SAKINAH lepaskan keluhan. Tubuh dia rasa sangat penat hari ni. Letak muka di hadapan aircond di dalam kereta ini pun tak dapat membantu untuk sejukkan tubuh dia. Panas!
Hari ini, hari sukan untuk menengah bawah. Sepatutnya dia tak terlibat pada hari ni kerana dia terlibat dengan sukan menengah atas sahaja, yang akan berlangsung pada minggu hadapan. Tapi entah bagaimana, dia diheret untuk menguruskan sukan menengah bawah.
Dia tak bersedia dari segi mental mahupun fizikal. Dramatik kan? Tapi yang tahu saja tahu betapa penatnya apabila terpaksa berada di tengah padang pada waktu tengah hari begitu. Nasib baik juga dia memang dah tinggal spare baju dan kasut sukan siap-siap dalam kereta.
Kalau tidak, berbaju kurunglah dia sambil terjerit-jerit di tengah padang memberi sokongan kepada peserta. Haih!
Deringan telefon menyedarkan Sakinah dari lamunan. Telefon dicapai sebelum panggilan daripada Ucu Ja dijawab.
"Kinah, you dah balik sekolah ke belum?"
"Amboi, salam tak apa tak..."
"Ucu risau ni." Perlahan suara Ucu Ja kedengaran. Dahi Sakinah berkerut.
"Risau? Kenapa? Ada apa-apa ke dekat kampung?"
"Ish, mana ada! Ucu risaukan you ni. You dah balik sekolah kan?"
Sakinah tertawa kecil. Ingatkan apalah tadi...
"Dah, dah balik sekolah. Ni ada dalam kereta ni, baru sampai. Ucu dah rindu ke? Baru sehari kita tak jumpa, tau?"
"Rindulah anak buah ucu ni. Kita kan tak pernah terpisah sebelum ni."
"Drama sangatlah ucu ni. Nanti minggu depan Kinah balik juga."
"Hmm..."
Hanya itu yang dijawab Ucu Ja.
Sakinah tersenyum kecil. Nampak sangat Ucu Ja masih tak berpuas hati. Ada la tu yang sedang difikirkannya itu.
"Kinah okey aje. Hari ni Kinah bangun tepat-tepat enam pagi. Breakfast, makan roti coklat. Oh, tart telur dalam peti ais Kinah ambil bawa bekal. Yang ucu ke? Lunch pula, Kinah makan dengan Mimi dekat kantin. Dinner, belum lagi. Kinah ingat nak masak ringkas-ringkas aje!"
"Tart telur tu memang you punya ucu simpan dalam peti. Habiskanlah."
"Okey..."
Sakinah bersandar pada kerusi.
"Hari ni Kinah penat sikit. Ingat tak fasal sukan yang Kinah cerita hari tu? Kan sepatutnya Kinah punya turn minggu depan tapi tiba-tiba ada cikgu yang nak tukar dengan Kinah. Anak cikgu tu demam panas jadi dia ambil separuh hari."
"Jadi you punya turn tukar jadi hari ni?"
"Ya..."
Sakinah lepaskan keluhan. "Itu yang Kinah rasa letih sikit hari ni. Macam nak demam pun ada tapi Kinah rasa demam tipu-tipu aje ni. Nanti Kinah naik mandi, tidur sihatlah ni."
"You berjemur tengah panas ke?"
"Haah. Panas sikit aje," ujar Sakinah terpaksa berbohong. Hari ini punya panas, banyak!
"You tak bagitahu ke yang you sakit? Kenapa paksa diri tu juga? You dahlah tak ready tiba-tiba duduk tengah panas. Tak ke terkejut badan you tu?"
"Tak pun. Kinah dah slow talk dengan badan Kinah."
Ucu Ja diam tak membalas. Sakinah tahu Ucu Ja tak dapat menerima gurauan dia dengan baik kali ini kerana risaukan dia.
"Ucu harap you dapat suami yang kaya."
ANDA SEDANG MEMBACA
SAKINAH
RomanceSAKINAH... yang perkahwinannya diaturkan atas sebab mahu menjaga keturunan.
