Tiga enam

285 20 1
                                        

"YOU ni... dah jadi isteri orang pun masih lagi nak mengada dengan ucu."

"Isteri orang pun, Kinah tetap lagi anak saudara ucu. Status tu tak berubah. Kan, Abang Iddin?"

Sakinah menegur Iddin yang baru saja keluar dari dapur dengan segelas air sejuk di tangan. Iddin terus mendekati Sakinah dan Ucu Ja yang berada di ruang tamu. Kelihatan dua beranak itu sedang melipat pakaian Sakinah yang bertimbun.

"Hah, kenapa?" tanya Iddin dengan sengihan. Ni mesti tak lain tak bukan tengah bergaduh. Duduk di rumah keluarga Sakinah sejak dua hari ini, barulah dia dapat lihat betapa Sakinah dan Ucu Ja sering bergaduh mulut.

Ini kalau orang luar tengok, mesti akan menganggap itu adalah pergaduhan antara dua-beradik. Walhal, pergaduhan antara anak saudara dan mak saudara!

"Ucu kata Kinah ni mengada."

"Betullah, ucu cakap you mengada! Padahal you boleh aje heret suami you ajak mengemas barang tapi ucu juga yang kena. Tak memasal terlepas peluang ucu nak ikut ayah dengan mak you ke ladang," rungut Ucu Ja tapi tangan masih ligat melipat baju.

"Buat apa ke ladang? Nak usya siapa? Ada lembu dengan kambing aje dekat situ."

"Nak tenangkan fikiran dari menghadap you aje." Ucu Ja memutarkan bebola mata.

Ping!

"Eh, Samdul dah sampai," ujar Iddin.

"Samdul pun nak ke ladang?"

"Haah, abang pergi dulu, tau." Iddin berkata sebelum tergesa-gesa keluar dari rumah. Tak elok buat orang menunggu!

"Hati-hati, Abang Iddin!"

Sakinah mengaduh kuat saat pehanya dicubit dengan kasar. "Ucu!" Mata Sakinah meluas memandang riak wajah Ucu Ja yang selamba.

"Sejak bila pula you ada adik-beradik?"

"Hah?"

"Iddin tu, abang you ke?"

Sakinah masih lagi hairan.

"Panggilan you dekat suami you tu macam panggilan adik dekat abang, tahu tak? You berdua adik-beradik ke apa?"

Ucu Ja lepaskan keluhan. "Dengar Iddin tukar panggilan, sedap dah telinga mendengar. Lembut aje bahasakan diri abang. Sampai dekat you, bernanah balik telinga ucu!"

"Ini nasib ucu yang dengar. Kalau mak atau mama mertua you dengar? Fuh!" Tambah Ucu Ja sengaja menghangatkan bara. Biar Sakinah sedar yang dia tegur bukan sekadar tegur.

"Habis tu kena panggil apa? Betullah kan 'abang'?"

"Abang dah betul. Tapi nama dekat belakang tu tak perlu. You ni, sia-sia aje baca novel kalau benda basic macam ni pun tak tahu."

Sakinah tarik nafas. "Tak biasalah, ucu."

"Habis tu, sampai bila? Sampai bertongkat pun tak biasa kalau tak dibiasakan, Sakinah..."

Sakinah menggumam perlahan. "Iyalah, nanti Kinah cuba."

Kepala Ucu Ja tergeleng sendiri. Payah, payah. Dia yang tak pernah berkahwin pun tahu, tau? Nampaknya banyak benda lagi yang perlu diajar pada si Sakinah ni.

Ping! Ping!

"Hati-hati bawa skuter ayah tu!"

"Ingatkan suruh Kinah yang hati-hati. Skuter dia rupanya..." ujar Sakinah sambil melambai-lambai ke arah Encik Ali dan Ucu Ja yang berada di muka pintu rumah.

Lepas Iddin dan yang lain pulang dari ladang, Iddin mengajak Sakinah untuk meronda kampung dengan skuter merah Encik Ali. Mahu menebus kembali masa yang dia tinggalkan Sakinah tadi. Isterinya memang tak cakap apa-apa tapi dia tak mahu Sakinah terlepas peluang nak nikmati angin kampung sebelum mereka pulang ke KL esok.

SAKINAHTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang