"Weii kau asal ni..Macam ayam berak kapur je aku tengok.."
"Mentang-mentang kemarin berduaan dengan pensyarah baru tu terus begini peragai kau kan.."bebel feya
"Apa..?? Apa aku buat?? Kau mende Feya??"Alana kehairanan
"Tu muka tu..Dah kenapa..??Hemm kemarin apa cerita?? Dia hukum kau apa weii..Bagitau lah aku..Aku nak tahu juga.."
"Takde..Dia suruh buat nota je..Kau asal tenung aku macm tu..Otak kau mesti dah fikir bukan-bukan kan"Alana menatap feya tajam
"Lana..Kau suka tak pensyarah tu..?? Aku perasan dia perhati kan kau kemarin.."
"Takdenya aku nak suka..Ishh kau ni"nafi Alana
"Serius ni..Aku dengar pensyarah kita tu single..Tapi ada juga kata dia duda weii..Kau rasa betul ke dia duda??"Sambil bertanya Feya mengunyah keropok yang dia beli di cafe tadi..
"Duda?? Sapa cerita??"Alana mengecilkan matanya memandang Feya tak percaya..Ada lagi gosip murahan seperti itu
"Alaaaa budak-budak kelas lah..Semua sibuk cakap pasal pensyarah tu..Tapi kan dia duda ke tak ke kalau rezeki aku takkan kemana..hahhahha"
"Rezeki..Rezeki..Kau tu belajar pun tak habis..Ada hati nak kahwin pensyarah.."merampas makanan yang Feya pegang
"Amboii kau..Macam aku sorang tak habis study ehh..Yang kau tu macam je dah habis..hemmm"
"Tapi aku tak demand nak pensyarah.."
"Alaa Lana..Hensem weii..Badan dia..Dada dia..Bahu bidang dia lagi..Aku rasa Dokter Nuqman tu rajin senaman laa..Hemm patut ke aku rajin-rajin pergi gym juga?? Kot-kot terjumpa boleh lah saling bertukar nombor..Tiba-tiba terjodoh..Tiba-tiba terkahwin..kan Lana kan??"
Namun Alana hanya mendiamkan diri menahan emosi..Geram hatinya mendengar sahabat baiknya sendiri bercakap mengenai Nuqman..Mana siap puji-puji lagi..Memang tak dinafikan yang Nuqman memang hensem..Dengan badan jenis atletis dan senyuman yang berlesung pipit,siapa je boleh tolak kan..
"Laa aku punya syok bercerita ..Punya banyak aku tanya kau tak jawab..Betul-betul lah kau ni Lana..Ni kalau aku cerita pasal Abang Faiq kau tu bukan main ceria wajah kau kan..Kau ada hubungan kan dengan dia kan..Baik kau jujur Lana oiii..."
"Apaaa?? Aku macam biasa lah dengan dia..Aku dah anggap dia sebagai abang..Lagipun dia baik dan suka manja kan aku..Tapi kalau betul dia ada hati apa salahnya..Hahhahaha"
Tanpa Alana sedar Nuqman berada tepat di belakang nya..Mendengar ucapan yang keluar dari bibir Alana membuatkan Nuqman terasa hati..
"Hemm..Rancak borak..Ni dah jam kelas..Masuk !" arah Nuqman sedikit tegas
Feya yang terkejut langsung menarik tangan Alana untuk bergegas masuk ke dalam kelas..
"Uisshhh gila lah Dokter Nuqman ni..Makin dia garang makin hensem"ucap Feya sesudah mereka sampai ke dalam kelas..
Alana yang mendengar ucapan feya hanya memberikan dia side eyes..
"Dah..Dah..Kau jangan gatal Feya..Jangan nak mengelitis ehh..Kau jangan sampai aku mengadu dekat Arryan pasal kau menggatal ni.."ancam Alana ingin memberitahu kekasih Feya mengenai kelakuannya saat ini
"Ishh kau ni pun..Susah sangat nak tengok aku bahagia kan..Geram lah aku"bebel Feya
Soffeya Deanna atau lebih gemar dipanggil sebagai Feya adalah sahabat Alana sepanjang dia di Amerika..Alana yang dulunya sedikit kesusahan untuk membiasakan diri bertemu dengan Feya di dalam kelas..Kerana Feya merupakan anak kacukan keturunan orang Malaysia maka Feya fasih berbahasa melayu..Feya lah yang selalu menolong Alana disaat dia memerlukan bantuan..Hari demi hari akhirnya hubungan mereka menjadi sangat rapat..
Alana yang periang dan ceria bertemu dengan Feya yang bermulut lepas dan garang..Satu kombinasi yang sepadan..Dengan peragai Alana yang random dan suka melakukan apa sahaja tanpa berfikir panjang dan peragai Feya yang selalu menuruti peragai Alana membuatkan hubungan mereka setiap hati sangat kecoh dan penuh dengan tawa riang..Nanun meski pun Feya sering menuruti kemahuan Alana , Feya tetap memiliki sisi garang..Sisi garang nya ini lah sedikit sebanyak membantu Alana terhindar dari pelajar-pelajar yang suka menindas..Begitu lah kehidupan Alana selama setahun ditemani Feya dan Faiq..Dua insan yang berjaya mengubah luka di hatinya..
Tapi meski Alana sering memasang wajah bahagia dan tertawa,tiada siapa tahu bahawa setiap malam atau ada masa dimana dia akan merasa sakit yang teramat..Sakit rindu dan luka yang datang bersamaan..Jika hatinya sedang bersedih,Alana sering bertelefon dengan Neya..Meluapkan segala rasa dihati yang terpendam di hadapan sahabatnya yang satu itu..Mustahil baginya ingin meluah dengan Feya kerana dia sendiri tahu Feya memiliki masalah nya sendiri..Apatah lagi mengadu dengan Faiq..Itu amatlah mustahil untuk dia lakukan..Bagaimana pula dengan Mak Longnya?? Mak Long nya bahkan tinggal di Amerika untuk berubat demi penyakitnya,lucu bukan jika dia mengadu mengenai hal yang akan membuatkan mak long nya lagi merasa tertekan..
Satu-satunya tempat yang saat ini dia rasa nyaman untuk berkongsi rasa dan saling meluah ada Neya..Mereka saling menjaga hubungan persahabat mereka dengan saling berkomunikasi dan bertanya khabar..Hal ini jugalah yang membuatkan Alana tahu apa sahaja yang Neya hadapi seperti dikejar ah long kerana kesalahan adiknya sendiri...
Dalam diam Alana meminta bantuan pak long nya agar membantu Neya tanoa sepengetahuan Neya..Alana tidak ingin Neya merasa terbeban dengan bantuan yang dia hulurkan..
*******
"Alaa kejap nya habis kelas..Tak terasa weii..Kalau macam ni la hari-hari ada kelas Dokter Nuqman pun aku sanggup.."ucap Feya
"Amboii asyik puji nampak..Kekasih kau tu mesti dah tunggu dekat tempat parking..Biasa macam ni kau dah buka langkah seribu kan.."
"Ni hari ni pandai pula berlambat keluar ehh..Kau lupa Arryan kau tu??"tanya Neya sengaja mengingatkan Feya mengenai kekasihnya Arryan yang sangat posesif akan dirinya..
Feya sontak melihat jam di tangannya..
"Alamakk aku dah lambat..Lana kalau Sir Nuqman bagi nombor telefon ,kau jangan lupa aku tau.."
"ekk ellehhh masih sempat lagi kau kan Feya.."Alana mulai membuat muka
"Hhahahhaha comel la kau lana..Tu pun nak jeles..Kalau kau suka Dokter Nuqman aku tu,kau usaha..Jangan tahu marah-marah je.."
"Dokter Nuqman kau ?? Kau mimpi ke ehh?? Buka laa mata tu seluas mungkin..Jangan sampai mata kau aku buat sup!"
"Hahahhahha ternyata seorang Alana Naira boleh jadi secerewet ini..Nasiblah aku kejar masa kalau tak memang aku dah soal kau dari A sampai Z..Okey lah bye Lana..Nanti dah sampai rumah call aku.."ucap Feya lalu meninggalkan Alana seorang diri..
"Hemmhemmm...Balik naik apa??"tegur Nuqman
Alana kenal suara itu..Dia kenal haruman yang digunakan Nuqman saat itu..Alana menutup matanya dan menghirup aroma minyak wangi Nuqman tanpa berpaling padanya..
"Abang hantar Alana boleh??"Nuqman cuba berlembut
"Tak perlu..Suda ada yang akan datang jemput.."ucap Alana datar
"Siapa??" Nuqman berpura-pura bertanya padahal dia tahu sudah apa jawapan yang Alana akan ucapkan..
"Orang lah..Tu pun sibuk nak tahu!"
"Kenalah tahu..Semua berkaitan sayang abang kena tahu.."Nuqman tidak berputus asa
"Tak payah lah menyibuk..Alana bukan Alana yang abang kenal dulu.."Alana melajukan pergerakan tangannya mengemas semua barang-barang yang ada..
"Sayanggg~~~"lirih Nuqman
"Tolong lepaskan saya Encik Nuqman Yusuf !!" nada suara Alana naik seoktaf
Nuqman sedar dia mulai membuat Alana marah..Dia sedar jika mood Alana seperti ini semua usaha untuk memujuk Alana akan jadi sia-sia..
Nuqman kemudian membiarkan Alana pergi..Meninggalkan dia seorang diri di dalam kelas sambil menatap badan belakang Alana..Air matanya mengalir lagi..Gadis manja nya kini menjadi sangat keras kepala..Apakah dia telah kehilangan Alana??
YOU ARE READING
Alana Naira (S2 COMPLETED ✅)
General Fiction"A-alana suka abang !!!!!!" ucapnya separuh menjerit Sontak pen yang ada dipegangan Nuqman Yusuf terjatuh entah kemana..Terkejut kerana pernyataan tiba-tiba yang dilakukan oleh Alana Naira yang tak lain dan tak bukan adalah adik sepupu kepada sahaba...