"SEDAP tak bubur ayam tu?" Ucu Ja menyoal dengan pandangan mengejek.
"Mak, tengok ucu ni," adu Sakinah lemah.
"Ish, mu ni! Jangan duk usiklah Kinah tu." Terus Puan Aisyah menegur adik iparnya dengan riak garang.
Ucu Ja hanya ketawa. "Depan you memanglah mak you marah ucu. Kalau nak tahu, dekat kampung... ucu dengan mak you ni dah bestie till jannah, tau! You kena cari mak lainlah jawabnya..."
Ucu Ja masih tak berhenti ketawa.
Sakinah hanya mencebik.
"Bila Kinah dapat balik rumah ni?"
"Awak tu baru selesai operate. Doktor masih nak pantau apa yang patut. Sabar sikit ya?"
Suara lembut Puan Fatin menjawab. Sakinah membalas dengan riak wajah sedih. Macam mana ni?
"Kinah kena cuti berapa lama? Student Kinah macam mana? Dah tak lama nak SPM..."
"Tentang tu, kita bincang kemudian. Yang pasti, Iddin dah uruskan hal cuti Kinah. Pengetua, pihak sekolah semua dah sedia maklum."
Puan Fatin menggenggam erat tangan Sakinah. Memberi semangat. Dia sebagai bekas cikgu, dia faham dengan perasaan Sakinah. Rasa serba tak kena kerana terpaksa meninggalkan tugasan secara tiba-tiba. Pasti ada beberapa perkara yang belum selesai. Dia faham, sangat faham.
Tapi kalau boleh dia tak mahu segala perkara itu mengusutkan fikiran Sakinah. Kesihatan itu yang utama.
"Buat masa ni fokus untuk jaga diri you lepas dah operate ni," sambung Ucu Ja dengan riak serius.
"Oh satu lagi..."
"Apa?"
Puan Fatin, Puan Aisyah dan Sakinah sama-sama memandang ke arah Ucu Ja dengan riak hairan.
"Kahwin. Fokus kahwin juga sekali."
"Ish!" Puan Aisyah menepuk perlahan bahu Ucu Ja. Geram sungguh dia dengan adik iparnya ini. Dari awal dia kenal sehingga ke tua begini perangai kuat mengusik masih tak berubah! Perangai sebiji dengan suami dia.
Sakinah pejam mata erat. Dia tak mahu pandang mata sesiapa pun terutamanya mata Puan Fatin. Kalau semua dah tahu fasal lamaran Iddin, pastilah Puan Fatin yang merupakan ibu kepada Iddin juga tahu. Dan mungkin lebih mengetahui.
Saat itu, dia dengar suara Puan Fatin ketawa halus. Kenapa ketawa? Puan Fatin terima tak dia sebagai menantu? Betul ke keputusan dia untuk terima lamaran Iddin ni?
"Sakinah..."
Puan Fatin memanggil Sakinah yang sedang memejam mata. Rambut anak gadis ini dielus lembut. Oleh kerana mahu memberi Sakinah ruang, dia sendiri yang melarang mana-mana lelaki untuk masuk melawat Sakinah. Terutamanya Iddin dan suaminya. Mereka hanya masuk jika dipanggil.
"Iddin ada bagi mama cincin."
Mama?
Mata Sakinah terbuka.
"Mama tahu sekarang waktu yang tak berapa sesuai. Maafkan anak aku, Cah."
Puan Aisyah ketawa. "Aku lagi suka kalau anak kau buat macam ni. Sekurangnya, tak perlu ikut kepala batu si Kinah ni sangat."
"Iddin bagi mama cincin. Minta mama sarungkan dekat jari Kinah. Kiranya bertunang terus. Lepas semua keadaan terurus, terus proceed untuk akad nikah. Yang itu, Kinah bincang sendiri dengan Iddin," ujar Puan Fatin dengan senyuman.
Puan Aisyah memeluk lengan Ucu Ja dengan kemas. Mereka berdua hanya memerhati Sakinah dan Puan Fatin dari hujung katil. Tak berniat untuk masuk campur.
"Kinah terima Iddin, anak mama, tak? Sebenarnya Iddin tak bagi mama tanya lebih-lebih. Dia minta mama terus sarungkan cincin. Takut awak berubah fikiran, katanya."
"Erm..."
"Kenapa, Kinah?" tanya Puan Fatin, cuak.
"Mama terima Kinah tak?"
Mata Puan Fatin meluas. "Soalan apa ni? Dari awal lagi mama terima Kinah, mama pilih Kinah. Tak ada perempuan lain yang ada dalam fikiran mama untuk mama jadikan menantu."
"Walaupun Kinah banyak kekurangan. Kinah mungkin tak dapat nak bagi mama..."
"Itu bukan kekurangan. Itu soal rezeki. Siapalah mama ni nak persoalkan rezeki? Mama dah tua, sayang. Tak larat nak atur hidup, atur rezeki anak menantu mama sendiri. Kalau ada, ada. Kalau tak ada, mana mampu mama nak pertikaikan."
Puan Fatin sentuh lembut bahagian perut Sakinah. "Walaupun keturunan kita ni pentingkan keturunan dari rahim kita sendiri... ini soal rezeki dan takdir Allah. Sejauh mana semua ni nak bawa kita nanti, sayang? Tak perlu fikirkan sangat soal itu. Allah akan bagi, kalau dah tiba masanya."
Tubir mata Sakinah bergenang sebelum air mata mengalir laju ke pipi.
"Dahlah fikir tentang apa yang akan jadi nanti. Fokus untuk bahagiakan diri sendiri. Mama percaya, Iddin mampu bahagiakan awak. Dia betul-betul sayangkan awak. Percayakan anak mama, boleh?"
Sakinah angguk perlahan-lahan. Melihatkan itu, Puan Fatin tersenyum lebar. Dia memandang ke arah Puan Aisyah dan Ucu Ja yang sedari tadi hanya memerhati.
Dengan bismillah, Puan Fatin mengeluarkan sebentuk cincin dari bekasnya. Tangan Sakinah yang bebas dari jarum dicapai. Cincin disarung pada jari manis itu.
Dengan izin Allah, Sakinah mampu hidup bahagia bersama Iddin.
IDDIN yang sedari tadi duduk di kerusi menunggu di hadapan bilik Sakinah itu, mula berdiri saat kedengaran pintu bilik yang dibuka lalu ditutup. Kelihatan susuk tubuh Puan Fatin keluar dari bilik itu dengan senyuman di bibir.
"Dah ke, yang?" Encik Rahman terlebih dahulu menyoal. Dia pun sama-sama berdiri sama seperti Iddin.
"Dah. Cantik sangat cincin tu dekat jari manis Sakinah."
Iddin hela nafas.
Alhamdulillah. Allah permudahkan.
Encik Rahman dan Encik Ali berpandangan. Sebelum keduanya tertawa.
"Tak lama lagi kita dah nak berbesan," ujar Encik Rahman.
"Bertambah cepatlah projek ladang kita nak selesai," tambah Encik Ali selamba. Dia tersenyum lebar. Gembira kerana Sakinah akhirnya terbuka hati untuk berdamai dengan keadaan.
"Iddin dah jadi tunang Sakinah. Kalau boleh, jangan lama sangat bertunang." Lembut Puan Fatin memberi pesan. Bahu Iddin diusap perlahan.
"Iddin tak nak bertunang lama-lama. Lepas Kinah keluar hospital terus akad nikah boleh ke, ayah?" Iddin menyoal Encik Ali.
"Eh, suka hati engkaulah. Lagi cepat lagi ayah happy. Lambat-lambat pun tak elok juga. Kan, Man?"
"Betul, betul!" Encik Rahman angguk laju.
"Bertunang, dah. Tinggal akad nikah aje lagi satu. Dah tak lama... Kinah nak jadi menantu kita dah, bang," ujar Puan Fatin sambil labuhkan duduk di sebelah suaminya. Wajahnya jelas terpancar cahaya kebahagiaan.
Iddin tersenyum kecil. Dia bersyukur buat kesekian kalinya.
TBC
ANDA SEDANG MEMBACA
SAKINAH
RomansaSAKINAH... yang perkahwinannya diaturkan atas sebab mahu menjaga keturunan.
