Kosong tapi bukan nombor

180 9 1
                                    

"Wahhh princess kita dah bertambah lawa.."ucap Hilman bahagia melihat Alana yang saat ini telah bersiap untuk keluar dari hospital..Genap dua bulan Alana dirawat dan kini dirinya telah sihat..Meski tidak tahu mengenai kejadian antara daddy nya dan Hilman,tetapi Alana seperti dapat merasakan yang keluarga Hilman selalu mengelak untuk bercerita saat Alana bertanya sekiranya daddynya ada melawat atau tak..Namun Alana cuba mengabaikan dari bertanya lebih kerana dia berfikir memang daddynya tidak peduli akan kesihatannya dan orang tua Hilman mengelak kerana tidak ingin dia bersedih..Alana juga sudah tahu mengenai Miza dan Liyana..Sedih dan marah bercampur namun Alana terpaksa berdamai dengan rasa sakitnya agar dia tidak menyimpan sebarang dendam..

"Abang Hil..Hari ni boleh tak kita singgah kubur Miza..Lana nak lawat dia"pinta Alana..Semenjak dia sedar dia sudah meminta untuk dibawakan ke kubur Miza namun permintaannya sering ditolak kerana masalah kesihatannya..

"Hemm boleh..Nanti kita singgah sana..Abang Nuqman mana??"tanya Hilman yang tidak melihat sosok Nuqman sedangkan biasanya lelaki itu ada sahaja menempel disisi Alana seperti glue 502 Hardex..Melekat dan susah dipisahkan..

"Dia pergi uruskan bil hospital.."jawab Alana kemudian mengambil telefon bimbitnya yang sedang bergetar..Ada sebuah panggilan video dia terima dari seseorang yang nun jauh disana..

"Heeiiii aku dengar kau eksiden..Betul ke??Are you okey Lana??"ucap seseorang di dalam layar kaca telefon Alana..

"Yes i am..Hari ni aku dah boleh keluar dah..Ni aku nak balik rumah..Thanks sebab care mi"

"You know i always care about you right"ucapnya dan hal tersebut berjaya membuatkan Hilman mengerutkan keningnya..Suara lelaki asing dan terdengar sangat peduli..Dia memandang Alana seakan bertanya siapa gerangan orang yang tengah membuat panggilan dengan adiknya itu..Jangan sampai adiknya ada hubungan dengan lelaki lain..Akan dia pastikan lelaki itu lenyap kerana ada hati yang begitu mencintai Alana saat ini iaitu Nuqman Yusuf..

"Thanks mi..Oh yaa ada abang aku dekat sini..Yang aku pernah cerita tu.."lalu Alana mengarahkan telefonnya kearah Hilman..Mata Hilman tajam memerhati Fahmi..Wajahnya terlihat familiar tapi dia lupa pernah lihat dimana..

"Ahh lelaki yang di hospital kan..Yang hari tu bagi lollipop dekat budak-budak tu?"tanya Hilman dan Fahmi mengangguk..Dia juga teringat kembali pertemuannya dengan Hilman dua bulan lalu saat dirinya menemani Neya untuk check kandungan..

"Ternyata kau abangnya Alana yaa bro..Wahh dunia sangat sempit"ucap Fahmi

"Ehh korang saling kenal??"tanya Alana

"Kitorang pernah terjumpa masa ada budak berlari-lari di hospital dan terlanggar mama"ucap Hilman..

"And im there with my friend...Budak tu nangis tapi bila bagi lollipop dia diam..Hahhahah"ucap Fahmi..

"Lana aku dengar kau dah ajukan surat pindahan ke sini..Betul ke??"tanya Fahmi

"Hemm betul..Aku nak bertugas dekat Malaysia..Dekat dengan family aku..Lagipun aku nak cari akak ipar aku tu.."sambil matanya memandang ke arah luar yang mana tadi Hilman telah keluar dari bilik rawatannya..

"Abang kau yang tu ke punya bini??"tanya Fahmi seakan berbisik

"Haah..Eoh yaa Feya nikah dua bulan lagi.."

"Haa..Dia ada bagi aku kad undangan..Nasib lah dia kahwin dekat Malaysia so senang aku nak pergi nanti..Padahalkan aku ingat kau dulu kahwin dari dia..Hahhahhahah"ketawa Fahmi jelas kedengaran

"Miii~~~"

"Isshhh dia ni selamba video call..Ni tengok ni Wafiy merengek..."ucap Neya yang saat itu memanggil Fahmi untuk mengurus Wafiy

Alana Naira (S2 COMPLETED ✅)Where stories live. Discover now