Pertemuan pertama !

219 6 0
                                    

Sebulan berlalu hubungan antara Alana dan Nuqman masih sama seperti dulu..Selepas terakhir kali Nuqman mengajak Alana dating,dia tak pernah lagi mengajak Alana keluar..Janjinya untuk menebus hari itu masih belum ditunaikan..Alana pun malas ingin mengingatkan Nuqman..Baginya jika betul dia penting mesti Nuqman sendiri akan berusaha mengajaknya keluar lagi..Tanpa sedar keduanya saling menjaga jarak...

Alana yang sibuk dengan pelajarannya dan Nuqman yang sibuk dengan pekerjaannya..Ditambah Nuqman berfikir Alana faham akan dirinya..Alana yang tidak menanyakan atau meminta untuk jalan bersama membuatkan Nuqman berfikir bahawa Alana memahami kesibukannya..Komunikasi keduanya menjadi sangat teruk kerana keduanya yang suka membuat kesimpulan sendiri..

"Heii bro barusan datang sini lagi..Kau asal tak bagitahu??"tanya amran

"Ahh aku nak jumpa Alana..Hari ni kebetulan aku cuti..Ada janji yang aku belum tunaikan..Dia ada kan??"tanya Nuqman

"Hahhh Alana..Dia baru je keluar..."ucap Amran

Nuqman langsung melihat telefonnya..Silap dia juga tidak menelefon Alana terlebih dahulu..

"Ahh takpe lah..Lain kali ada masa lagi dapat jumpa dia.."jawab Nuqman

"Ni kau nak kemana??tanya Nuqman melihat Amran yang seakan hendak keluar

"Aku nak ambik mak ngah aku. Dia kata nak buat kejutan buat Alana..Patut minggu depan  dia dengan pak ngah aku sampai tapi hari ni dia sampai dulu..Aku pun terkejut tadj masa dia call.."jawab Amran panjang lebar

"Nak aku teman ke??"tawar Nuqman

"Tak payah kot..Lagipun barang mak ngah tak banyak..Eoh yaa..Tolong bagi ni dekat Nora"sambil menghulurkan sebuah bungkusan

"Aku pass ni dekat Nora???"

"Asal kau tak pass sendiri??"

"Macam je esok kau dah tak datang company tu..Am..am....Ada-ada je lah kau ni.."bebel Nuqman

"Nora esok cuti"ucapnya sekilas

"Laa kalau cuti esok kau bagi lah lusa ke.."

"Kau tolong lah bagi kat dia bro...Kau ni.."

"Hemm ye lah..Ye lah..Tapi bagitahu dulu Alana pergi mana??"

"Amboii kau dengan Alana ada apa-apa ehh??"Amran cuba memancing

"Tak de lah..Tapi aku rasa dia macam mengelak dari aku"

"Mengelak kenapa pula bro?? Kau buat apa hahhh??"

"Masa birthday dia hari tu aku janji bawa pergi main Go-kart..Tapi mak Liyana pula call kata penyakit Liyana datang lagi..Nak tak nak aku terpaksa tinggalkan dia sendiri dekat tempat Go-kart tu..Then aku janji akan bawa lain hari..Cumanya aku sebulan ni sibuk sangat..Mana Liyana perlukan bimbingan aku lagi.."jelas Nuqman satu persatu

"So kau tinggal Alana macam tu je.."

"Bro kau tau tak Alana tak suka kena tinggal atau langgar janji.."ucap Amran

"Serius lah bro..Tapi hari tu dia tak marah pun..Dia okey je.."Nuqman masih tidak percaya

"Dia okey sebab dia taknak orang tahu dia tak okey..Dalam rumah ni semua tahu Alana paling tak suka benda tu..Dia dah kena hadap benda macam tu sejak dia kecil weii..Setiap birthday Mak Ngah dan Pak Ngah mana pernah raikan birthday dia..Asyik janji je..Tapi tak buat..Alana pernah marah besar pasal benda ni..Tapi makin dia besar makin dia diam..Dia dah tak merengut atau marah..Sebab apa?? Kau nak tahu ke??" tanya Amran

"Se-sebab apa??" Nuqman seakan mulai menyedari kesalahannya

"Sebab dia dah penat man..Dia dah penat menagih perhatian dari mommy daddy dia..Dan bila orang lain buat benda yang sama secara tidak langsung dia kembali ke masa lalu..Masa dimana dia merasa dia bukan anak yang diinginkan..."ucap Amran

Alana Naira (S2 COMPLETED ✅)Where stories live. Discover now