BAB 33

347 33 6
                                    

AREENA mengeringkan rambutnya yang basah. Tiba - tiba badannya sedikit terhenjut apabila terdengar kuakan pintu dari belakang.

Bertaut rapat kening Areena apabila melihat sang suami yang masuk ke dalam bilik tidurnya.

"Apa awak buat kat sini?" soal Areena pelik.

Umariff melepaskan keluhan kecil dan terdiam. Kakinya melangkah mendekati isterinya. Tanpa izin Umariff terus memeluk pinggang isterinya.

"Abang? Okey tak ni?" soal Areena menjenguk wajah Umariff yang berada di sisi lehernya.

"Hmm..." hanya itu saja balasan dari sang suami.

"Abang... Kenapa ni?" pelik Areena kembali bertanya.

Umariff memandang isterinya. Wajahnya masam.

"Sayang... Abang nak tidur sini tau." pinta Umariff manja.

" Kenapa pula? Aidina macam mana?" soal Areena pelik.

"Aidina dah tidur dahlah... Tu yabg abang datang sini." balas Umariff.

Areena meleraikan pelukan suaminya di pinggangnya. Dia menuju ke katil dan melabuhkan punggungnya di atas katil. Umariff turut memanjat naik ke atas katil.

" Pergilah... Nanti Aidina bangun. Dia tengok abang tak ada macam mana nanti?" soal Areena risau.

"Biarlah dia... Abang nak tidur dengan sayanglah. Abang rindu..." kembali dia memeluk pinggang isterinya.

Haih... Kenapa pula manja sangat suaminya malam ini.

" Sayang..."

"Hm..." gumam Areena sambil menyikat rambut sang suami menggunakan jari runcing.

"Abang minta maaf tau."

"Kenapa pula?" bertaut rapat kening Areena.

Umariff mengangkat wajah dan memandang tepat wajah isterinya.

"Abang tak berlaku adil dengan sayang. Petang tadi... Abang asyik lebihkan Aidina je." luah Umariff.

Areena tersenyum kecil dan hanya mendiamkan diri saja.

" Abang tak tahu sampai bila abang nak berlakon mesra depan dia." luahan Umariff membuatkan dahi Areena berkerut seribu.

"Berlakon?"

"Haih... Sayang ingat abang ikhlas ke? Kalau tak sebab sayang paksa dan tanggungjawab... Tak adanya abang nak kahwin. Abang tak selesalah... Abang tak cintakan Aidina sayang..." luah Umariff.

Areena mengusap pipi suaminya. Lelaki itu bagaikan kucing di belai oleh penjaga.

" Janganlah cakap macam tu. Kalau Aidina dengar macam mana? Kesian nanti... Dia tengah mengandung tau." ujar Areena lembut.

"Haih... Sayang sebuk fikir perasaan orang lain kenapa? Abang tak tahulah sayang... Agak - agak lepas dia bersalin boleh tak abang ceraikan dia?" soal Umariff.

"Apa abang fikir sampai macam tu. Tak apa abang... Perlahan saja. Cuba untuk terima dia. Saya okey jelah... "

"Sayang tu betul je ke okey. Abang tahu saya sikit terasa dengan abangkan?" ujar Umariff serba salah.

Pipi sang isteri di usap lembut. Tanpa izin pipi gadis itu di kucup bertubi - tubi membuatkan Areena lemas.

"Sudahlah..."

" Rindu..." manja Umariff sambil membaringkan kepalanya di atas peha sang isteri.

" Abang kurang selesalah dengan Aidina tu. Abang tak tahulah... Rasa tak sedap hati je." ujar Umariff ragu - ragu.

"Kenapa pula?"

"Tak adalah... Kalau betul abang sentuh dia. Kenapa cepat sangat umur kandungan lima bulan? Subur sangat ke abang?" pelik Umariff dengan tawaan kecil di belakang.

Areena tersenyum pahit. Bagi dirinya perkara itu tidak kelakar.

"Mungkin..." balas Areena cuba menyendapkan hati.

"Haih... Sayang... Jom tidur." ajakkan Umariff sambil bangkit dari pembaringan.

"Pergilah... Kesian Aidina nanti." pujuk Areena risau.

"Ish! Tak payah nak paksa boleh tak! Tak sukalah!" geram Umariff terus berbaring di atas katil.

"Jangan nak buat perangai tak matang. Awak tu ada dua bini! Lagi - lagi bini awak yang sana tu mengandung!" ingat Areena.

" Dan? Nak abang lebihkan yang ngandung je? Apa dia fikir yang tak ngandung ni tak ada perasaan ke? Nak fikir dia je..."

   "Nanti apa alasan dia nak bagi? Dah duduk sebumbungkan? Alasan apa lagi dia nak bagi? Risau? Sudahlah... Malas abang. Abang buat baik depan dia sebab fikir dia mengandung je. Kalau tak..." geram Umariff panjang lebar.

"Abang... Kalau Aidina dengar macam mana?" geram Areena memukul betis suaminya.

"Biar! Memang abang suka cakap kuat - kuat. Biar dia dengar!" geram Umariff.

Areena menggelengkan kepalanya. Hatinya sedikit suka juga apabila sang suami lebih memilih dirinya berbanding madunya.

'Ya allah... Tak baik Areena. Ya allah... Hilanglah sifat mementingkan diri di dalam hati aku.'

"Sudahlah... Jom tidurlah!"

"Aidina-"

"Lagi sekali cakap pasal Aidina! Abang cium mulut tu. Tahukan dah berapa lama abang tak cium? Jadi jangan cabar!" geran Umariff terus menarik gadis itu berbaring.

"Dah tutup mata tu!" kasar Umariff menutup mata isterinya dengan telapak tangannya.

"Ish awak ni ganaslah! Tak matang betul!" geram Areena merengus.

" Sh! Diam! Tidur je... Good night."

Cup!

Satu kucupan hangat di dahi sang isteri. Areena mengeluh kecil. Pelukan sang suami terlalu ketat membuatkan dirinya susah sedikit bernafas.

Haih...

Tenang apabila dekat dengan sang suami. Rasa rindu yang mendalam...

***

Budak SPM itu SUAMI aku!! ( C )Where stories live. Discover now