Bau bangkai yang terhidu

99 7 0
                                    

Perjalanan yang mengambil masa kira-kira 18 jam ditempuh oleh Alana dan Feya..Sesampai mereka di lapangan terbang,mereka telah di tunggu oleh Fahmi..Dengan gaya pakaian serba hitam Fahmi santai duduk di sebuah kerusi yang disediakan di ruang menunggu di balai ketibaan..

Feya : "Weii asal tak bagitahu mamat tu yang jemput kita??"

Alana : "Laa aku lupa.."tanpa rasa bersalah dan terus berjalan menuju ke arah Fahmi yang saat ini sedang membelek-belek telefon bimbitnya.

Feya : "Ehh macam tu je kau cakap..Aishhh dasar pelupa.. !!" berlari anak mengejar Alana yang sedikit jauh di depannya

Alana : "Amboii santai nampak"

Fahmi : "Haa sampai pun..Naik beku aku menunggu di sini.." sambil menatap Alana  dan Feya bergantian

"Haii" ucap Fahmi kepada Feya saat dirinya mengambil beg pakaian yang Alana dan Feya pegang..Beg yang telah berganti tangan kini dibawa ke tempat parking..Begitu lah seorang Haiyat Fahmi..Walaupun terkesan dingin dan tak mudah bergaul namun pergerakannya lebih peka berbanding yang lain..Dia menghargai semua wanita dan sering membantu mereka..Dibalik tubuh kekarnya sifat Fahmi sebenarnya sangat lembut dan sensitif akan keadaan keliling terutama hal berkaitan hati wanita.

Fahmi : "Dia ikut sekali??" sambil matanya memandang Feya

Alana : "Kita hantar dia balik rumah dulu"lalu Alana memandang ke arah belakang.

Alana :" Boleh kan Feya kan...Kau balik dulu aku dengan Fahmi ada urusan kejap"

Feya : "Ahh aku okey je..Lagipun aku penat nak tidur"jawab Feya malas akibat jet lag yang dia alami

Mereka pun bergegas meninggalkan lapangan terbang yang saat itu tengah sesak..Alana yang duduk di kerusi sebelah pemandu dan Feya yang duduk di belakang bahagian kerusi penumpang.

Tiada perbualan dan hanya ada lagu yang berkumandang..Masing-masing mereka dengan fikiran masing-masing..Alana yang berfikir betapa tidak masuk akalnya untuk daddynya terjebak dengan wanita ular yang saat ini telah menjadi ibu tirinya..Feya yang berfikir apa kah dirinya layak menemukan cinta sejati seperti mana Nora yang berkahwin dengan lelaki yang dia cintai..Feya beruntung dari segi segalanya namun tidak dengan cinta..Cinta lalunya menimbulkan luka dan trauma kepadanya namun tidak menghentikan keinginannya untuk dicintai dan mencintai lagi..Manakala Fahmi saat ini entah apa yang difikirkan..Wajahnya sangat serius namun sudut matanya tidak dapat membohongi sesiapa yang memerhatikannya..Ada banyak persoalan di benak fikiran Fahmi dan dirinya tertanya-tanya kenapa semua itu terjadi..Dari mana dia harus memulainya dan bagaimana dia harus merungkai misteri mengenai asal usul dirinya yang sebenar..Seingat dia,dirinya dibesarkan oleh sepasang suami isteri yang tinggal di sebuah kampung pendalaman di Malaysia..Namun saat dia berusia dua belas tahun dirinya dijadikan anak angkat oleh sepasang pasangan orang kaya yang tidak memiliki anak sama sekali dan mereka berpindah ke Amerika..Meski dirinya disayang bak anak kandung namun selepas keluarga angkat keduanya meninggal dunia,dirinya terkontang kanting di negara yang sangat asing..Dia harus hidup dengan kemiskinan kerana harta yang ibu bapa angkatnya miliki di rampas oleh pihak lain..Dia yang bukan anak kandung dibuang begitu sahaja..Sungguh pengalaman hidup yang menyakitkan..Fahmi bahkan pernah terjebak dalam dunia gelap, dirinya juga pernah hampir tidak dapat diselamatkan..Bersyukur sahaja takdir mengatakan lain dan akhirnya dia ditakdirkan untul menjadi seorang pegawai polis yang saat ini ditakuti ramai..

Setelah menghantar Feya,Alana dan Fahmi langsung melaju ke lokasi yang menjadi tujuan utama mereka.

Fahmi : "Taruhan jum.."

Alana : "Mende?"

Fahmi : "Kalau misi berjaya kita skydiving nak?? Tapi kalau kau tak berani takpe aku faham" sambil memberikan pandangan yang meremehkan

Alana Naira (S2 COMPLETED ✅)Where stories live. Discover now