Epilog & Prolog

332 9 3
                                    

"Ma...Kenapa ni??"tanya Tan Sri Hassan saat melihat sang isteri mengelamun

"Pa..mesti dia sekarang dah dewasa kan..Papa rasa selain Neya kita ada menantu lain dari anak kita yang satu tu lagi??"tanya Puan Sri Rosnah sambil mengenggam sebuah bingkai gambar yang mana di dalam gambar tersebut ada dirinya yang sedang hamil 8 bulan,Tan Sri Hassan dan kedua anainya Amran dan Hilman..

"Papa tak tahu..Papa cuma harap kita dapat bertemu dengan dia"jawab Tan Sri Hassan yang turut merindui anak bongsu meteka yang telah diculik beberapa tahun lalu..

Meski keduanya terlihat baik-baik sahaja tapi rasa rindu sebagai seorang ibu bapa tetap mereka rasai..Andai masa boleh diulang kembali akan Tan Sri Hassan ketatkan penjagaan semasa kelahiran anak bongsu nya..Tapi siapa sangka duri dalam daging bertindak menyakiti hati mereka berdua dan memisahkan mereka dengan buah hati yang saat ini entah berada dimana..

Tan Sri Hassan dan isterinya yang saat ini melayan perasaan tidak menyedari kehadiran anak mereka di balik pintu. Hilman mengepalkan tangannya..Dia merasa gagal menjadi anak..Dirinya selama ini tidak berjaya menemui sang adik yang dikasihi. Ditambah kehilangan isterinya membuat Hilman jatuh-sejatuhnya..Bukan sekadar gagal menjadi anak tapi dia juga gagal menjadi seorang suami yang baik..Dirinya tidak mampu menjaga sang isteri..Entah kenapa ada di benak fikrannya bahawa semua benda yang jadi harus dirinya selesaikan..Harus dirinya yang uruskan..Hal ini juga membuatkan Hilman selalu memiliki beban fikiran yang berat..Ditambah semakin hari kesihatan Puan Sri Rosnah semakin merosot,Hilman hanya takut dia tidak dapat menunaikan janji yang pernah dia ucapkan saat dirinya kecil dahulu...

*****

Saat ini Alana sedang menikmati pemandangan pantai bersama lelaki yang sejak dulu dia kagumi..Sejak dulu berjaya mencuri hatinya dan perhatiannya..Siapa lagi kalau bukan Nuqman Yusuf..Mereka berdua menatap pemandangan sunset yang indah..

"Sayang dah tak takut ombak??"tanya Nuqman

"Takut"jawab Alana tapi matanya masih menatap kearah pemandangan sunset

"Ni kita dekat pantai..Bie perhatikan dari tadi takde pun sayang mengeluh takut ombak.."Nuqman kehairanan

"Sebab ada bie..Sayang tak takut kalau ada bie.."lalu Alana tersenyum lebar

Melihat senyum Alana membuatkan hati Nuqman bahagia..Gadis yang sedari dulu suka mengikutinya kemana sahaja kini masih mengikutinya..Bahkan akan dia pastikan Alana sentiasa bersamanya hingga ke akhir hayat..

"Indahkan bie pemandangan petang ni?"tanya Alana

"Hemm..Sangat indah..Terlalu indah sampai bie tak mampu nak lepaskan walau sesaat"sambil menatap lekat Alana

"Isshh orang kata pemandangan lah..Tengok lah sunset tu"Alana jadi salah tingkah saat Nuqman terus-terusan menatapnya

"Hahahhahahh comelll"ucap Nuqman tertawa saat melihat pipi Alana merona..Sungguh dia suka melihat wajah tersipu Alana saat dia mengusiknya

"Sayang??"panggil Nuqman sambil mengenggam jari jemari Alana dan matanya fokus menatap ke arah pemandangan sunset

"Hemm"Alana hanya menyahut dengan deheman nya

"Kahwin yuk??"ajak Nuqman masih memandang pemandangan sunset

"Ishh tak romantik langsung..!!"ucap Alana geram..Boleh-bolehnya Nuqman mengajaknya kahwin sambil menikmati pemandangan sunset

"Bie dah ajak sayang kahwin banyak kali..Pelbagai cara bie buat..Semua sayang tolak..Kali ni bie hanya nak alam semesta menjadi saksi bahawa bie nak jadikan sayang sebagai isteri bie..Alana Naira will you be my wife??"kini mata Nuqman sudah tertuju ke arah Alana yang turut menatapnya untuk melihat keseriusan lelaki itu..

Alana Naira (S2 COMPLETED ✅)Where stories live. Discover now