Bab 76

12.9K 375 7
                                    

"23 Februari kita kena pergi hospital tau." Kata-kata dari isterinya tempoh hari teringang pada kepalanya. Telefonnya diambil lalu butang ditekan.

23 Februari 2024

"Pergi petang pun boleh kan? Abang ada kerja nak kena buat." Kata Hazwan lalu naik ke atas. Aleesa mengangguk lalu memandang TV kembali. Si kecil yang berada di sisi memandang mamanya.

"Bila baby nak keluar?" Tanya Arissa dengan pelat. Si kecil sudah fasih bercakap berbanding sebelum ini. Cumanya, Arissa akan bercakap banyak dengan mama dan papanya sahaja. Dengan orang lain dia akan diam. Dia malu!

"Hari ini." Kata Aleesa sambil tersenyum. Dia hanya beriak biasa dan langsung tidak panik. Arissa hanya mengebilkan mata.

Tak bahaya ke?

Sebenarnya sebelum 23 Februari Aleesa kena tinggal di hospital. Tetapi biasa la. Aleesa tidak suka menyusahkan suaminya. Sudah la lelaki itu semakin sibuk kebelakangan ini. Dia tidak mahu menyusahkan suaminya untu berulang alik demi melawatnya.

"Mama nak air?" Tanya Arissa dan Aleesa mengangguk. Dia bangun dari duduknya secara perlahan-perlahan. Perutnya yang kian membesar akibat pembawaan bayi kembar diusap. Segera Arissa menghalang mamanya. Dah la mama ni degil!

"Nanti papa mayah!" Marah Arissa dan Aleesa hanya menyengih. Alah, sama sepeti papanya. Protective!

"Jangan la beritahu. Mama tak nak belanja ayam." Kata Aleesa lalu memeluk tubuhnya. Bibirnya dicebik seperti merajuk dengan si kecil.

"Okay-okay, tak beritahu." Kata Arissa dengan pelatnya. Aleesa tersengih lalu kakinya perlahan-lahan membuka langkah menuju ke dapur. Cawan diambil lalu diisi dengan air Cuckoo.

Terasa sakit pada perutnya. Cawan plastik yang dipegang oleh Aleesa terjatuh. Berkerut dahi Aleesa sambil memegang perutnya. Kakinya sudah tidak boleh menanggung badannya. Akhirnya dia terduduk. Kakinya dipandang. Darah mengalir keluar dari celahan kakinya. Dia cuba mengatur nafasnya yang tercungap.

"Mama!" Arissa hendak menangis. Mama kenapa?

"Pa-panggil papa." Sudah tiada nafas dia hendak berkata. Matanya terpejam bagi menahan rasa sakit. Tu la degil lagi! Ingkar janji lagi kan. Kata tak nak jadi isteri derhaka

Pesanan mamanya dipatuhi. Guna lift lambat! Segera Arissa menaiki tangga satu-persatu ke tingkat tiga. Aih, papa ini. Bilik kerja pun jauh, dekat atas sekali pula tu!

"Papa, mama!" Terus Arissa menerjah masuk bilik papanya. Tiada masa mahu mengetuk pintu. Hazwan mengerutkan dahinya. Ipad pada tangan diletakkan pada atas meja.

"Kenapa?" Tanya Hazwan. Arissa menangis sambil menarik tangan papanya. Hazwan hanya mengekori si kecil. Ipad dibiar di atas meja kerjanya

"Baby nak kuar!" Jerit Arissa dan Hazwan terus membeliakkan matanya.

"KATA KELUAR BULAN MAC! EH, BUDAK INI!" Jerit Hazwan lalu menggaru kepalanya. Habis kusut rambutnya. Arissa didukung lalu kakinya segera turun ke bawah. Patut la anaknya menangis.

"Ya Allah." Hazwan berkata seraya mendekati isterinya. Bahu dan belakang lutut isterinya dipegang. Segera dia mendukung si isteri untuk menuju ke kereta. Darah yang mengalir terkena pada lengan bajunya hanya diendah. Baju mahal? Nyawa isterinya lagi mahal. Tiada pengganti dan tidak dijual.

"Abang, sakit!" Aleesa menjerit lalu menarik rambut suaminya. Berkerut dahinya menahan sakit. Hazwan pula hanya pasrah apabila Aleesa bertindak demikian.

𝐇𝐚𝐳𝐰𝐚𝐧 𝐀𝐥𝐞𝐞𝐬𝐚 | 𝐂Where stories live. Discover now