"Aku terima nikahnya Neya Adriana Binti Fuad dengan mas kahwin seratus ringgit dibayar tunai"lafaz Hilman dengan sekali lafaz sahaja
"Sah"
"Sah"ucap para saksi..
Kini Hilman Aydan sah bergelar suami kepada Neya Adriana..Majlis mereka diraikan dengan sangat sederhana atas permintaan dari Neya sendiri..Ketika keluarga Hilman menghantar rombongan masuk meminang,mereka diterima baik oleh Puan Aida yang merupakan ibu kepada Neya..Hasil perbincangan mereka menetapkan untuk mempercepatkan sahaja majlis pernikahan anak-anak mereka dan tentu saja keputusan tersebut disetujui oleh Hilman..Hilman sendiri lebih memilih terus menikah kerana baginya dia telah yakin akan keputusannya untuk menikahi Neya..Bahkan dia telah menunggunya dan menyukainya selama bertahun-tahun lamanya..
"Tahniah bro..Akhirnya kau dah berjaya bergelar seorang suami..Lepas ni buat lah anak banyak-banyak jadi tak juga aku sunyi..Hahhahahaha"ucap Mikail dan berjaya membuatkan Neya yang mendengar ucapannya merasa malu..Bahkan saat ini wajah Neya telah merona merah..Nasib baik dia telah mengenali Mikail kalau tak mungkin dia akan berfikir Mikail ni seorang yang tak beradab..
"Hil..Abang doakan Hil dengan Neya bahagia selalu..Korang memang ditakdirkan untuk satu sama lain.."ucap Nuqman ikhlas
"Kau bila lagi?? Kahwin laa cepat jangan jadi bujang terlajak wahai encik doktor oii"kini sasaran Mikail adalah Nuqman
"At least aku tak single macam kau"balas Nuqman dan berjaya sakitlan hati Mikail
"Single..Single..Kang aku cari bini korang juga kesian..Ye lah takde dah orang nak bergurau dengan korang"ucap nya sambil memcebikkan bibir
Meski semua hadir di majlis Neya namun sahabatnya Alana dan Feya tidak dapat menghadiri majlis perkahwinan mereka kerana saat ini mereka sedang menduduki ujian semester akhir..Sungguh disayangkan namun Neya memahami kesulitan sahabat-sahabatnya itu..Nasib baik Nora setia menemaninya dan sanggup menjadi bridesmaidnya...Nora juga melakukan panggilan video dengan Alana dan Feya saat majlis akad tadi dilangsungkan..
Setelah majlis berakhir kini Neya sedang duduk di pinggir katil nya sambil sedang bervideo call dengan Alana..
"Haaa apa aku dah kata,kau tu bakal jadi kakak ipar aku..Ingat tak aku mimpi kau kahwin dengan abang Hil..Lahh ternyata mimpi jadi kenyataan weiii..hahhahahha"seloroh Alana
"Dah jodoh nak buat macam mana lagi kan..Jadi bila kau nak panggil aku kakak??"tanya Neya sengaja menyakat sahabat nya itu
"Eeiiiiii gelii nyah..Kau ingat kau akan dapat gelaran tu..memang tak..Kau tetap bestie aku ya..Lantak lah abang Hil nak marah ke..Aku tak nak panggil kau kakak..Neya kau tengok ni bulu tangan aku pun meremang ye nak sebut kau kakak.."balas Alana
"Hahhahhahh siot lah sampai bulu tangan meremang..Aku pun geli dengar sebutan kakak tu dari mulut kau..hahhahah"jelas kedengaran suara tawa Neya..Hilman yang baru masuk ke dalam bilik pun sempat terpesona melihat sang isteri yang sedang ketawa lepas..
"Opsss abang kau dah masuk oii"Neya memberitahu Alana sambil matanya menatap Hilman
"Hemm rancak bercerita..Sayang cerita pasal abang ke tu??"tanya Hilman sambil membuka sampin yang dia pakai..Perlahan dirinya membuka pakaian yang membungkus tubuhnya dan hal ini berjaya membuat Neya tergamam..
"Walaaweeeiiii sayang bhaiii..Abang Hil panggil kau sayang..hahhahah geli akuuu!!"Alana mengejek sang abang namun saat ini Neya sudah salah tingkah melihat Hilman
"Lantak abang lah nak panggil sayang ke..Baby ke...Mommy ke...Kau apa kesah..Kalau nak pergi lah kahwin cepat"ucap Hilman yang langsung duduk di sebelah Neya sambil mendekatkan wajahnya ke layar kaca telefon Neya..Perbuatan Hilman yang menghimpit tubuh Neya membuatkan debaran di hati gadis itu semakin laju..
YOU ARE READING
Alana Naira (S2 COMPLETED ✅)
General Fiction"A-alana suka abang !!!!!!" ucapnya separuh menjerit Sontak pen yang ada dipegangan Nuqman Yusuf terjatuh entah kemana..Terkejut kerana pernyataan tiba-tiba yang dilakukan oleh Alana Naira yang tak lain dan tak bukan adalah adik sepupu kepada sahaba...