Ditemukan

98 6 0
                                    

Rasa kecewa dirasai kerana saat sampai di bengkel terbiar tempat lokasi terakhir Neya dikesan, sosok yang mereka cari langsung tiada di sana..Mata Alana yang berjaya menangkap kesan darah segar dan cebisan baju Neya hanya menambah keyakinan bahawa sahabatnya memang sempat berada disana..Tangannya mengepal menahan emosi,entah apa yang telah sahabatnya lalui di tempat itu..Namun kemana Neya?? Dimana anak buah Reena membawa Neya..

Sebuah maklumat mengenai sebuah kemalangan yang berlaku di jurang membuatkan debaran mereka kembali terasa..Pelbagai spekulasi muncul di benak mereka..Dengan laju mereka semua menuju ke tempat kemalangan tersebut..

"Takkk !!!! Tak mungkinnn kan!!!!"nafi Hilman menolak penyataan pihak polis

"Bro tenang bro..Tenang"Mikail mencuba menenangkan Hilman yang saat ini bagai kehilangan akal warasnya

Kereta yang digunakan oleh anak buah Reena ditemui di dalam laut..Begitu juga dengan dua orang mayat yang disyaki merupakan anak buah Reena ditemui telah meninggal kerana selain mengalami hentakan keras di kepala,mereka juga terperangkap di dalam kereta tersebut hingga mati lemas..Namun bahagian penumpang di belakang hanya kosong..Keberadaan Neya langsung tidak diketahui..

"Ini milik isteri encik??"tanya anggota polis tersebut sambil memegang sandal sebelah kanan milik seorang wanita..

Melihat benda yang tidak asing sering dipakai oleh sang isteri seketika membuat Hilman terdiam seribu bahasa..Dia menghampiri anggota polis tersebut dan mengambil sandal yang memang jelas merupakan kepunyaan isterinya..

"AAARRRGGGHHHHHHHHHHH!!!!"

"SSAAAYYYYAAANNNGGGGGGG!!!!!!!"

"KEENNAAPPAAA MMMEESSSTTTIII IIISSTTEEERRRIIII AAAKKKKUUUUU YYYAAAA AALLLLAAAAHHHH!!!!"

"SSAAAAYYYYAAANNNGGGGGG AAARRRGGGHHHHHHH!!!"

Raungan Hilman didengar oleh semua yang ada disana..Mereka turut merasakan betapa sakit dan sedihnya hati Hilman saat ini..Alana juga tidak mampu menahan sebaknya..Dia juga terpukul dengan semua yang terjadi..Sahabat yang dia sayangi hilang di lautan yang sangat luas..Ditambah dia tahu betul bahawa sahabatnya itu tidak pandai berenang dan sangat takut berada di dalam lautan..Dia tidak dapat membayangkan sebagaimana takutnya Neya saat kejadian tersebut berlaku..Dirinya yang juga memiliki trauma akan ombak sangat tahu bagaimana seramnya keadaan itu jika dia berada di tempat Neya..

Alana juga tidak mampu menahan sebaknya melihat sang abang yang selama ini selalu terlihat kuat tapi kini rapuh serapuhnya..Abang yang tidak pernah menumpahkan airmata kecuali kejadian abang mereka Amran meninggal dunia kini menumpahkan lagi airmatanya untuk wanita yang selama ini dia cintai..Tujuh tahun abangnya memendam rasa..Baru kahwin tak sampai setahun kini sang isteri dipisahkan lagi dengan dirinya..Bahkan saat ini bukan dengan sang isteri sahaja,abangnya malah harus berpisah dengan bakal anak yang Neya kandung..Alana hanya mampu berdoa agar sang sahabat selamat bersama anaknya..

"Bro..!!! Brooo jangann broooo!!!"suara lantang Mikail saat melihat Hilman ingin terjun menuju ke lautan

"AKU KENA SELAMATKAN NEYA!! AKU KENA SELAMATKAN ANAK DAN BINI AKU!!!" racau Hilman sambil memberontak minta dilepaskan..

Mikail dan Nuqman sedaya upaya menahan Hilman sehingga mereka terpaksa memberikan dia ubat penenang..Mikail dan Nuqman mengangkat tubuh lemah Hilman masuk ke dalam kereta Mikail..

"Tuan saya mohon teruskan pencarian dan telefon saya jika ada apa-apa khabar..Saya terpaksa bawa kawan saya ke hospital dulu.."ucap Nuqman kepada pegawai polis tersebut kemudian dia dan Alana menyusul Mikail yang saat ini sedang dalam perjalanan menghantar Hilman ke hospital..

*****

"Sayanggg~~"panggil Hilman

"Sayang kenapa duduk sini sendiri..Jum kita balik"ingin mengenggam tangan Neya namun dia terkejut saat tangan tersebut kelihatan sangat pucat dan dingin..Matanya perlahan melihat tubuh Neya basah kuyup dan kini sedang mengigil kesejukan..Dengan pantas Hilman ingin memeluk tubuh sang isteri namun sosok tersebut perlahan menghilang dan tidak dapat digapai..

"SAAYYYAANNGGGGGG ~~~"

"SSAAAYYYYAAANNNGGGG JJJAANNNGGGAAANNNN TTTIINNNGGGGAAALLLLLLKKKKAAANNN AAABBBBBAAAANNNGGGGGG!!!!!!"racau Hilman dalam tidurnya dan tubuhmya memberontak seakan ingin mengapai sesuatu..Infus di tangan juga tercabut kerana pergerakan lincah yang dilakukan Hilman..

"Broo !!! Sedar Broo !!!! Abang Nuqman tolong panggil doktor cepat !!!!"arah Mikail separuh menjerit..Keadaan sang sahabat sangat merisaukan..Bahkan Alana yang ada disana saat ini hanya mampu menangis saat melihat abangnya menjadi seperti itu..

Setelah doktor masuk dan memberikan ubat penenang baru lah Hilman tertidur dan keadaan menjadi tenang semula..

"Apa kita patut buat?? Lana tak sanggup tengok abang Hil macam tu.."ucapan Alana lirih..Dia sendiri merasa tertekan dengan situasi tersebut..Seandainya dirinya memiliki kuasa ajaib sudah tentu dalam sekelip mata dia sudah berjaya menemui Neya dan membawanya ke hadapan sang abang tersayang..

"Mika orang-orang kamu macam mana??Sudah ada khabar ka?"tanya Nuqman menatap Mikail

"Anak buah aku masih dengan misi pencarian..Mereka dah menyelam di semua pelosok lautan tersebut tapi masih belum menemui Neya.."ucapnya tertunduk..Jika sebelum ini dia akan dengan mudah menemukan sesiapa sahaja,tapi kes Neya betul-betul menjadi misi tersulit buatnya dan anak buah..Neya bagai hilang ditelan bumi..Tiada langsung petunjuk yang ditemukan..

"Neya takut berada dalam laut..Dia akan diserang keresahan berlebihan (panic attact)..Macam mana dia boleh bertahan dalam situasi tu..Dia mesti sangat takut"ucap Alana sambil menangis..Fikirannya saat ini betul-betul kacau..

"Neya wanita kuat..Dia pasti selamat"Nuqman cuba menenangkan sang kekasih namun Nuqman juga takut seandainya Neya tidak dapat ditemui..Peluang untuk mereka menemuinya sangat tipis..Apakah ada harapan buat mereka atau adakah mereka akan merasa sebuah kehilangan lagi??

*******

"Apa yang ibu dan ayah sembunyikan..Kenapa semua berkaitan Fahmi jadi sangat misteri"gumamnya sambil menelusuri kawasan pinggir sungai..Sungai itu adalah tempat ternyaman bagi Alina jika hati dan fikirannya sedang gundah gulana..Mana tak nya,adik lelaki yang dulu dia sayangi kini kembali..Berpuluh tahun baru bertemu namun sang adik datang ingin mengorek rahsia mengenai asal usulnya yang jelas hanya arwah ibu dan ayahnya ketahui..Alina binggung cara untuk membantu sang adik..Ditambah dia juga merasa ada yang tidak kena dengan identiti tersebut..Semua bagai kebetulan kerana setahunya Fahmi tidak dilahirkan di klinik kesihatan di kampung mereka tapi kenapa sang ibu dan ayah malah mengatakan akta kelahirannya hangus terbakar saat klinik kesihatan lama terbakar...Kisah yang diceritakan sangat berbeza dengan fakta yang Alina ketahui kerana yang sebetulnya Fahmi bukan ditemui di klinik tersebut melainkan dia menemuinya di sebuah bangku di taman..Ya,Alina lah yang menemukan bayi mungil yang telah dikerumuni semut dan dia lah yang memberikan bayi tersebut dengan ibu dan ayahnya lalu mereka menjadikan bayi tersebut anak angkat..

Entah apa yang jadi saat Fahmi berusia 10 tahun ibu dan ayahnya malah menyerahkan Fahmi dengan sepasang suami isteri yang lain..Disebabkan hal tersebut Alina terpaksa berpisah dari sang adik..Remuk hatinya kerana sang adik tinggal berjauhan..

"Ehh apa tu??"mata Alina menangkap sesuatu sedang terdampar di batu-batu sungai yang ada disana..Alina kemudian mendekat dan betapa terkejutnya melihat seorang wanita yang sedang tidak sedarkan diri..Wajahnya penuh luka..Tubuhnya lebam..Untung sahaja nadinya masih berdenyut walaupun sangat perlahan..Alina langsung meminta tolong dari penduduk kampung untuk mengangkat tubuh wanita tersebut menuju ke rumahnya..

Dia ingin membawa wanita tersebut ke klinik kesihatan namun hatinya ragu..Keadaan wanita itu sangat menyedihkan dan seperti baru selamat dari sebuah penyiksaan..Dia takut wanita itu dalam bahaya..Jadi langkah selamat adalah menyembunyikan wanita itu sehingga dia sedarkan diri..Dia memilih membawa wanita itu ke rumahnya kerana dia sendiri adalah seorang jururawat ditambah Fahmi adalah seorang pegawai polis..Rumahnya adalah pilihan yang tepat buat keselamatan wanita itu buat masa ini..Dia hanya perlu meminta tolong dengan sahabatnya yang merupakan seorang doktor iaitu doktor Ain untuk melihat keadaan wanita tersebut..

"Gadis itu?? Ada apa dengan dia..?? Kenapa dia seperti ini??"batin Fahmi saat melihat sekujur tubuh terbaring lemah tak sedarkan diri di salah satu bilik yang ada di rumah kakak angkatnya itu..Dia baru kembali dari pekan namun dikejutkam dengan kehadiran wanita yang pernah dia hampir langgar beberapa bulan lalu..masih jelas di ingatannya bagaimana wanita tersebut menjerit histeria saat dia ingin menyentuh lengannya..

Alana Naira (S2 COMPLETED ✅)Where stories live. Discover now