Pagi ini Alana telah berjanji untuk menemani Neya berbelanja di pusat beli belah ternama..Mereka juga merancang untuk menghabiskan masa berdua tanpa gangguan dari sang abang iaitu Hilman Aydan..
"Kau tak lupa kan??"tanya Alana
"Takkan nak lupa..Ta-da"sambil menunjukkan black card hak milik Hilman yang kemas di pegang oleh Neya..Mereka telah merencanakan untuk membeli belah dengan menggunakan kad Hilman yang tanpa batas itu..Bukan tidak dibenarkan pakai,Hilman selalu menyuruh Neya berbelanja menggunakan kad nya namun Neya merasa kurang seronok berbelanja sendirian dan dengan mengambil tanpa memberitahu membuatkan dirinya sedikit merasa sebuah cabaran..
"Aku ni agak-agak tengah curi duit laki sendiri ke ehh??"tanya Neya naif
"Asal lahh bodoh sangat kau ni..Dari mana curi nya..Duit suami kan duit isteri..Duit isteri yaa duit isteri lah..hahahhhha"jawab Alana sambil matanya fokus memandu
"Tapi dia tak tahu weii"
"Dia akan tahu saat kita buat pembayaran..Alaa kau tenang..Aku kenal sangat abang Hil tu..Dia takkan berani nak marah kau..Sekarang kita nikmati kerja keras dia..Hahahahha"dengan tenang Alana menjawab..Macam mana nak marah,tengok Neya merajuk sikit Hilman dah risau seakan bakal perang dunia ketiga..Sebab itu Alana yakin apa yang dia dan Neya buat takkan kena amukan sang abang
Selain itu tanpa sepengetahuan Neya,Alana sudah mengirim pesan ringkas kepada Hilman..
Adik Luck nut : Abang Hillll..Lana bawa isteri tercinta abang ni shopping ehh..
Abang Etanku :Hemm..Take care..Jangan drive laju sangat..And thanks baby
Adik Luck Nut :Hahahhah awal sangat nak thanks..Jangan terkejut kalau dapat pesanan dari mana-mana ehh..Hahhahhahah
Abang Etanku : Hahh..Maksudnya apa??
Abang Etanku : Hahhh kalau pasal black card abang tau Neya dah ambil..Dia ingat abang tak tahu kot..Hhahahha..Pastikan dia beli semua yang dia suka ya..
Adik Luck Nut : Arahan diterima bos ku !
Alana sempat tersenyum saat membaca balasan pesanan dari abang sepupunya itu..Ternyata kelakuan sahabatnya sudah ketahuan sejak awal..Tapi Alana bernekad ingin mendiamkan hal tersebut..
Sesampainya mereka di pusat beli belah tersebut,Neya seakan lupa segala masalah yang berlaku akibat kelakuan Reena..Neya seketika menjadi dirinya sendiri..Berkelakuan manja dengan sahabatnya itu..Itu lah yang membuatkam hubungan persahabatan mereka kekal ini kerana dengan Alana,Neya mampu merasa kenyamanan yang tiada siapa mampu berikan..Di depan Alana, Neya menjadi dirinya yang selama ini dia tutupi..Semua kedai mereka jelajahi,baik kedai pakaian,kasut dan beg ternama..Tiada satu kedai pun yang saat mereka keluar mereka hanya tangan kosong..Mereka betul-betul memanfaatkan kad milik Hilman sepuasnya..Bahkan mereka berbelanja tanpa melihat harga barang yang dibeli..
"Wahhh aku penat"keluh Alana sambil melabuhkan punggungnya di salah satu kerusi yang ada
"Sama weii tapi aku puas hati"balas Neya pula tapi kini dia pun turut duduk di kerusi yang ada di pusat beli belah tersebut..
"Kau lapar tak?? Aku lapar ni..Jum makan"ajak Alana
"Gila tak lapar..Aku ni dah dari tadi lapar..Kita makan dekat restoren korea hujung sana tu nak tak Lana?? Aku macam nak makan kimchi dia.."sambil menelan liurnya..Entah mengapa nafsu makannya kini mulai bertambah..Padahal beberapa hari sebelum jangankan nak makan,minum pun dia tak nak disebabkan hal yang telah Reena lakukan kepadanya..Bagaimana tidak,dirinya begitu mempercayai Reena dan menganggap Reena sebagai seorang sahabat tapi yang dia terima adalah sebuah pengkhianatan..Dirinya diperangkap dan untung sahaja suaminya lebih bijak dalam bertindak maka apa yang Reena lakukan berbalik kepada dirinya sendiri..Dia sungguh berharap Reena menyesali perbuatannya dan tidak lagi menganggu kehidupan rumah tangga nya dengan Hilman..
YOU ARE READING
Alana Naira (S2 COMPLETED ✅)
General Fiction"A-alana suka abang !!!!!!" ucapnya separuh menjerit Sontak pen yang ada dipegangan Nuqman Yusuf terjatuh entah kemana..Terkejut kerana pernyataan tiba-tiba yang dilakukan oleh Alana Naira yang tak lain dan tak bukan adalah adik sepupu kepada sahaba...