Prolog

510 14 0
                                    

"A-alana suka abang !!!!!!" ucapnya separuh menjerit

Sontak pen yang ada dipegangan Nuqman Yusuf terjatuh entah kemana..Terkejut kerana pernyataan tiba-tiba yang dilakukan oleh Alana Naira yang tak lain dan tak bukan adalah adik sepupu kepada sahabatnya sendiri,Hidayat Amran

"Kamu kecil lagi alana...Abang ni jauh beza umur tau..Alana belajar dulu rajin-rajin tau.."balasnya yang menolak secara halus

"Memangnya tidak boleh suka yaa?? Atau tanda dulu supaya abang tak terima mana-mana perempuan selain Alana??" soalnya polos

Perasaan cinta yang dia rasai seawal umur lima belas tahun terhadap Nuqman boleh dikatakan cinta monyet namun Alana serius akan perasaannya..Hati nya sakit melihat ramai perempuan mengejar-ngejar Nuqman dan menyatakan cinta..Belum lagi senior dia sekolahnya yang selalu menjadikn Alana "pos girl" untuk menyampaikan surat meteka ke Nuqman..

"Ehh ingat abang ni barang sampai nak tanda-tanda..hahaha" kekeh Nuqman yng mengira Alana hanya bergurau..

"Abang tu anggap kamu sebagai adik..Tidak lebih..Alana fokus belajar yaa..Nanti mesti ramai lagi lelaki akan suka Alana"sambil mengelus rambut Alana

Alana hanya diam saat mendapat perlakuan seperti itu tapi dalam masa yang sama hatinya terguris..

"Hanya sebagai adik??" batin Alana..

Mendapat respon seperti itu dari lelaki yang dia minati dan kagumi sedikit membuatnya patah hati..Hatinya sakit dengan kalimat yang dilontarkan..Apa dirinya tidak boleh mencintai seseorang..Apa jarak umur adalah suatu hal yang serius?? Bukan diabyang pinta untuk jatuh cinta dengan lelaki yang berbeza umur sembilan tahun..Hatinya tidak boleh memilih tapi kenapa saat menytakn perasaan ehh malah perasaannya seakan tiada erti..Seakan dia dianggap sedang bergurau..

(FLASHBACK LIMA TAHUN LALU END)

Kini Alana telah menginjak usia dua puluh tahun..Tetap terlihat polos dan sangat ceria..Mulutnya nonstop membebel itu ini..Tingkahnya sangat random dan kehadirannya selalu sebagai seorang yang menceriakan suasana..Sebut saja nama Alana Naira,sontak semua yang mengenalinya akan tersenyum gembira..Sikap positif dan happy go lucky nya membuatkan semua orang di sekitarnya mudah akrab terhadap Alana..Ditambah dia juga sangat mudah mencari topik perbualan..Apapun itu dia dengan mudah diajak bergaul...Namun hanya orang yang betul-betul buatkan dia selesa sahaja yang akan melihat semua sikap ceria seorang Alana Naira..Alana bukan sejenis yang boleh bertoleransi dengan orang yang bermuka dua atau orang yang boleh dikatakan memiliki sifat Toxic..Tanpa segan silu dia akan membuat muka savage nya..Akan memberi layanan dingin 100 darjah celcius terhadap mereka..

Dua sisi yang berbeza namun itu lah dia seorang Alana Naira..Saat ini Alana merupakan seorang pelajar dia universiti tempatan..Kejadian cintanya ditolak lima tahun lalu membuatkan dirinya hanya fokus mengejar cita-cita..Dia tidak ingin lagi merasa sakit sebuah penolakan apalagi dia ditolak kerana perasaannya dianggap remeh..Dia juga jarang bertemu dengan Nuqman kerana setelah Nuqman tamat pelajarannya,dia mulai sibuk mencapai cita-citanya sebagai seorang pakar psikologi...Hanya sesekali sahaja Nuqman akan ke rumah Amran itu pun saat dirinya tidak sibuk..Dan saat Nuqman di rumah Amran,Alana pula yang tiada kerana terlalu sibuk dengan pelajaran dan hidupnya sebagai seorang pelajar..Hal ini membuatkan hubungan dorang sedikit merenggang..

"Weii apa yang kau cari tu.."tanya Amran melihat sang sahabat asyik melihat ke arah pintu

"Alana memang dah tak pernah lepak sini ke??"tanya Nuqman tanpa berselindung

"Laa budak tu dah sambung belajar..Mana nak tinggal disini dah..Dia stay dekat hostel"jawab Amran sambil tetap fokus bermain game nya

"Ahh patutlah dah tak nampak muka dia..Biasa kalau datang sini dia selalu ada..Hemmm sunyi la pula bila dia tiada"gumam Nuqman

"Tapi ni kan hujung minggu..Dia tak balik sini ke??" tanya Nuqman lagi

"Entah budak tu...Alaa biarlah dia..Ni kan masa muda dia..Macam kau tak pernah muda..Kot-kot dia tengah dating ke"

"Dating ??? Dia tu kecik lagi dah dating bagai?? Kau tak risau??"tanya Nuqman

"Tak lah..Lagipun budak tu pandai jaga diri..Takkan aku nak kongkong terus..Aku bukan macam si Hilman semua benda kena report dekat dia..hhahahha"celoteh Amran

"Tak masalahnya sekarang ni,kau sibuk tanya Alana kenapa?? Aku kau tak tanya pula..Hahhaha"tanya Amran

"Aku kan tak pernah tahu khabar si Alana..Kalau kau aku dah bosan dah"

"Wahhh begitu yaa..Habis madu sepah dibuang..Oh abang Nuqman you hurts me many thausand times..Hahhahahhaha"gurau Amran

"Bapakk kau !" Balas Nuqman ringkas

"Weii amacam dengan perjodohan tu..Kau serius kau nak terima Reena??"Nuqman mulai serius

"Hemmm..Mama papa berharap sangat perjodohan ni berjalan lancar..Takkan aku nak kecewakan"balas Amran acuh tak acuh

"Habis tu dia macam mana?? Bukan kau suka dekat dia ke??"tanya Nuqman lagi

"Ak-aku tak tahu nak bagitau Mama dan Papa Man..Aku juga takut papa takkan restui kami dan endingnya dia yang terima semua akibat..Macam mana kalau papa nekat berhentikan dia kerja??Dia anak yatim piatu..Dia dah lama kerja dengan papa takkan gara-gara perasaan ni dia yang jadi mangsa.."jelas Amran panjang lebar

"Habis tu korang dua nak berkorban??Melepas perasaan korang???"tanya Nuqman ingin tahu lebih lanjut

"Dia tak tahu aku suka dia man...Masa aku nak confess, hari yang sama juga papa bagitahu soal perjodohan dengan Reena"terlihat wajah kecewa Amran

Bagaimana tidak dia telah menyimpan perasaan suka terhadap salah satu pekerja papanya..Saat ini dia belum memiliki kekuasaan penuh untuk melindungi sang gadis..Sebab itu lah dia selalu berfikir untuk berhati-hati dalam membuat keputusan..Andai sahaja dia telah menggantikan sang ayah mesti saat ini dia tidak akan berfikir panjang dan langsung mengajak wanita yang dia cintai menikah..Andai saja dia berani mengatakan tidak ke atas permintaan sang ibu..Bukan Amran seorang yang tidak tegas tapi pengalaman lalu saat melihat kekecewaan sang ibu saat adik bongsunya hilang membuatkan Amran tidak berani menyakiti dan melawan kehendak sang ibu..

Puan Sri Rosnah hampir saja pergi buat selamanya kerana kes kehilangan anak bongsunya yang baru berusia sebulan ,sejak kes itu kesihatannya bertambah buruk..Hatinya sedih..Dan dirinya mengalami depression berat..Saat kejadian itu berlaku umur Amran baru  enam tahun dan Hilman empat tahun..Kedua mereka menyaksikan betapa kacaunya Puan Sri Rosnah saat itu..Pelbagai usaha Tan Sri Hassan untuk menyelamatkan dan menghibur isterinya sehingga lahirnya Alana...Sang adik berserta adik iparnya sibuk mencari duit hingga membuatkan mereka terpaksa meminta Puan Sri Rosnah menjaga Alana yang saat itu masih kecil..Bukannya menolak,Puan Sri Rosnah malah menerima tawaran tersebut dengan lapang dada..Kehadiran Alana membuatkan jiwanya yang bersedih terubati..Perlahan Puan Sri Rosnah kembali kepada keadaan asalnya..Sebab itu Alana sangat rapat dengan Amran dan Hilman..Alana ibarat penganti sang adik yang hilang..

Ditambah Alana juga lebih manja dan menganggap Tan Sri Hassan dan Puan Sri Rosnah ibarat ibu bapa kandungnya..

Alana Naira (S2 COMPLETED ✅)Where stories live. Discover now