Tiga lapan

247 20 2
                                        

BUNYI dentingan telefon Iddin yang tak berhenti-henti itu menarik perhatian Sakinah. Pada saat ini, telefon Iddin berada dengannya kerana Iddin sedang berurusan di kaunter untuk urusan beg.

Sakinah hiraukan. Nanti Iddin datang, Iddin boleh periksa sendiri.

Namun, dentingan itu berbunyi lagi. Sebelum kedengaran deringan nyaring hadir dari telefon itu. Sakinah tak mampu terus endahkan rasa mahu tahu dia lalu dia melihat nama pemanggil.

Ayah?

Dahi Sakinah berkerut, hairan. Kenapa ayah tiba-tiba call?

Deringan berbunyi sekali lagi. Sakinah memandang ke arah Iddin yang sedang melangkah ke arahnya.

"Kenapa?" Iddin menyoal.

"Ayah call. Banyak kali. Abang angkatlah cepat!"

Riak wajah Iddin berubah. Capai telefon dari tangan Sakinah, dia terus menjawab panggilan. Salam dijawab perlahan.

Entah apa yang diberitahu ayah tetapi riak wajah Iddin ketika itu menambah kerisauan Sakinah. Apa yang dah jadi? Iddin memandang ke arah Sakinah.

"Kenapa, abang?" tanya Sakinah tanpa dapat ditahan.

Iddin mencapai tangannya lalu digenggam erat.

"Okey, ayah. Iddin balik sekarang."

Iddin matikan panggilan.

Sakinah telan liur. "Kenapa kena balik?"

Iddin memejam mata erat. Seketika, Iddin menarik tubuh Sakinah masuk ke dalam pelukannya. Tubuh Sakinah didakap erat. Ingin mencari kekuatan yang mungkin akan hilang setelah menerima perkhabaran ini.

"Kita kena balik, Kinah. Ucu..."

TBC

SAKINAHTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang