PADA pagi hari, Sakinah, Iddin dan Ucu Ja berada di hospital pakar. Menemani Ucu Ja yang mempunyai temujanji bersama doktor. Ini janji temu Ucu Ja yang ketiga di sini. Kata Ucu Ja, dia lagi suka suasana hospital di sini berbanding di Kuala Lumpur.
Entah apa yang berbeza, Sakinah tak tahu. Ke ada doktor handsome yang dah menambat hati Ucu Ja?
"Ingatkan you dah tolong bawa balik kereta ucu, bolehlah ucu drive sendiri datang sini," ujar Ucu Ja kepada Iddin.
Beberapa hari sebelum akad nikah Iddin dan Sakinah, Ucu Ja sempat meminta pertolongan Iddin untuk membawa kereta miliknya ke sini. Senang dia mahu ke mana-mana. Kalau tinggalkan keretanya di KL, bukan ada yang akan naik pun!
"Nanti kitaorang dah balik KL, ucu drive puas-puas. Kali ni biar Iddin yang bawa ucu."
Sakinah mengangguk. "Lagipun, tak larinya kereta ucu. Biarlah kita orang bawa ucu hari ni."
"Yelah, mana tahu ini kali terakhir kau orang teman ucu datang sini."
"Maksud ucu?" Dahi Sakinah merapat.
"Mana tahu lepas ni ucu dah sihat tak perlu ke hospital lagi dah. Berangan kan percuma."
"Apa pula berangan? Ucu memang akan sihat. Kita orang yakin!" Iddin bersuara.
Sakinah angguk laju. "Ucu akan sihat. Kinah pun... kita sihat sama-sama macam ucu kata," tambah Sakinah sambil tangan memeluk lengan Ucu Ja. Kepala direbahkan pada bahu itu.
"Manja! Suami you tu, you peluk macam ni juga tak?"
"Lebih dari peluk dah, ucu," balas Sakinah selamba.
Mata Ucu Ja meluas. Dia memandang ke arah Iddin yang sedang ketawa.
"Iddin!"
"Ya?" Iddin habiskan tawa.
"You pun sama. Haih!" Kepala Ucu Ja tergeleng. Namun hanya seketika sebelum dia tersenyum.
"Eleh, ucu selama ni lagi teruk. Acah-acah innocent pula depan Iddin. Padahal..." Sakinah berdecit perlahan.
"Yelah, yelah, Kali ni ucu mengaku kalah. Tak boleh jadi ni. Tak sampai seminggu kahwin you dah berubah jadi nakal. Apa yang you dah ajar Kinah ni, Iddin?"
Iddin angkat kedua belah tangan separas bahu. Dia menayang riak wajah tak bersalah.
"Tak ajar apa-apa pun! Dia sendirilah tu belajar entah dari mana-mana."
"Hei, Kinah ni bukan budak-budak, tau?"
Mata Sakinah mengecil.
Ucu Ja tak melayan. Dia mengemaskan pelukan Sakinah pada lengannya.
"Malam ni kan flight kau orang ke KL? Lepas tu dari KLIA terus ke Jepun. Kan?"
"Haah, pukul 8 malam."
"You boleh tahan sejuk tak ni, Kinah? Bimbang pula ucu."
"Jangan risau, ucu! Kinah kan kuat."
"Tak apa kalau sejuk you peluklah suami you. Gunakan suami you tu sebaik mungkin. Rasanya Iddin dah kebal dengan cuaca Jepun kan?"
Sakinah hanya tersengih.
Ucu Ja hela nafas. Lambat lagi ke giliran dia? Seketika dia memandang Sakinah dan Iddin bersilih-ganti. Tak sangka akhirnya dapat juga dia lihat mereka menjadi pasangan.
"Ucu rasa mak you akan pesan juga tapi nanti apa-apa, hiduplah berdua baik-baik. Nak bergaduh ke apa pastikan terus berbaik. Jangan simpan rasa, jangan diam-diam merajuk, jangan perang dingin. Tak elok. You guys must communicate well, get it?"
ANDA SEDANG MEMBACA
SAKINAH
Roman d'amourSAKINAH... yang perkahwinannya diaturkan atas sebab mahu menjaga keturunan.
