Bab 49

518 28 7
                                    




RAWATAN kemoterapi yang dia jalani secara berperingkat baru sahaja masuk ke minggu kedua. Tetapi kesan sampingan dari rawatan tersebut mula ditunjukkan oleh Oja. Salah satu, sering berlaku pendarahan pada hidung.

Namun, semangatnya tak pudar. Meski sering mengalirkan air mata, dia tak pernah lupa untuk tersenyum.

Ada Qaf menemani, dia tak takut sangat bila jururawat mencucuk jarum. Sakit itu memang sakit. Tetapi rasa sakitnya berkurangan ketika berteman. Rasa sakit itu akan dikongsi bersama.

"Abang, lama lagi ke?" soal Oja. Dia tak betah duduk berlama-lama, takut naik bisul pula jadinya.

"Fiyyah tunggu kejap lagi boleh, kan?" pujuk Qaf lembut. Oja mengangguk faham.

Cecair ubat yang dia ambil menerusi terapi IV membuat degupan jantung bertambah laju. Jururawat sudah menyuruh untuk tidur ketika sedang  menerima rawatan. Tetapi Oja tidak mampu pejam mata. Dia takut. Yang dia fikirkan, bila dia menutup mata, Oja tidak akan melihat wajah Qaf lagi di hadapan.

"Abang, boleh tak lepas ni saya nak makan masakan abang?" pinta Oja.

Qaf tenung lama wajah isterinya sebelum dia balas dengan anggukan.

"Saya nak makan ikan tiga rasa, nasi hujan panas, ayam masak merah tapi extra cili sikit." Laju saja Oja menyuarakan

"Boleh. Tak ada masalah. But, only for this time. Lepas ni Fiyyah kena jaga pemakanan." balas Qaf.

Oja mengangguk laju. Sebenarnya sudah lama dia teringin merasa air tangan Qaf sendiri. Tak sangka, detik itu tiba pada hari ini.

"Amboi, Puan. Tapi puan kena ingat, puan kena jaga pemakanan puan. Banyakkan makan makanan yang berkhasiat macam Doktor pesan tadi," ujarnya lembut.

Oja mengangguk laju. "Terima kasih sebab ingatkan."

"Tak ada apa-apalah, Puan. Saya minta diri dulu ya?"

Setelah jururawat meninggalkan mereka berdua. Oja memandang tangan yang berbekas suntikan. Dia tidak mampu menggerakkan tangan akibat kebas.

"Awak, tangan saya dah rosak. Kat hospital ada jual tangan tak?" adunya.

Qaf tergelak kecil sebelum menggeleng. Apa nak jadi pada isterinya ini? Dalam masa dua minggu, sudah tiga kali dia menerima rawatan di hospital Kuala Lumpur. Dan sudah tiga kali juga dia mengadu perkara yang sama.

Tangannya sudah rosak akibat suntikan.

"Kita tukar tangan, nak tak? Tangan abang lagi besar, berotot. Tak macam Fiyyah kecil sangat." Hidung mancung Oja dicuit mesra olehnya.

Oja mencebik. "Tangan abang tak cantiklah. Mana sesuai dengan saya."

"Tapi Fiyyah cakap tangan Fiyyah dah rosak. Mana nak cari tangan orang lain kalau tak nak pakai tangan abang?" Qaf sengaja mengusik.

"Tangan abang tak cantik la! Tapi kalau... tangan abang dah hilang. Macam mana abang nak pegang senapang?"

"Tangan sebelah kan ada." Singkat jawapannya.

"Kalau dua-dua hilang sekali. Macam mana nak tembak musuh?"

Amboi! Banyak sungguh pertanyaannya.

Qaf tersenyum tipis. "Abang akan jadikan diri abang sebagai perisai."

"Macam tu sekali?"

Qaf angguk. "Hidup dan mati abang hanya untuk negara. Negara perlukan orang macam abang dan..."

"Saya perlukan suami macam awak." sambung Oja.

Qaf terdiam. Dipandang lama wajah isterinya. Wajah suci dan berseri. Sungguh tenang mata yang memandang, tak jemu-jemu dia.

𝐐𝐀𝐅 𝐑𝐀𝐘𝐘𝐀𝐍 𝐔𝐍𝐃𝐄𝐑𝐂𝐎𝐕𝐄𝐑 [OG]Where stories live. Discover now