Bagi Alana sebuah persahabat adalah hubungan yang amat dia hargai..Meski dirinya susah membuka diri dengan orang baru tapi sekali dia percaya dan rasa nyaman dia akan dengan mudah lebih terbuka kepada sesiapa pun..
Hubungan kekeluargaan yang dia miliki memiliki sifat yin dan yang..Saat keluarga kandung menyiakan dirinya,keluarga hilman malah melayannya ibarat ratu..
Kerana sikap dan layanan berbeza ini lah dia mulai mengerti bahawa setiap yang datang dan ada disekeliling kita tidak boleh diukur dari luaran begitu juga dengan sahabat..Meski ramai yang ingin berteman dengan dirinya kerana status diri yang dia miliki tapi Alana selalu menapis semua orang yang hadir di hidupnya..Mungkin ada yang dapat melihat sikap ceria dan periangnya..Namun tak ramai yang berjaya saksikan luluhnya seorang Alana..Dalamnya luka yang ada dihatinya..Bagi yang melihatnya maka mereka termasuk orang-orang yang dipercayai oleh Alana...Kini Feya juga termasuk dalam lingkungan yang Alana percayai..Sebab itu saat mengetahui sang sahabat dalam bahaya, Alana tanpa berfikir panjang sanggup melakukan apa sahaja..Sama seperti cara dia melayan Neya..Feya juga istimewa di hatinya..
Ada satu persamaan antara ketiganya..Mereka sama-sama memiliki kisah yang menyakitkan..Bezanya,Feya adalah seorang wanita yang sering gagal dalam sebuah hubungan percintaan..
"Lana kau dengan Sir Nuqman ada apa-apa ke??"tanya Feya yang merasa curiga akan tatapan yang diberikan Nuqman setiap mereka menghadiri kelasnya..Pengalaman dalam dunia percintaan menjadikan Feya lebih peka akan interaksi antara lelaki dan perempuan..Dia tahu ada sesuatu diantara Nuqman dan Alana namun dia tidak pasti cerita apa yang ada disebalik mereka berdua..Namun kerana sikap kepo nya,dirinya tidak mampu menahan diri dari mempertanyakan hal itu kepada Alana..
"Err asal kau tanya macam tu??"
"Sebab aku tahu kamu ada something..Kau taknak share??"menatap lekat mata hazel milik Alana
"Err kami mana ada hubu...."
"Jangan nak nafikan..Kau ingat aku ni bodoh bab-bab macam ni..Dah setahun kot Sir Nuqman mengajar kita..Masa si Fahmi tu bergaduh dengan kau,aku nampak lah mata Sir macam membara tengok korang dua..Cuba cerita"
Akhirnya nak tak nak Alana pun menceritakan semua yang terjadi antara dia dengan Nuqman..Kisah apa yang mereka jalani..Hubungan seperti apa yang terjalin..
PLAKKK
Sontak Feya mengetuk kepala Alana menggunakan pembaris..
PLAKKKK
Alana turut sama membalas ketukan yang diberikan Feya tadi..Bahkan dia membalas lagi keras..
"Sakit gila.. !!"ucap Feya
"Sapa suruh kau mula dulu!"Ucap Alana tanpa rasa bersalah sama sekali
"Alahaiiii kenapa lah manusia macam kau ni wujud Alana oiii...Kesian tau Sir Nuqman tu...Kau buat dia tergantung..Kau tak keluar tapi kau tak masuk juga ke dalam hati dia"Feya mula berceramah
"Cuba kau fikir dengan jelas,adakah lagi lelaki yang sanggup jadi macam dia??"
"Mungkin pengalaman ku dalam bercinta kurang feya..Atau mungkin langsung tiada..Hahahhahha...Tapi percayalah bagi aku lelaki itu sesuka hati datang dan sesuka hati pergi mengikut kata hatinya..Mungkin yang terlihat sekarang dia yang memberi segala sesuatu usaha untuk mendapatkan aku..Tapi sebelum dia menjadi seperti itu,dia lebih dulu menyakitiku dengan perkataannya..Mustahil hanya dalam beberapa bulan aku luluh kan..."jelas Alana
"Tapi dimatanya jelas dia mencintai mu Lana"
"Buat masa ini iya..Tapi buat masa akan datang siapa yang tahu kan..Aku cuma takut akan merasa sakit hati lagi kalau sampai aku buka hati terlalu mudah..Cukup sekadar bersahabat,kerana dalam persahabatan akan lebih kekal lama berbanding sebuah percintaan.."
YOU ARE READING
Alana Naira (S2 COMPLETED ✅)
General Fiction"A-alana suka abang !!!!!!" ucapnya separuh menjerit Sontak pen yang ada dipegangan Nuqman Yusuf terjatuh entah kemana..Terkejut kerana pernyataan tiba-tiba yang dilakukan oleh Alana Naira yang tak lain dan tak bukan adalah adik sepupu kepada sahaba...