gerak dulu."
Datin Suraya dan Dato Kamal sudah pun keluar dari bilik tersebut. Tetapi baru saja Areena mahu keluar. Datin Suraya kembali menjenguk ke dalam membuatkan Umariff terpaksa menolak Areena ke dalam menggunakan kaki membuatkan Areena terjatuh ke belakang.
"Ye mummy kenapa?"
"Jangan sebuk kerja! Makan tu penting! Jaga makan!" pesan Datin Suraya.
"Baik mummy."
"Macam mana kamu dengan Aidina? Okey?" soal Datin Suraya.
Areena terkelu lidahnya. Begitu juga dengan Umariff.
"Err... Okey... Kita orang okey..."
Sakit Areena mendengarnya. wajahnya kian menjadi dingin... Hatinya luluh... Pasti bekas suaminya sudah pun bahagia. Walaupun tanpa dirinya.
"Ikhlas Areena..." Gumam Areena.
Mulut saja kata ikhlas... Tapi hati siapa yang tahu? Kuatkanlah hatiku ya Allah...
***
Author double update tau! Sebab kita ni sayang readers! Huhu...jangan lupa vote ye.
YOU ARE READING
Budak SPM itu SUAMI aku!! ( C )
RomanceAMARAN‼️ Cerita ini di reka sepenuh oleh saya. Tidak berkait dengan yang hidup atau pun yang sudah kembali menghadap Ilahi. ✨🦋✨ Cerita ini mengisahkan tentang seorang guru perempuan muda yang di pindahkan ke SMK Seri Mahkota. Dia menja...