Sahabat baru

140 6 0
                                    

"Ma-maaf..." ucap Alana lemah

Alana saat ini sedang ingin membasuh wajah nya di tandas umum yang disediakan pihak hospital..Tiga jam dia dan yang lain menunggu Puan Sri Rosnah dan akhirnya keadaan Puan Sri Rosnah kembali stabil..Tan Sri Hassan dan Hilman setia menemani Puan Sri Rosnah..Manakala Nuqman pula sedang keluar untuk membelikan mereka semua makanan untuk mengisi perut yang kosong..

Alana yang turut menemani Puan Sri Rosnah meminta diri agar boleh membasuh wajah dan menyegarkan dirinya yang saat ini terlihat sangat lemah dan lesu..

Satu demi satu hal berlaku dalam hidup Alana dan semuanya menguras tenaga Alana..Dia tak sangka dalam masa sehari pelbagai erkara berlaku dan emosi nya ibarat roller coaster..Baru sahaja dia menerima pernyataan cinta dari lelaki yang selama ini dia dambakan..Ehh pada hari yang sama dua insan yang dia sayangi pergi buat selamanya..Dia baru mulai rasa bahagia tapi kegembiraannya perlu dibalas dengan airmata kehilangan..Dalam fikiran Alana,apa dirinya tidak layak bahagia?? Apa dia harus merasa sedih dan hampa?? Kenapa tidak boleh bahagia tanpa adanya sebuah kesakitan..Dia nak merasa bahagia kerana mendapat cintanya pun terasa tidak bisa..Perasaan bahagia itu hilang begitu sahaja..Perasaan sedih mendominasi hatinya saat ini..Otak nya kosong dan perasaan bercampur aduk dia rasakan..

"Takpe..Saya pun salah.."ucap seorang gadis sambil memungut ubat-ubatan yang tadi terjatuh

"Neya?? Kamu Neya kan??" ucap Alana dengan cepat dapat mengenal Neya

"Macam mana tahu nama saya?? Ehh kamu yang hari tu..Buat apa dekat sini??" tanya Neya

"Tahu sebab ternampak tag nama..Mak Long saya kena rawat dekat sini" Alana masih dengan wajah datar nya

"Ahh saya harap mak long awak cepat sembuh dan segala urusan dipermudahkan"

"Hmm thanks..Kau sakit??"sambil melirik ubat yang ada ditangan Neya..Alana mula membahaskan dirinya sebagai aku tanpa dirinya sedar

"Ehh tak ni ubat mak aku..Ehh kau..kau kenapa ni??" mulai memegang bahu dan menahan tubuh Alana dari rebah

"Kepala aku sakit.."keluh Alana

"Jum kita duduk sana kejap..Aku rasa kau banyak fikiran ni"Neya pun memapah Alana duduk di bangku taman

"Kau tunggu sini kejap.."

Beberapa minit kemudian Neya datang dengan membawa sebotol air dan roti

"Nahh..si perut tu dulu..Bibir tu pun kering je"

Alana pun mengambil air dan roti yang dibelikan oleh Neya..Namun dia tidak memakannya..Dia hanya meletakkan makanan tersebut di tepi..

"Aku tak lapar..Thanks tau belikan roti dan air ni"ucap Alana cuba tersenyum

"Hemmmm..Aku tak tahu apa kau dah alami..Tapi kau rasa dengan tak makan masalah kau akan selesai?? Makan lah walaupun sikit..Jangan sakiti diri kau..Kalau kau rasa nak cerita aku boleh dengar..Lagipun aku tak rushing kejar masa"Neya yang terkenal dengan sikap dingin dan pendiam mulai banyak cakap dengan Alana..Mungkin sebab dia tahu Alana seorang gadis yang baik..Terutama Alana pernah menolongnya dulu..

Mendengar ucapan Neya tanpa dapat ditahan airmata Alana keluar dengan mudahnya..Dia menceritakan semua yang terjadi tanpa ada sedikit pun kisah yang tertinggal..Dia yang sememangnya menyimpan beban dihati akhirnya dapat meluahkan semuanya di depan Neya

"Kau tak salah..Apa yang jadi semua bersebab..Akan ada hikmah atas semua nya.."ucap Neya

"Tapi aku egois kan..Aku boleh ada fikiran macam tu dekat mommy aku..Padahal selama ni dia pun terluka..Dia pun rindu aku..Aku rindu tapi aku tak tunjukkan pun..Aku egois kam Neya"sambil menatap ke dalam anak mata Neya

Alana Naira (S2 COMPLETED ✅)Where stories live. Discover now