Bab 34

411 38 4
                                    

AREENA membuka matanya. Cahaya yang menembusi biliknya membuatkan matanya menyepet dek silau.

Matanya di gosok dan cuba bangkit untuk menggeliat membetulkan sendi - sendinya. Areena cuba mengalihkan tangan kekar sang suami dari terus memeluk perutnya.

Tetapi tangan itu bagaikan terkunci dan tidak mahu melepaskannya.

"Abang bangunlah! Dah nak habis subuh ni!" gerak Areena mengejut suaminya.

"Hm..." gumam Umariff masih memeluk erat isterinya dan terus berbaring.

"Abang... Cepatlah!"

"Lima minitlah. Tidurlah sayang..."selamba Umariff menarik isterinya makin mendekat ke dadanya.

"Abang!" geram Areena sambil tangannya memukul kecil di lengan si suami.

Tok! Tok! Tok!

" Umariff... Awak kat dalam ke?" suara Aidina mengejutkan Umariff.

Mata lelaki itu mula terbuka dan memandang ke arah pintu seketika dan kembali tetidur.

"Abang Aidina tu." bisik Areena risau.

"Dan? Tidur jelah... Biar jelah dia..." ujar selamba Umariff sambil kembali mengeratkan lagi pelukan.

"Sudahlah... Abang! Ish!" geram Areena.

"Sabar ye Aidina! Umariff tengah solat ni." jerit Areena dari dalam bilik.

"Eh!"

Pantas Umariff menutup mulut si isteri. Matanya terjegil membuatkan Areena bertaut rapat keningnya.

"Aduh... Sayang ni kenapa? Abang nak tidurlah!" geram Umariff dengan rengekkan manja.

"Tidur apa lagi? Sekarang kul berapa? Cuba tengok sikit!" geram Areena.

Tangan si suami di alih dengan kasar. Malas mahu melayan mood manja suaminya pagi - pagi ini.

" Sebelum solat... Nak tak mandi?" ajakkan Umariff.

Areena berkalih memandang suaminya. Lelaki itu tersenyum nakal.

"Abang jangan nak ngadelah! Jam dah pukul 7 tu!" geram Areena.

Umariff tertawa kecil. Gatal pula dia jadinya.

***

UMARIFF ralit memandang Areena sedang memasak makanan pagi. Senyuman manis terlebar di bibirnya.

" Awak... Nah." satu suara menyentak Umariff.

Aidina menolak air kopi di depan Umariff.

"Thanks..." ucap lembut Umariff dengan senyuman tipis.

"Dah siap..." Ujar Areena.

Api dapur di tutup dan mula menghidangkan di atas meja. Pinggan si suami dia ambil dan di sendukkan bihun goreng ke dalam pinggan si suami.

"Thank you, sayang..." ucap lembut Umariff sambil mengusap lengan isterinya.

Aidina mengetap bibirnya. Layan Umariff terhadap Areena dengan dirinya lain dan tidak sama langsung!

Areena mahu mengambil ruang di sisi sang suami yang lebih dekat. Tetapi pantas Aidina bersuara.

"Erm... Cikgu? Boleh saya duduk kat sebelah Umariff?" pinta Aidina.

"Ouh... Boleh..."

Baru saja Areena mahu bangkit dari kedudukan. Pantas Umariff menahan lengan gadis itu. Matanya menjegil tidak mahu gadis itu berjauhan.

"Aidina... Awak duduk jelah situ. Bukannya kita jauh mana pun." ujar lembut Umariff sambil tersenyum kecil.

"Tapi..."

"Ai... Please? Saya letih nak cakap banyak." Umariff mula dingin.

Aidina melepaskan keluhan kecil dan membalas dengan anggukkan.

"Abang..." bisik Areena kasihan.

"Sayang tutup mulut tu boleh? Lagi sekali berbunyi sebabkan kesian! Abang tak cakap banyak! Ciun je nanti!" geram Umariff memarahi Areena dengan bisikkan.

Tetapi jelas sekali Aidina dapat mendengarinya. Gadis itu tertunduk dan air matanya hampir mengalir. Tetapi pantas tangannya menyerka.

Areena sedar gadis itu sedang menangis. Dia melepaskan keluhan panjang... Kasihan tetapi... Suaminya satu hal...

Suaminya tidak boleh lebihkan pada dirinya saja... Aidina juga isterinya. Tetapi kenapa pula aku nak lebihkan perempuan tu pula? Biarlah dia? Dah dia bersetuju nak bermadu! Terimalah impaknya!

Ya allah... Kejamnya kau Areena! Sabar Areena... Kenapa ni? Istighfar Areena... Bisik hati kecil Areena.

***

AIDINA melepaskan keluhan kecil. Lelaki itu selalu memaksa dirinya. Memang tiada iman betul!

"Ye cikgi! Saya faham! Bagilah saya masa! Cikgu fikir saya senang ke nak buat Umariff bencikan Areena! Saya perlukan masa!" geram Aidina berbisik.

"Huh! Aku bagi masa dua minggu! Kalau masih tak jadi apa - apa! Siap kau aku kerjakan! Kau jangan ingat hidup kau akan aman... Selagi kerja kau tak jalan! Aku takkan biarkan engkau hidup amanlah!" jerkah Azrin.

Aidina menjarakkan telefon dari telinganya. Air mata mengalir membasahi pipinya.

Dia betul - betul mahu meraung saat ini. Hidupnya penuh dengan rintangan yang berat! Dia terikat! Fia tak mahu buat semua ni! Tetapi di sebabkan sayang akan bayi di dalam kandungannya membuatkan dia bertindak kejam!

"Saya tutup dulu."

Tit!

Panggilan pantas di putuskan.

"Kau tak takut ke... Perangai kau yang memusnahkan rumah tangga orang lain turun ke anak kau?" bisik Aidina lemah dengan air mata mengalir.

"Maafkan saya... Cikgu." rintih Aidina.

***

Vote ye...
Tq korang...

Budak SPM itu SUAMI aku!! ( C )Where stories live. Discover now