Seminggu telah berlalu..Alana yang sempat pengsan dan kemudian ditahan di wad selama dua hari,Hilman yang selepas pengebumian Amran dan Mak ngah nya selesai kemudian mengurung diri di bilik dan Puan Sri Rosnah yang masalah kesihatannya tiba-tiba turun secara drastik..
Pemergian Amran dan Mommy Alana memberi kesan yang amat besar kepada mereka..Rumah yang sebelum ini riuh dengan suara tawa gurau Amran,Hilman dan Alana kini sunyi sepi..Alana benar-benar terpukul apabila tahu sang mommy sempat meninggalkan dia sebuah surat permintaan maaf yang ditulis setiap tahun saat hari jadinya..Surat-surat yang tak pernah diberikan kepadanya dan disimpan rapi kini telah berpindah hak pemilik ke dirinya..
Alana membaca satu persatu surat dari sang mommy..Jatuh air matanya saat menyadari bahawa mommynya selama ini mencintai dirinya..Mommy nya bukan mengabaikannya namun masalah kewangan keluarga mereka saat sebelum Alana lahir telah merosot..Syarikat daddy nya dinyatakan bangkrup..Satu-satunya jalan adalah mereka harus bekerja dengan lebih giat namun siapa sangka Allah memberikan mereka rezeki terindah iaitu seorang anak gadis yang comel bernama Alana Naira..Suatu penyesalan besar bagi sang ibu saat harus meninggalkan anaknya yang masih bayi..Namun jika dia dan suaminya tidak mengusahakan perniagaan mereka di luar negara maka kehidupan mereka tidak akan pernah baik-baik sahaja..
Bukannya sang abang ,Tan Sri Hassan tidak ingin membantu namun Daddy Alana lebih memilih untuk berdikari..Alhasil sang isteri harus turut sama berkorban dengan membiarkan anak mereka dijaga oleh sang abang dan kakak ipar yang saat itu baru kehilangan anak bongsu mereka..
Melihat Alana membesar dengan baik membuatkan mommynya merasa bahagia meski semakin hari semakin jauh hubungan antara mereka..Dapat dia lihat perubahan Alana dan dia tidak menyalahkan anak semata wayangnya kerana dia tahu dirinya dan sang suami lah yang mendidik anak mereka untuk menjauh dari diri mereka..
Surat terakhir Mommy Alana untuk hari jadinya yang ke dua puluh tahun..
.
.
.
.
.Alana sayang,
Happy birthday sayang..Mommy harap kamu akan tetap tersenyum buat selamanya..Maafkan Mommy dan Daddy tau..We always love you..Mommy akan doakan keluarga kita boleh bersama seperti keluarga lainnya..Anak Mommy hidup dengan bahagia yaa..Kebahagiaan kamu itu hadiah terbaik buat mommy..I love you sayang...Maafkan Mommy yaa..Mungkin mommy bukan mommy terbaik yang pernah ada di hidup kamu..Mungkin momny sering mengabaikan kamu..But i want you to know..Kalau mommy diberi pilihan mommy tetap nak lahirkan kamu sayang..Mommy bangga punya anak macam Alana..Bangga punya anak kuat macam Alana..Kalau suatu hari mommy telah tiada mommy harap Alana tetap kuat yaa sayang..Ingat Mommy akan selalu ada di hati kamu..Kalau tiada satu orang di dunia ni sayang kamu,percayalah mommy akan tetap sayang kamu..Sayang mommy ,semoga mommy dan kamu bertemu sebagai ibu dan anak lagi yaa sayang di dunia lain..
Yours mommy.
.
.
.
.
.Alana hanya mampu menangisi kepergian sang Mommy..Rasa amarah dan kecewa nya selama ini hilng begitu sahaja.. Rasa sebak menguasai diri..Setiap ayat seakan mommy nya tahu bahawa mereka bakal berpisah buat selamanya..Egonya dia selama ini kerana sering melawan kata-kta mommy nya..Jahatnya dia selama ini kerana memikirkan mommynya mengabaikannya..Terasa dirinya anak yang tidak tahu diri..
"Alana pun sayang Mommy...Maafkan Alana mommy" lirih Alana sambil terisak dan meringkuk di bibir katilnya..Alana meluapkan segala kekesalannya melepaskan tangis dan rasa sakit yang selama ini dia pendam..
/Disisi lain pula
"Hil..Dengarkan apa Abang nak cakap ni..'jerit Nuqman dari luar pintu
"Buka pintu ni Hil..Buka !!!!"
Namun tiada sahutan dari Hilman..Bilik nya tetap berkunci dan hal ini makin membuatkan Nuqman semakin risau...
"Hil...Buka dulu Hil..Atau paling tidak tengok telefon tu..Mama kamu Hil..Mama kamu perlukan kamu..!!!!"suara Tan Sri Hassan jelas terdengar
Hilman yang sedang memeluk tubuhnya smbil menangisi sang abang seketika seakan tersedar saat mendengar suara sang ayah...
"Ma...Mama??"Baik Amran dan Hilman keduanya menyayangi ibu mereka..Walau dengan cara berbeza tetap Puan Sri Rosnah adalah sosoh wanita pertama yang amat berharga di hati mereka berdua
Hilman menguatkan dirinya untuk bangun..Dia melangkahkan kakinya meski sangat berat..
KLOP
Hilman membuka pintu nya dan jelas terpampang wajah Papa nya Tan Sri Hassan dan Nuqman di balik pintu..
"Ma-mama kenapa pa??"soalan pertama yang keluar dari bibir kering dan merekah Hilman
"Jum..Kita ke hospital..Mama kamu perlu kamu!!"arah Tan Sri sedikit tegas
"Ho-Hospitall????"sungguh Hilman sangat terkejut
"Nuqman..Tolong uncle panggilkan Alana..Bawa dia ke hospital.."pinta Tan Sri Hassan
"Baik uncle"..
Tans Sri Hassan dan Hilman kemudian bergegas ke hospital dimana tempat Puan Sri Rosnah dirawat..
******
"Sayang ????"
"Sayangg buka sayang??"
"Ni abang..."berkali-kali Nuqman mengetuk pintu bilik Alana
10 minit
.
.
.
15 minit
.
.
.
20
.
.
.
Lama Nuqman mencuba memujuk Alana agar membuka pintu..Akhirnya setelah 20 minit baru Alana membuka pintunya..Jelas mata sembap terlihat di balik wajah sendu Alana..Dia kelihatan sangat kacau..Wajahnya menahan luka dan sedang cuma berlagak seakan semua baik-baik saja..Melihat gadisnya seakan berpura-pura kuat Nuqman sontak memeluk sang gadis..Mengelus belakang badannya dan mencuba menenangkan sang gadis..Dia ingin Alana merasa nyaman dengan dirinya
"Takpe..Menangis tu akan jadikan kita lagi kuat..Jangan ditahan..Nangis kalau sayang betul-betul dah tak tahan..Abang janji tak kan bagitahu sesiapa.."Nuqman cuba memberi sebuah rasa nyaman untuk Alana
Saat dia masih mengelus tubuh belakang Alana dia dapat rasakan bahu gadis nya sedang naik turun..Sebuah tangisan tertahan jelas terdengar di deria pendengarannya..
"Abang ada..Takpe..Abang akan selalu ada..Mommy dan Abang Am sudah selamat disana..Mereka akan selalu jaga sayang dari sana"ucap Nuqman lagi dan langsung tangis Alana pecah
"A-alana pen-pentingkan diri sen-sendiri kan selama ni..A-alana jahatttt..A-alana nak min-minta maaf dekat mommy !!!!" isaknya sambil menangis di dalam dakapan Nuqman
"Tak sayang..Tak..Mommy Alana mesti tahu Alana anak yang baik..Alana anak baiknya mommy alana..."pujuk Nuqman
Nuqman semakin mempererat pelukannya...Dia menunggu sehingga Alana mampu bertenang..Apabila dia sedar sang gadisnya telah bertenang dia pun menjarakkan tubuh mereka..Dengan jari nya dia menarik dagu Alana dan menatap mata sembap sang gadis..Meski mata sembap hidung merah namun wajahnya tetap kelihatan cantik di mata Nuqman..
"Sayang..Mak long kamu masuk hospital..Uncle dan Hil dan kesana..Kamu nak kesana juga??"tanya Nuqman lembut
"Apaaa?? Abangg jum kita ke sana..Cepat abang !!" tanpa bersiap dan mengambil apapun Alana menarik tangan Nuqman dan bergegas ke hospital..
Sungguh dia sangat risau akan kesihatan Mak Long nya..Bukan dia tak tahu kesihatan Mak Long nya memang sejak lama sudah tidak seberapa bagus..Sesedih apapun dirinya,Mak Long nya pasti lagi sedih..Dia sedar dia tidak boleh egois..Dia kena selaku ada bersama orang yang selama ini dia anggap seperti ibu kandungnya sendiri..Dia juga taknak ada kata penyesalan jika sesuatu terjadi dengan Mak Long nya
YOU ARE READING
Alana Naira (S2 COMPLETED ✅)
Ficção Geral"A-alana suka abang !!!!!!" ucapnya separuh menjerit Sontak pen yang ada dipegangan Nuqman Yusuf terjatuh entah kemana..Terkejut kerana pernyataan tiba-tiba yang dilakukan oleh Alana Naira yang tak lain dan tak bukan adalah adik sepupu kepada sahaba...