"Huuhhhhhh"
Keluhan berat dari bibir Alana jelas kedengaran..Macam-macam jadi dengam kedatangan Daddynya ke universiti,dengan Nuqman lagi yang terus-terusan mengejarnya..Ditambah dia juga harus melakukan kerja sampingannya yang semua orang tidak ketahui..Alana sedikit kepenatan tapi hal ini justru membuat dia melupakan apa yang menganggu fikirannya...Dia sengaja menyibukkan diri agar dapat melupakan segala luka yang ada..Yaa luka..Alana yang kelihatan baik-baik sahaja sebenarnya masih menyimpan rapi luka yang dia alami..Baik dari daddy nya dan juga Nuqman..Bukan senang untuk melupakan semuanya..Hatinya terguris..
"Hoiiii mengelamun ke tu??"sergah Hilman
"Abang Hil....Bila abang datang.."Alana lantas bangun dan memeluk sang abang
"Tadi pagi.."jawabnya sepatah
"Asal balik tak bagitahu?? Kalau tak Alana boleh lah ambik cuti ke"
"Untuk??"tanya Hilman
"Ya ampunnn abang hil oii untuk spend time laa takkan untuk benda lain..Ishh abang ni kan"geram Alana
"Abang balik kejap je..Nak bawa mama pulang Malaysia..Kamu betul taknak ikut???"
"Tak..Alana ada banyak assigment kena siapkan..Lagipun Alana akan balik dua bulan nanti"
"So kamu sorang dekat sini??"Hilman menatap Alana seakan meminta kepastian
"Yups..And maybe Alana akan bawa kawan Alana stay sini.."
"Kawan?? Boy or girl??"suara seakan menyiasat
"Its a girl laa..Kawan lelaki cuma abang Faiq dan Abang Mika ke kot..Yang lain mana Alana nak layan"
"Abang Nuqman??" seakan memancing
"Tak payah lah sebut nama dia bang.."Alana malas melayan
"Hemm okey..Then kenalkan kawan kamu dekat abang dan Mama..We need to know siapa-siapa je kawan Alana dekat sini.."
"Laa its a girl laa bang..Hemm jangan-jangan abang nak berkenalan ehh..Nak cari awek ehh..Cakaplah terang-terang kan senang..Hahhahahah"
Nuqman hanya menatap Alana tajam
"Okey..okey..Alana gurau..Ishh susah sangat lah nak bawa gurau abang Hil ni..Tu yang takde awek nak"
"Sapa kata takde??"Hilman menyipitkan matanya
"Reena?? Laa tu je buat apa"Alana mencebikkn bibirnya
"Tak payah sebut nama dia tu !" nada Hilman tegas
"Kejap..Seingat Alana dulu abang ada suka satu awek ni kan..Hahh macam mana dah jumpa ke??"
"Hemm tak" sampai saat ini Hilman masih mencari sosok seorang Neya..Entah bagaimana keadaan gadis itu..Apakah mereka dijodohkan untuk bertemu atau tidak,perkara ini selalu bermain di fikiran Hilman..Berulang kali dia berusaha agar dia berjaya melupakan Neya namun semua usahanya sia-sia..Bahkan setelah enam tahun wajah Neya masih menghias fikiran Hilman..Tapi itu lah jodoh mereka liat sangat sampai ambil masa bertahun-tahun pun masih belum bertemu..
"Alahaiii Abang mika tu tak tolong ke..Bukan senang je ke dia nak cari orang.."
"Ni urusan personal abang..Buat apa libatkan Mika??" begitu lah seorang Hilman..Kadang egonya melebihi segalanya..Tanpa dia sedar egonya seakan mempermainkan takdir hidup nya sendiri..
"Orang bagi cadangan je..Takkan lah kan nak single sepanjang masa"
"Abang single sebab pilihan bukan sebab takde orang nak"Hilman melipatkan tangannya didada
"Hemm ye lah..Ye lah..Serba serbi taknak kalah..Macam mana lah kalau gadis yang abang suka tu kalau tahu peragai abang savage macam ni..Mesti kesian.."celoteh Alana
Hilman hanya diam tak bereaksi sama sekali..
"Tapi Alana ada kawan mulut dia sebiji abang..Rasanya sesuai dengan abang kot..Nak tak kenalan??"
"Kau ingat aku tak laku?"Hilman menanya Alana kembali
"Takk..Alahaiii garang-garang nak pegi mana abang oii..Taknak takpe..Abang juga yang rugi..Kawan Alana cantik tau..hahahhha"
"Ishhh cepat lah mandi..Mama tunggu nak makan bersama!" lalu pergi meninggalkan Alana sendirian di biliknya
"Apa lah yang abang Hil tunggu dekat gadis tu ehh..Kalau abang Hil dengan Neya kan best..Ehh tapi tak tak...Tak boleh..Dua-dua mulut puaka..Kang aku jadi mangsa..Tapi peragai dorang sebijik..Hmmmm ahh mlas lah nak fikir"Alana pun memasuki bilik airnya untuk membersihkan diri..
*****
"Kahwin??" tanya Nuqman membetulkan apa yang dia dengar
"Haah..Jemput datang yaa..Majlis kecil-kwcil je..Tapi saya dah anggap Tuan Nuqman seperti bos saya sendiri.."ucap Nora di hujung talian
"Hemm saya akan usahakan pulang Malaysia..Bila majlis dia??"
"Dua bulan lagi..Nanti Cik Alana pun saya jemput.."
"Alana?? Okey tapi jangan bagitau pasal saya sebagai tamu yaa.."
"Hahh baik..Yang penting Tuan datang..Saya dah bersyukur..Urusan Cik Alana dia memang tak tahu pun pasal Tuan.."
"Okey good..Sekali lagi tahniah Nora..Kalau Amran masih hidup mesti dia bahagia awak dah nak kahwin.."ucap Nuqman terlepas cakap
"Hahhh?? Kenapa Tuan Amran nak bahagia??"seakan pelik dengan ucapan Nuqman yang doa dengar tadi
"Ahh sebab dia kan dah anggap kamu sebagai sahabat..Dan sebagai sahabat sudah semestinya dia akan tumpang gembira dengan berita ini.."akal cerdik Nuqman bekerja giat
"Saya terhutang budi dengan Tuan Am sampai bila-bila..Tanpa dia mungkin hidup saya berantakan"Ucap Nora mulai menyendu
"Jangan cakap macam tu..Tanpa kamu sedar kehadiran kamu juga pasti buatkan hari-hari terakhirnya penuh warna..Ini takdir kita..Saling bertemu dan berpisah..Cukup hargai dan syukuri semuanya"
"Hemm..Betul..Terima kasih Tuan Nuqman..Saya tunggu kehadiran tuan tau..Saya juga doakan tuan dan Alana cepat berbaikan.."ucap Nora seikhlas hatinya..
*******
"Please jadi bridesmaid akak..Please Neya.."Nora separuh merayu
"Hemm tapi.."
"Alahhh akak takde sapa-sapa..Akak cuma harap kamu dan Alana je..Alana kata dia akan bawa kawan dia so dah cukup tiga bridesmaid..Takkan kamu sanggup biarkan akak takde bridesmaid.."Pujuk Nora
"Ye lah..Ye lah..Neya cuba.."jawabnya seakan terpaksa
"Betul ni..yeayy takde cuba-cuba Neya patut ada..Akak nak Neya jadi saksi hari bahagia akak.."ucapnya sambil tersenyum bahagia..
"Baiklah akak yang Neya paling sayang ni..Neya akan datang..Neya setuju jadi bridesmaid akak..Tapi malam berinai Neya takde..Neya datang masa majlis akad boleh kan??"
"Boleh..Malam berinai boleh skip tapi majlis nikah wajib ada.."sambil memeluk Neya..Walaupun Neya tak suka dipeluk namun dia terpaksa menahan dan menerima pelukan yang diberikan oleh Nora..
Bukan tanpa bersebab Neya kaku akan sebuah pelukan..Dirinya yang sejak kecil jarang diberikan pelukan dan sering menahan diri dari memeluk sesiapa sahaja membuatkan dia kekok untuk berinteraksi saat berpelukan..Bahkan saat kecil sang ibu sangat sibuk mencari nafkah demi membesarkan Neya dan adik beradiknya..Tekanan hidup yang dirinya selalu hadapi membuatkan dia tumbuh besar menjadi seorang gadis yang sedikit kaku dalam segala hal..Bahkan saat keluarga besar mereka datang menziarahi, Neya juga akan menjadi sangat kaku dan menolak untuk berbasa basi dengan sanak saudaranya..Apatah lagi jika berada di dalam sebuah majlis perkahwinan,Neya sering menolak kerana baginya dirinya akan sangat penat untuk sekadar beramah mesra dengan semua tamu..Seandainya itu adalah majlis keluarganya,Neya mungkin akan lebih memilih untuk membuat urusannya sendiri..Namun Nora memintanya menjadi bridesmaid,sudah tentu hal ini berat baginya kerana tanggungjawab menjadi bridesmaid akan menjadi sebuah tanggungjawab besar baginya..Untung saja dia sudah mengetahui bahawa Alana turut sama serta dalam acara tersebut..Paling tidak keletihan yang bakal dia rasai akan dibagi separuh dengan Alana...
YOU ARE READING
Alana Naira (S2 COMPLETED ✅)
Ficção Geral"A-alana suka abang !!!!!!" ucapnya separuh menjerit Sontak pen yang ada dipegangan Nuqman Yusuf terjatuh entah kemana..Terkejut kerana pernyataan tiba-tiba yang dilakukan oleh Alana Naira yang tak lain dan tak bukan adalah adik sepupu kepada sahaba...