Insecure seorang Nuqman

181 5 2
                                    

"Teruk ke luka abang Hil??"

"Kenapa abang Hil nekad buat benda tu??"tanya Alana

"Anda nampak saya ada masa untuk jawab soalan anda" mikail meniru iklan panadol yang sering terpasang di televisyen

"Eishhh orang serius lah..!!"rungut Alana

"Tak tahu lah dengan Hilman ni..Ni nasib baik aku ada tadi..Terbantut juga lah malaikat maut nak buat kerja dia..Bayangkan..Kau bayangkan lana kalau aku lambat sesaat je tadi"Mikail mulai berceloteh

"Kau rasa??"Alana menatap Mikail

"Rasa oren.." jawab Mikail

"Eishhhhh !!!" Alana mamalingkan wajahnya

"Apa Reena buat dekat sana??"Nuqman mula bersuara

"Entah..Manalah aku tahu budak tu..Dak dak baru nak up..Tak kuasa aku..Mesti janda berhias tu nak cari jantan baru..Dia kan dari dulu nak kan si Hil ni" ucap Mikail

"Janda berhias mende mangkok??"Alana memcebik

"Kahwin pun tak..Ada hati nak jadi janda...Tak tak..Aku tak approved..Tak kuasa aku ada yang species macam tu bawa title janda abang Am"gerutu Alana

"Amboii amboii marah nampak.."Mikail cuba bergurau

"Ehh kejap..Kejap..Asal aku rasa meremang ni..kau tak rasa ke??"tanya Mikail

"Meremang kenapa??" soal Nuqman

"Astagaaaaa laaa eiiiiiiii !!!! Apa ni !!!! Ya tuhannnn !! Lepas !! Lepas lah !!! Alana kau jangan sentuh Nuqman ni..Kau tu haram !!!" jerit berdrama Mikail

"Kurang ajar mulut tu...Haram..Haram..Ingat aku babi ke"rungut Alana

"Laa kan bukan muhrim..Memang lah haram..hahhaahhah"

"Alana..Nak ikut aku tak??Kita pergi tempat best punya"ajak Mikail

"Mana??"

"Rumah tok kadi..Jum kita kahwin lari..Sementara Hil tak sedarkan diri..Sempat ni kalau nak.."gurau Mikail makin menjadi sengaja menyakat Alana di depan Nuqman

PLAKK

Selamba Nuqman mengetuk kepala Mikail..Suka hati je mulut Mikail bergurau mengenai kahwin dengan kekasih hatinya..

"Ishhh sakit lah..Tapi lagi sakit bila cinta ku di tolakkkk Alanaa Nairaaaa🎶🎶" Mikail bersenandung

Saat dorang bergurau senda,Hilman yang tadinya tidak sedarkan diri mulai tersedar...Alana,Nuqman dan Mikail dengan laju menghampiri Hilman..

"Enakk bro?? Enak rasa mati??"tanya Mikail sambil bercekak pinggang

Namun Hilman tidak mengendahkannya..Hilman masih dengan dunia nya sendiri..

"Laa..Halooo pak polisi sini ada zombiee...Kitanya bertanya dia malah diam macam mayat hidup..Broo sedar bro..Sedar !!"Tambah Mikail

"Abang dah tak sayang Alana??"dengan mata berair Alana duduk di hadapan Hilman dan menanyakan dia soalan tersebut

"Abang tak pernah tak sayang kamu"pelan tapi masih boleh didengar

"Ha-habisss tu !!! Abang tahu tak macam mana Alana risau???? Abang Am dah takde..Mommy pun tinggalkan Alana..Mak long masih sakit..Ni abang pun nak tinggalkan Alana ke???Hahhhh jawab Alana bang??"marah Alana sambil sedikit terisak

Melihat keadaan Alana,sontak Hilman memeluk Alana dan menenangkan adik kesayangannya itu..Dia tidak sedar bukan dia seorang yang merasa kehilangan..Bukan dia seorang yang rasa tersakiti tapi Alana juga..Alana turut terasa impact yang besar dalam kejadian ini..Hilman tersedar..Sedar bahawa dia saat ini telah menjadi seorang yang egois..Jahatnya dirinya kerana hanya merasa dialah yang paling terkesan dalam semua ini..

"Ab-abang Hil jahattt !!!  Hikss....hiksss..."sambil memukul-mukul dada bidang Hilman

"Hemm abang jahat..Maafkan abang.."Hilman masih cuba menenangkan Alana

"Sudah...sudah jangan menangis..Tak malu ke menangis depan kekasih tu??"tanya Hilman cuba untuk membuatkan sang adik berhenti

"Hikss...Hikss...Tak apa bro..Alana nangis je dah cantik...huaaaaaa" bukannya Nuqman yang menjawab melainkan Mikail yang tak henti-henti berdrama

Nuqman yang berdiri di sebelah Mikail hanya mampu menggelengkan kepalanya..Namun dia tahu bahawa Mikail melakukan itu semua agar dapat merubah suasana..

"Ishhh Abang Mika ni mengada !!!" keluh Alana

"Okey..Okey..Now im serious mode..Tell me everything !" jelas wajah serius Mikail terpampang

Nuqman,Alana dan Hilman saling berpandangan lalu Nuqman mulai membuka suara..

"Its not an excident..!"ucap Nuqman

"Kau yakin bro??"tanya Mikail lagi

"Yes.."kali ini Hilman pula yang menjawab

Alana hanya menjadi pendengar diantara perbincangan ketiga-tiga lelaki kacak tersebut
.
.
.
.
.

"Whatt???? So sebelum kejadian ni ada nombor tak dikenali chat kau Hil ??? Bak sini telefon kau tu..!"ucap Mikail sedikit terkejut..Tidak hairan lah kenapa Hilman turut yakin bahawa semua yang berlaku bukan sebuah kemalangan..Ini kerana dia telah mendapat sebuah pesanan berupa amaran agar dia mahu mengahwini Reena dan memutuskn pertunangan abangnya dan Reena...Ini juga hal yang membuatkan Hilman sangat menyampah dengan Reena..Dia merasa ada yang tidam beres dengan semuanya terutama hal Reena..

Ditambah dashcam dari kereta Amran menunjukkan sebuah fakta baru iaitu keretanya memang telah diekori sejak sebelum dirinya sampai lapangan terbang lagi..Wayar brek nya juga telah dipotong dan ini lagi menguatkan perasaan mereka bahawa semua ini adalah sebuah rancangan..

"Siall..Mereka betul-betul cari pasal lah..!!" marah Mikail

"Mereka dah bermain dengan api..Tunggu aku akan balas semuanya..Hil..Abang Nuqman semua bukti ni aku simpan dulu..Aku akan siasat siapa babi babi yang bertanggungjawan dalam hal ini..Akan ku sembelih babi babi yang tidak berakhlak itu.."tambahnya lagi

"Akhirnya the real babi turun tangan mengurus babi kecil" ucap Alana tanpa perasaan

"Kau kata aku babi??"Mikail memandang Alana tajam

Namun Alana tanpa rasa takut turut membalas pandangan Mikail..Nuqman yang melihat juga turut memandang tajam Mikail..

"Isshh leceh lah..Tak boleh nak sakat mesti abang sayang dia ni masuk campur...!!!" bebel Mikail sambil melihat Nuqman

"Tenang Mas Bro...Tidak berani aku sama cewek mu ini..Peragainya sahaja nauzubillahminzalik tau tak?..Sebelum aku kenakn dia ,dia dah kenakan aku beratus kali..hemm"jaeab Mikail

"Eohh iya..Alana,Faiq kirim salam ehh..Katanya dia akan lambat balik Malaysia..Papa dia sibuk suruh dia belajar urusan bisnes disana"ucap Mikail tanpa sedar raut wajah Nuqman berubah

Nak kata cemburu..Hemm cemburu juga..Nak kata tak percaya Alana,Nuqman sangat percaya Alana..Namun sebagai lelaki ada satu perasaan terbit di hati Nuqman iaitu Faiq Syukri bukan lelaki biasa yang dia boleh merasa nyaman..Dia merasa sangat tersaing dengan Faiq..Ada rasa tidak percaya diri jika nama Faiq disebut..

Dirinya yang cuma seorang doktor psikologi dan berasal dari keluarga yang tidak seberapa kaya akan kalah teruk jika digandingkan dengan Faiq yang jelas-jelas berasal dari keluarga kaya..Tiada gadis yang akan menolak untuk disatukan dengan seorang Faiq Syukri..Dirinya yakin dengan kekasihnya tapi kebarangkalian benda yang dia tidak inginkan berlaku tidak mustahil untuk berlaku..

Bagaimana jika bakal sang ayah mertua mengenal dirinya dan mengetahui asal usulnya..Akan kah dirinya diterima atau ditolak mentah..Nuqman langsung tidak pernah mengenal daddy Alana sebab itu dia ada sedikit ketakutan untuk ditolak berhubungan dengan Alana..

Semoga Dato Hussin boleh menerima dirinya dan semoga dia sejenis orang yang murah hati seperti abangnya Tan Sri Hassan..

Mengingat semua hal itu membuatkan Nuqman hanya diam dan menjadi pendengar saat Alana dan Mikail bercerita mengenai Faiq Syukri..

Alana Naira (S2 COMPLETED ✅)Where stories live. Discover now