Tiga puluh

247 24 5
                                        

KEESOKAN paginya, Sakinah dan Nisa berjalan kaki untuk ke pasar pagi. Jam baru menginjak lapan setengah pagi tapi mereka berdua dah dipaksa untuk ke pasar. Mencari bahan untuk Puan Aisyah masak nasi lemak.

Sakinah suka nasi lemak. Tapi untuk ke pasar pagi tu, Sakinah tak suka. Siapa aje yang suka kan?

"Seronok pula jalan-jalan macam ni," ujar Nisa dengan mata yang segar memerhati suasana pagi yang meriah di kampung.

Sakinah angguk sebelum menggeleng. "Kalau setahun sekali dua, seronoklah juga. Tapi kalau tiap-tiap hari..."

Nisa ketawa kecil.

"Betullah tu. Mungkin sebab kalau hari biasa aku sibuk dengan kerja jadi bila dapat nikmati pagi-pagi dengan cara macam ni, dia rasa lain."

"Faham. Aku pun sebenarnya rindu juga nak kena paksa keluar pagi-pagi macam ni."

"Kau memang jalan kaki ke pasar?"

Laju kepala Sakinah menggeleng. "Boleh dikira dengan jari aku jalan kaki ke pasar. Biasanya pergi dengan kereta atau pun skuter abah aku."

"Oh, jadi ni sebab aku berkeras nak jalan kakilah ni?"

"Ya. Nasib baik kau jarang-jarang balik kalau tak, memang tidaklah aku nak layan kau!"

Sakinah mencebik saat bicaranya hanya disambut dengan ketawa yang kuat oleh Nisa.

"Kita dah sampai!" Nisa menarik lengan Sakinah dengan teruja.

"Sabar, sabar. Biar aku tengok list dulu," ujar Sakinah pantas. Dia menarik semula lengan Nisa.

Selesai melihat list di dalam telefon, dia melangkah ke dalam pasar bersama-sama dengan Nisa yang sepertinya tak kesah dengan apa yang perlu dibeli.

"Apa lagi kita nak cari? Ayam dah? Ikan?"

"Belum. Yang lain dah settle, tinggal ayam dengan ikan." Jawab Sakinah sambil memandang sekilas ke arah beg plastik yang terisi sayuran.

Sakinah menurut langkah Nisa yang mendahului di hadapan. Namun langkah Sakinah terhenti saat Nisa mula menegur seseorang. Kening Sakinah terangkat. Dekat mana-mana pun, boleh terserempak ya?

Tak hiraukan dua manusia yang sedang berbual di hadapan kedai itu, Sakinah bertukar senyum dengan Samdul.

"Kinah, dah lama tak nampak!" Samdul menegur dengan ceria.

Sakinah angguk teruja. "Aku pun dah lama tak nampak kau. Kau sihat ke? Isteri dengan anak kau?" tanya Sakinah tanpa dapat ditahan. Kali terakhir dia dengar berita tentang Samdul, lelaki ini baru saja menimang cahaya mata yang pertama. Itu pun pada beberapa bulan yang lepas.

"Alhamdulillah, sihat. Kau macam mana? Lama betul tak nampak dekat kampung ni."

"Aku ada aje balik kampung tapi jarang dapat ke pasar." Sakinah tersengih kecil.

"Faham."

"Aku nak ayam dua ekor. Potong siap-siap terus, tau! Ikan ayer pun aku nak seekor. Yang ni..." Jari Sakinah menunjuk ke arah ikan yang dipilihnya.

"Boleh! Sekejap aku siapkan."

Sakinah angguk. Dia memandang ke arah Nisa dan... Iddin yang masih berbual. Sakinah betul-betul hairan. Banyak pula topik yang mereka nak bualkan, ya?

"Kau datang dengan siapa tu? Aku tak pernah nampak pula," ujar Samdul.

"Nisa. Sepupu belah abah aku."

"Oh, kawan Iddin juga ke?"

"Nampaknya macam tulah."

Samdul memandang Sakinah dengan senyum mengusik.

"Kenapa senyum macam tu?" Mata Sakinah mengecil.

"Tak jeles ke?"

"Jeles kenapa?"

"Iyalah, Iddin tak nampak pun kewujudan kau. Dari tadi dia duk berbual dengan aku. Bila nampak aje sepupu kau terus dia tak pedulikan aku."

Sakinah gigit isi pipi. Terasa ketat saja wajah dia tika ini. Dia tahu Samdul bergurau dan sekadar menambah perisa. Bukannya dia tak kenal kenakalan Samdul. Tapi entah mengapa, dia rasa tak senang.

Sakinah memeluk tubuh. Baru saja dia mahu membalas, kedengaran dehaman Iddin betul-betul di sebelahnya. Sakinah mendongak sekilas.

"Borak apa?" Iddin tanya Samdul.

Samdul hanya tersengih. "Borak kosong. Borak kawan lama kan, Kinah?"

Sakinah angguk.

"Betul ke ni?"

"Iya! Kau fikir aku tak serik ke dapat penumbuk dari kau?"

"Penumbuk tu kes zaman bila, Dul." Iddin geleng kepala.

Memang benar Samdul pernah makan penumbuk dia kerana lelaki itu terlalu nakal. Dia mengusik Sakinah dengan cara yang tak sepatutnya jadi Iddin sebagai 'abang' Sakinah, bertindak mempertahankan Sakinah.

Nasib baiklah, lepas dari kejadian itu Samdul terus menjadi 'orang'. Siap jadi kawan dia dan Sakinah lagi.

"Makna kata, aku tak buat bukan-bukan pun dekat Kinah."

Iddin senyum kecil. Dia memandang Sakinah.

"Kinah beli apa?"

"Ayam, ikan."

"Kinah nak masak?"

Sakinah geleng. "Mak."

"Nak masak apa?"

"Nasi lemak."

"Kinah..." Bicara Iddin dipintas.

"Nah, dah siap!" Sakinah menyambut plastik yang dihulur.

"Berapa ni?"

"Empat puluh..."

"Nah. Simpanlah baki. Buat beli mainan dekat anak kau, boleh?" Sakinah hulur satu keping not seratus.

Mata Samdul meluas melihatkan itu. "Ish, banyak sangat ni!"

"Tak banyak." Sakinah geleng perlahan. "Aku belum sempat lagi tengok anak kau. Buat masa ni aku kirim mainan dulu. Boleh kan?"

"Boleh." Samdul angguk perlahan-lahan.

Sakinah tersenyum kecil. Dia mencapai lengan Nisa yang kini ralit bermain telefon.

"Kita orang balik dulu. Terima kasih."

Sakinah dan Nisa berlalu pergi. Kepergian mereka dipandang Samdul dan Iddin dengan pandangan yang sama. Terkejut. Samdul terkejut dengan duit yang diterimanya manakala Iddin, terkejut menerima layanan tak begitu mesra daripada Sakinah.

Kenapa Sakinah layan dia macam ni?

"Samdul." Iddin memandang Samdul dengan riak bingung.

Samdul angkat kening.

"Kinah ignore aku ke?"

Samdul angguk.

"Kenapa?"

Samdul angkat bahu.

"Kau ada cakap apa-apa dekat dia ke?" Iddin menyerkap jarang. Bukan dia tak tahu yang Samdul ni memang kuat mengusik orang.

"Ada."

"Kau cakap apa?"

"Aku tanya dia. Tak jeles ke kau berbual dengan sepupu dia tu?"

"Lagi?" Iddin mencekak pinggang.

"Aku cakap, kau terus tak pedulikan aku lepas nampak sepupu dia."

"Kinah cakap apa?"

"Dia tak cakap apa-apa tapi... aku faham perasaan dia. Sama macam isteri aku bila nampak aku berbual dengan jiran sebelah. Jeles! Dia tak terus cakap. Dia akan merajuk dulu dan lepas terpujuk, baru dia cakap."

Iddin tarik nafas. Geram sungguh dia dengan Samdul. Nasib baik mereka sudah berkawan rapat kalau tidak, memang makan penumbuk buat kali kedualah.

TBC

SAKINAHTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang