Kekecewaan Alana

110 7 0
                                    

"Kenal !!!!"teriak seseorang dari jauh..

Kemudian dia berlari anak mendekati Alana dan Nuqman yang keduanya memasang raut wajah kebinggungan saat mendengar ucapan gadis tersebut

"Aku lupa nak bagitau kau Lana..Aku lah tunang abang Nuqman.."ucap Feya selamba dan kini nama gelaran Sir telah bertukar menjadi abang.

"Ka-kau Feya??Sejak bila??"Alana seakan tidak percaya

"Kau kan dah tak sama-sama dengan abang Nuqman jadi tiada masalah buat aku dengan abang Nuq kan"lalu Feya memaut lengan Nuqman di depan mata Alana..

Seakan termakan kata-kata sendiri yang kononnya tiada hati dengan Nuqman kini Alana merasa sangat kecewa..Ingin marah tapi dia sendiri yang menolak Nuqman..Dia cuma terkilan kerana dirinya tidak menyangka bahawa Feya betul-betul serius menyukai Nuqman..Bahkan Feya siap memanggil Nuqman dengan panggilan manja iaitu abang Nuq..Huhhh sungguh panas hati Alana tapi dia cuba sedaya upaya untuk berlagak baik-baik sahaja.

Jika difikirkan secara logik,Feya gadis cantik dengan latar belakang yang bagus..Dengan sikap manjanya lelaki mana sahaja yang takkan terpikat..Ditambah Nuqman adalah lelaki normal..Mustahil dia akan menolak perasaan Feya..Seketika Alana merutuki dirinya..Dia taknak Nuqman bersama orang lain..Apalagi orang itu adalah Feya sahabatnya sendiri..Sedangkan saat mak long nya menyatakan ingin menjodohkan Nuqman dengan Neya,Alana merasa sangat tidak rela..Untung sahaja dia tahu bahawa abang sepupunya pasti takkan membiarkan hal tersebut daripada terjadi..Paling tidak sedikit sebanyak mampu membuatkan Alana merasa sedikit tenang..

Ehh baru sahaja rasa lega tiba-tiba dirinya dikejutkan dengan berita Nuqman dan Feya bertunangan..Jantung nya yang tadi kembali aman kini berada di tahap kritikal lagi..Emosi tertahan juga Alana rasakan..Kalau saja dia tidak berfikiran waras mungkin saat ini dirinya meledak dan akan menghambur sumpah serana nya ke arah Feya dan Nuqman..

"Ahh..Kal..Kalau begitu..Hemm..Tah..tahniah lah buat korang berdua..Lana masuk dulu...Mesti mak long perlukan bantuan Lana.."dengan langkah seribu Alana melajukan langkah kakinya dan masuk kerumah serta mengabaikan panggilan dari Nuqman..

"Alanaaa !!!!" Nuqman ingin mengejar Alana dan menjelaskan semuanya namun tangannya ditahan oleh Feya

"Lepas lah !!! Kamu buat apa ni Feya?? Sejak bila kita bertunang hahhh??"suara Nuqman sedikit meninggi

Bukannya takut Feya malah bereaksi biasa..Dengan selamba dia ketawa

"Hhahhahhaha dah tak suka konon see sekarang mesti menangis masuk dalam bilik..Alahaiii Sir ni pun satu orang nak tolong dia dapatkan Alana tu balik bukan main susah ehh nak bagi kerjasama..Ni mesti kes tak turun rehearsel..Hemmm"bebel Feya

"Apa maksud kamu?"Nuqman bertanya lagi

"Macam ni..Kalau sir nak tahu Alana tu suka sir lagi tau..Dia acah kata tak suka padahal dalam hati masih sayang..Saya buat semua tadi tu pun sebab saya nak tengok respon dia..Hahhh sir pun nampak kan mata dia berair tadi..Nampakk kan???"

"Hemm..Nampak..Tapi berbaloi ke kamu buat macam ni..Dia tu dah nak bertunang dah dengan Faiq..Mustahil Faiq tu nak lepaskan Alana"Nuqman tertunduk lesu

"Sanggup..Saya sanggup lepaskan demi kebahagiaan dia"ucap Faiq yang tiba-tiba memunculkan diri

"Ka..Kau??"Nuqman memandang tepat ke anak mata Faiq

"Memang saya cinta kan Alana tapi dia tak pernah cintakan saya..Dari mata dia jelas menunjukkan dia cuma cintakan kau sorang.."tutur kata Faiq sambil tersenyum

"Tapi kau cintakan Alana kan..?"

"Betul..Cinta sangat..Tapi cinta tak seharusnya memiliki..Aku akan tetap cintakan dia tapi aku takkan halang kebahagiaannya..Aku tak nak dia menyesal di kemudian hari..Jika itu berlaku,maka itu akan lebih menyakitkan hati kami berdua.."ucap Faiq kini berwajah serius

Alana Naira (S2 COMPLETED ✅)Where stories live. Discover now