Tiga tiga

228 21 6
                                        

SUARA tangisan yang tersedu-sedan menyedarkan Sakinah dari lena panjang.

"Aku dah mati ke?" tanya Sakinah perlahan.

Tangan yang bebas dari genggaman sesiapa itu dibawa mendekat ke wajah. Dia meraba wajah sendiri. Dan saat itu dia tersedar yang dia sedang memakai alat bantuan pernafasan. Teruk sangat ke keadaan dia?

Rasanya dia hanya sekadar pengsan. Kan?

"Sakinah."

"Kinah!"

Sakinah buka mata perlahan-lahan. "Siapa?" Dia menyoal.

"Kau hilang ingatan ke? Abang, doktor tak ada cakap pun?" Lufeeya yang mendengar sudah kegelisahan. Pipi yang basah dikesat kasar. Wajah suaminya dipandang, meminta penjelasan.

"Air."

Itu yang dipinta Sakinah tanpa hiraukan pertanyaan Lufeeya.

Lufeeya menurut seperti yang dipinta Sakinah dengan tangan yang terketar-ketar kerana gelisah. Selesai, dia lap mulut Sakinah dengan ibu jarinya.

"Tangan kau bersih ke tak ni?"

"Sorry, lupa. Aku baru balik dari tandas tadi." Selamba Lufeeya membalas. Kalau dengan gaya Sakinah yang begini, sah-sahlah sahabatnya ini tak ada masalah hilang ingatan. Alhamdulillah!

Sakinah kerutkan wajah. Dia selesakan tubuh yang sedang berbaring.

"Kau ingat aku kan?"

"Kepala aku ada terhentak dekat mana-mana ke?" tanya Sakinah dengan riak hairan.

"Tak ada, kut."

"Macam mana Kinah boleh pengsan ni?" Suara Nadhif, suami Lufeeya, kedengaran menyoal.

Sakinah alih pandangan dari Lufeeya. Barulah dia tersedar akan kehadiran Nadhif dan Iddin yang turut berada di ruangan ini.

"Entahlah, penat sangat, kut." Sakinah menjawab pertanyaan Nadhif. Seketika, dia angkat tangan ke arah Iddin tanda menyapa lelaki itu.

Iddin angguk sekali. Tanpa sebarang senyuman di wajah. Kenapa serius sangat ni?

"Kenapa semua ada dekat sini? Tak kerja ke?"

"Kau tidur nak dekat tiga jam. Sekarang dah jam dua pagi," jelas Lufeeya.

Sakinah angguk perlahan. "Mesti aku dah ganggu waktu tidur kau orang, kan? Pergilah balik. Aku okey aje ni."

Sakinah memandang Nadhif dan Lufeeya yang berpakaian baju tidur sama warna. Tidur pun nak kena matching ke? Mata Sakinah jatuh pada tubuh Iddin. Iddin masih berkemeja formal. Mesti berkejar datang ke sini setelah selesai dinner dengan client yang dikatakan.

"Aku tak nak balik. Aku memang nak tidur sini, teman kau."

"Tak payahlah, Piya. Aku okey aje dekat sini."

"No." Lufeeya bernada keras.

Baru sahaja Sakinah membuka mulut mahu melawan, Lufeeya dekatkan diri dengan Sakinah.

"Aku rasa lebih baik kau diam dari cakap apa yang tak patut."

"Kenapa pula?"

"Kau tak rasa ke aura Abang Iddin kau ni sekarang tengah lain? Dia macam tunggu masa nak meletup. Aku tengok pun seram," balas Lufeeya dengan berbisik betul-betul di tepi telinga Sakinah.

Pandangan Sakinah jatuh pada Iddin buat sekali lagi. Dan saat itulah baru Sakinah tersedar. Maknanya Iddin tak senyum dekat dia sebab tengah tahan diri daripada meletup seperti yang dikatakan Lufeeya itu ke?

Oh.

"Macam mana aku boleh ada dekat sini? Kau ke bawa?"

Lufeeya geleng. "Abang Iddin."

Oh.

Sakinah tersenyum pahit.

"Piya, aku penatlah. Nak tidur boleh?" tanya Sakinah dengan nada perlahan. Sebenarnya dia taklah begitu mengantuk tapi dengan keadaan dia terbaring begini sedangkan yang lain sedang berdiri, dia rasa janggal pula.

Dan tipulah kalau dia kata dia tak seram seperti Lufeeya saat lihat raut wajah Iddin saat ini. Dia tahu, tak lain tak bukan Iddin akan memarahi dia. Tapi atas dasar apa? Bukannya dia yang minta untuk terbaring macam ni. Kan?

"Kenapa pula tak boleh? Kau memang kena rehat banyak-banyak, Kinah," balas Lufeeya sambil menggenggam erat tangan Sakinah.

Sakinah angguk. "Kalau kau dengan Nadhif dah nak balik, baliklah. Aku okey aje dekat sini."

"Hmm, kita orang keluar cari makanan kejap. Aku rasa nak mengunyah pula. Nanti aku datang balik. Aku tidur sini. Jom, bang." Lufeeya menarik lengan Nadhif. Nadhif hanya menurut. Sebelum itu, sempat dia tepuk perlahan bahu Iddin.

Tinggallah Iddin dan Sakinah di dalam ruangan yang luas ini. Untuk terus pejam mata, Sakinah rasa macam biadap pula.

"Abang Iddin nak balik, baliklah. Mesti penat kan? Baju pun tak bertukar lagi tu."

Iddin diam. Dia melangkah mendekati kerusi yang menjadi tempat duduk Lufeeya tadi, di sisi katil Sakinah.

"Famili Kinah datang pagi esok."

"Hah?"

"Ucu yang call Abang Iddin cakap fasal Kinah."

Sakinah angguk mengerti. Kali terakhir yang dia ingat, dia sedang video call dengan Ucu Ja sebelum dia rebah ke lantai. Mesti Ucu Ja panik kerana dia tiba-tiba saja senyap tak bersuara.

"You scared me to death, Sakinah."

Sakinah hanya diam.

"Tak pernah lagi Abang Iddin rasa takut macam tu. Sampai sekarang pun, Abang Iddin masih takut tengok Kinah berbaring dekat katil hospital ni." Jujur Iddin. Dia tarik nafas dalam-dalam.

"Sorry sebab dah susahkan Abang Iddin."

Wajah Iddin berkerut seribu.

"Ini bukan masalah susahkan sesiapa, Sakinah. Tolong sedar dengan keadaan sekarang," balas Iddin dengan gelengan yang lemah.

Iddin tarik nafas. "Sepatutnya Kinah faham perasaan Abang Iddin sebab Kinah pun pernah ada dekat tempat Abang Iddin waktu kejadian ucu dulu. Tapi, Kinah tak mampu faham sepenuhnya lagi kan perasaan Abang Iddin?"

"Susah kan Kinah nak faham yang Kinah tak pernah susahkan sesiapa, tak pernah susahkan Abang Iddin."

"Kinah..." Sakinah tak terkata.

"At this point, Abang Iddin tak kesah dah sama ada Kinah faham ke tak. Nak cuba faham atau terus buat-buat tak faham. Up to you, this time. But this time, I will marry you. I don't care about anything else. I won't wait, no more."

Mata Sakinah membulat.

"Penyakit Kinah? Keturunan? Your insecurity? Still, I'm gonna be with you."

"Kenapa Abang Iddin tiba-tiba..."

"Tiba-tiba? Bukan ke dua tahun yang lepas pun Abang Iddin pernah cakap tentang perasaan Abang Iddin pada Kinah? Rasanya dua tahun dah tak dikira tiba-tiba dah," balas Iddin.

Sakinah bertambah tak terkata. Apa yang keluar dari mulut Iddin itu segalanya benar.

"Now, Sakinah..."

Iddin memandang tunak mata Sakinah.

"Will you marry me? Boleh Sakinah kahwin dengan Abang Iddin?"

"Tolak tepi segala benda yang menghalang Sakinah sekarang kecuali perasaan. Perasaan Sakinah, ada tak untuk Abang Iddin? Untuk Abang Iddin jaga selama-lamanya?"

Sakinah tahan nafas. Mahu sahaja dia capai kembali alat bantuan pernafasan kerana pada saat ini, dia sepertinya memerlukan oksigen tambahan.

Ya Allah. Sakinah pejam mata buat beberapa detik.

Detik seterusnya, mata kembali dicelik.

Renungan mata Iddin dibalas. Sebelum anggukan diberikan dengan senyuman yang halus tapi dengan rasa ikhlas.

TBC

Dah, korang dah boleh hembus nafas tenang-tenang dah hihi

SAKINAHTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang