Firman Uqasya

108 6 0
                                    

Mendapat perlakuan khusus dan istimewa dari seorang pelajar yang terkenal di sekolahnya membuatkan Neya sempat merasa ragu..Kenapa dia dilayan begitu manis..Neya cuba mengelak namun lagi dan lagi Firman Uqasya yang disukai ramai bersikap degil untuk tetap mendekati Neya..Entah apa pemicu utama yang menbuatkan Firman tidak ingin menyerah..Bahkan Neya suda menolak Firman berkali-kali tetap sahaja tidak mematikan semangat Firman untuk mendapatkan perhatian dan cinta Neya..Hingga akhirnya Neya menyerah dan memberi peluang untuk Firman dan cuba mengenali Firman dengan lebih baik..

"No calls...No video calls..Chat only"ucap Neya mengatakan syarat nya

"Okey deal !"ucap Firman bahagia..Tanpa sedar benda ni lah nantinya akan menjadi pemicu rasa cemburu buta seorang Firman Uqasya terhadap Neya Adriana..

Biasanya lelaki yang menjadi kekasih Neya akan putus asa di bulan kedua dan ketiga..Mereka akan dengan mudah menyetujui sebuah kata putus yang Neya ucapkan kerana bagi mereka semuanya hanya sia-sia..Tiada sebarang bentuk perhatian yang boleh menyakinkan pada mereka bahawa seorang Neya Adriana layak diperjuangkan..Berbeza dengan Firman..Meski awalnya Neya sangat dingin dan kaku..Bahkan sering mengabaikannya,Firman tetap tidak berputus asa..

Sehingga di bulan keenam mereka bersama akhirnya Neya mulai berfikir untuk mengubah sikap..Neya menjadi lebih terbuka dan manja terhadap Firman..Kepercayaan Neya perlahan berjaya dimiliki oleh Firman..Hubungan mereka sangat bahagia..Jarang ada pergaduhan..Neya juga sosok yang tidak suka membuat masalah atau melawan kata..

Dari no calls,no video calls perlahan Firman mengajarkan Neya untuk sering berkomunikasi melalui calls dan video calls..Firman berjaya buatkan Neya melanggar aturannya sendiri..Sudah tentu Neya melakukannya kerana ingin menjaga hati sang kekasih..

Namun Firman tetap lah Firman..Dirinya yang sangat mudah untuk cemburu perlahan berubah menjadi posesif dan suka mengawal segala tindak tanduk Neya..

"Bak sini telefon tu"firman meminta telefon Neya dan Neya hanya menuruti nya sahaja..

"Sayang guna password??Hemmm apa password dia??"tanya Firman

"Tarikh lahir sayang biy"jawab Neya jujur

Dengan laju jari-jemari Firman menekan tombol telefon bimbit Neya..Kemudian dia pergi ke bahagian tetapan telefin dan mengubah kata kunci yang selama ini Neya gunakan..Bukan itu sahaja..Dia juga turut mengubah wallpaper utama dan wallpaper kunci skrim dengan gambar dirinya dan Neya..

"Password jangan ubah lagi..Ni date anniversary kita..Awas kalau sayang tukar!"

"See lawa kan gambar kita...Macam ni semua akan tahu yang you is mine.."ucap Firman tanpa memikirkan perasaan Neya

Neya ingin marah tapi dia malas untuk bergaduh jadi dia hanya membirkan sahaja semua apa yang Firman lakukan..Dia cuba berfikir positif mungkin itu semua bentuk cinta dari sang kekasih..

"Ni apa ni?? Sapa jantan chat sayang ni????"gumam Firman sambil memegang erat lengan Neya..Sangat erat hingga membuatkn Neya kesakitan

"Tu-tu kawan kerja lah biy..Sakit lah!! Lepas !!" Neya sedikit meninggikan suara hingga membuat Firman tersedar akan perbuatannya lalu melepaskan perbuatannya..

"Ma-maaf sayang..Biy tak sengaja..Maafkan Biy ya"ucapnya lembut

Begitulah seorang Firman..Terkadang dia menyakiti Neya dan kemudian dia akan meminta maaf..Firman dan cemburu butanya susah untuk dipisahkan..Meski semua perbualan yang dia lihat isinya mengenai pekerjaan namun dia akan tetap menyoalnya..

"Apa benda chat lepas jam kerja ni??"

"Haa ni nasib biy tengok yang biy tak tengok pula??"

"Sayang awas ehh kalau biy dapat tahu sayang padam chat lama"antara soalan-soalan yang dilontarkan Firman dengan nada yang penuh curiga..

Alana Naira (S2 COMPLETED ✅)Where stories live. Discover now