"EH?"
"Kenapa?" Iddin yang baru saja nak tarik brek tangan, tersentak. Dia memandang ke arah yang menjadi tumpuan Sakinah.
"Siapa tu, Kinah?"
Ucu Ja yang baru terjaga beberapa minit yang lepas menyoal dengan kerutan di wajah. Dia turut perasan dengan sebuah kenderaan yang berada di hadapan rumah abangnya itu.
"Kinah rasa macam Kinah tahu siapa tapi..."
"Siapa? Orang nak masuk meminang you ke?"
"Eh, mengarutlah ucu ni!" Sakinah memandang Ucu Ja dengan mata yang membulat.
Ucu Ja hanya tersengih. "Manalah tahu... Duk main tarik tali sangat, karang dua-dua melepas," ujar Ucu Ja sebelum keluar dari perut kereta.
Mendengarkan itu, Sakinah terbatuk perlahan. Dia dan Iddin berpandangan.
"Ucu tak tidur ke?" tanya Iddin dengan senyuman yang tak dapat ditahan.
"Apa? Ucu mengigau aje tu!"
Hanya itu yang dibalas Sakinah sebelum tangan laju mengemas beg tangan. Dia tak tahu apa yang dia dah buat sepanjang perjalanan tapi isi beg tangan dia habis terburai keluar. Dengan jajan dan coklat lagi...
"Siapa yang datang tu, Kinah?"
"Tak silap Kinah, sepupu abah. Tapi tak pastilah betul ke tak sebab dah lama tak nampak kereta Alza tu."
"Oh, bukan orang masuk meminang kan?"
Sakinah angkat bahu. "Kalau ya, mungkin dia orang nak masuk meminang ucu."
"Hah?"
"Ish, Abang Iddin ni!" Sakinah membuka pintu kereta sebelum dia keluar dan menghadap ke arah Iddin.
"Abang Iddin nak masuk dulu tak?"
"Boleh ke?"
"Boleh. Tapi kalau penat, tak apalah. Nanti Kinah bagitahu mak dan abah."
Iddin geleng laju. "Tak apa, tak penat pun kalau nak jumpa mak dan abah. Dah lama tak tengok dia orang."
Sakinah senyum kecil melihat Iddin yang kini sudah keluar dari kereta dan mendahului dia. Tak hiraukan barangan yang berada dalam bonet kereta Iddin, Sakinah turut berjalan mendekati Ucu Ja yang berada di muka pintu. Beg tu semua nanti dia ambil.
SAKINAH memerhati semua orang dengan tangan yang menongkat dagu di atas meja makan. Puan Aisyah ada sediakan minum petang sempena menyambut kedatangan keluarga Pak Lat dengan Ucu Ja dan dia.
Mi kari. Dah lama dia tak makan. Macam mana Puan Aisyah boleh tahu yang dia memang sedang teringinkan mi kari air tangan Puan Aisyah sendiri?
Haih, firasat seorang ibu memang hebat kan?
Sakinah alih pandangan ke arah Ucu Ja yang sedang seronok berbual dengan Pak Lat dan Mak Lat. Termasuk juga dengan Puan Aisyah dan Encik Ali. Anak-anak Pak Lat pula, sedang menonton televisyen.
Iddin pula... sedang seronok berbual dengan anak gadis Pak Lat. Anak gadis Pak Lat yang bernama Nisa. Tua setahun dari Sakinah. Walaupun keluarga Sakinah jarang bertemu dengan keluarga Pak Lat, mereka sangat rapat. Sakinah dan Nisa pun, memang rapat walaupun mereka boleh dikatakan sepupu jauh.
Mungkin kerana mereka sekepala? Sakinah selalu cari Nisa kalau mereka ada perjumpaan keluarga dan sama jugalah dengan Nisa.
Tapi sekarang, Nisa tak pandang pun dia. Nisa hanya berbual dengan Iddin sedari tadi. Awal-awal mereka bertemu tadi, ada jugalah mereka berbual. Tapi selepas saja Nisa menegur Iddin, masing-masing dah tak sedar akan kewujudan dia.
ANDA SEDANG MEMBACA
SAKINAH
Roman d'amourSAKINAH... yang perkahwinannya diaturkan atas sebab mahu menjaga keturunan.
