Akhirnya tersedar

104 3 0
                                    

Terngiang-ngiang di fikiran Feya mengenai hal yang diucapkan oleh daddynya...Dia sendiri menolak sebuah perkahwinan atas perjodohan..Dia membangkang keras hal tersebut..Dia ingin menemukan cintanya sendiri..Merasa dicintai dan disayangi oleh insan yang bergelar suami..

"Sayang...Bercinta selepas kahwin pun indah tau..Banyak kawan mommy dan daddy yang bahagia je kahwin tanpa cinta..Tengok Aurora dia pun Uncle Mattew kahwinkan sebab perjodohankan..Bahagia je..Bahkan anak dah tiga.."Feya hanya diam mendengar ucapan yang mommynya ucapkan..Dalam hatinya ragu tapi bukti dari sekeliling membuatkan dia rasa tidak salah untuk mencuba..Mungkin dia dan Farhan akan menemukan cinta saat ijab kabul telah diucapkan..Lagipula Farhan adalah lelaki yang mencukupi kriteria yang Feya inginkan sebagai seorang suami..Wajah yang menarik,kaya,latar belakang yang menarik dan memiliki postur tubuh badan yang diidamkan ramai wanita..Namun hanya kurang sebuah rasa iaitu rasa saling mencintai..

"Kamu jumpa dulu dengan Farhan tu..Daddy dah atur makan malam korang berdua..Kenal-kenal dulu sayang..Tapi daddy harap kamu terima perjodohan ni..Syarikat kita bergantung dengan perjodohan ni"ucap daddy Feya

"Hemm baiklah daddy"jawabnya dalam keterpaksaan..Nasib sebagai anak tunggal membuatkan dia harus menggalas semua beban di bahunya..Dia tidak dipaksa untuk menerima pernikahan tapi dalam masa yang sama dirinya ditekan akan tanggungjawab dalam memastikan syarikat keluarga mereka agar tetap dapat bertahan..

"Takpe Feya..Kita cuba je..Tak suka kita blah lah..hhahahhaha"batin Feya menghibur hatinya sendiri

Gaun berwarna krim menjadi pilihan Feya..Tidak terlalu mencolok mata dan juga tidak terlalu terbuka..Rambutnya dia lepaskan sahaja..Rambut gelombang berwarna golden brown yang panjangnya melebihi bahu terlihat sangat indah..Sungguh Feya kelihatan anggun dan memukau malam itu..Meski tahu ianya adalah perjodohan tapi Feya tetap berusaha untuk tampil cantik di depan lelaki yang menjadi pilihan keluarganya..

Semua mata terpukau saat melihat Feya memasuki ruang restoren..Tidak dinafikan Feya memang sangat cantik dan sangat memperlihatkan bahawa dirinya adalah gadis yang berasal dari keluarga yang kaya raya..Langkah kakinya mengarah ke sebuah meja yang telah ditempah atas nama Farhan..Sosok seorang lelaki yang sedang sibuk dengan telefon bimbitnya masih tidak menyadari kehadiran Feya..

"Encik Farhan??"Feya bersuara saat berada di dekat Farhan

Mendengar namanya disebut sontak membuatkan pandangan Farhan beralih ke arah sumber suara dan matanya tidak berkedip saat melihat seorang Soffeya Deanna..

"Cantiknya"batin Farhan dan dirinya tidak pernah menyangka wanita yang dijodohkan dengan dirinya sangat cantik dan memukau

Farhan langsung berdiri dan memperkenalkan diri..Dia juga melayan Feya dengan sangat baik..Malam itu keduanya menghabiskan masa berdua dengan sebuah rasa ketertarikan yang sama..

Feya juga merasa nyaman di dekat Farhan..Wajahnya..Sifatnya..Serta perlakuan Farhan berjaya mengambil hati Feya..Perlakuan itu jauh sekali dari perlakuan bekas kekasihnya..Jika dulu dia sering dibentak dan dipukul tapi saat berhadapan dengan Farhan dia merasa suatu hal yang berbeza..Tanpa sedar mereka bercerita sehingga tiga jam lamanya dan saat ini keduanya memutuskan untuk berpisah..Makan malam ini adalah penentu segalanya dan Feya mulai yakin untuk memberi hatinya peluang sekali lagi...

"Lets meet again.."ucap Farhan saat menghantar Feya ke tempat parking keretanya

"Okey deal.."jawab Feya sambil tersenyum bahagia

"Ahh so sampai sini je hari ni..Kenapa waktu rasa cepat berlalu..I wish we can spend more time together"Farhan memandang lekat sang pemilik mata hazel itu

"Happy to know you..Malam ni i takkan pernah lupakan.."lalu Feya masuk ke dalam keretanya sambil menahan debaran di dada

"I'll chat you later..Be careful.."lalu keduanya saling berpisah kerana masing-masing membawa kenderaan mereka..Farhan juga tidak henti-hentinya tersenyum..Keduanya saling tertarik dan sepakat untuk meneruskan perjodohan yang telah dirancang oleh keluarga mereka..

Alana Naira (S2 COMPLETED ✅)Where stories live. Discover now