Enam bulan..Dalam masa enam bulan Nuqman koma dan hanya terbaring di hospital..Kini selain Mikail,Hilman juga suda mengetahui keadaan sebenar Nuqman..sebulan selepas Nuqman koma,Mikail memberitahu Hilman akan semua nya yang terjadi..Langsung Hilman mengambil penerbangan terawal dan menuju ke hospital..Tidak dia sangka akibat perbuatannya Nuqman boleh jadi seperti itu..Rasa bersalah menghantui Hilman tapi kerana egonya yang tinggi menggunung membuatkan dia seakan tidak terkesan langsung..Selama lima bulan juga lah Hilman rajin bolak balik dari Malaysia ke Milan dan kadang ke Amerika...Hilman juga turut menjaga Nuqman..Namun dia tetap dengan pendiriannya untuk merahsiakan semua yang terjadi dari pengetahuan Alana..Dia taknak sang adik terganggu lagi dan mengingat semua kejadian masa lalu..Dia tidak ingin adiknya tetap terperangkap dalam kisah hitam itu...
Setelah enam bulan tidak sedarkan diri akhirnya Nuqman mulai memberi respon pertamanya..Kegembiraan di wajah Mikail dan Haqiem jelas terpancar..Pergerakan kecil dari jari tangannya adalah petanda Nuqman akan sedarkan diri tak lama lagi..
Betul sahaja..Tak sampai dua puluh empat jam akhirnya Nuqman membuka matanya lagi..Untuk pertama kali dalam masa enam bulan Nuqman bersuara lagi..
"A....Alana ma..mana..??"tanya Nuqman
Sontak membuat yang berada diruangan tersebut terkedu..Sebegitu besar cinta Nuqman hingga orang yang pertama kali dia cari saat baru sedarkan diri adalah Alana..Bezanya kali ini Nuqman sedikit tenang..Tidak seperti sebelumnya yang terlalu gelisah dan tergopoh-gapah...
Setelah mendengar penjelasan dari Mikail mengenai apa yang jadi dekat dirinya Nuqman kemudian hanya bereaksi seperti biasa...
"Takpe..Semua yang terjadi adalah takdir..Lepas ni aku akan mulakan pencarian Alana"jawab Nuqman
"Bro takkan kau nak pergi ke semua tempat di Amerika tu...??"tanya Mikail tak percaya
"Hemmm..Kalau itu perlu..Itu yang akan aku lakukan.."jawab Nuqman masih dalam keadaan tenang
Masalahnya semakin Nuqman bereaksi tenang semakin besar rasa bersalah Mikail muncul..Entah lah..Bukan keterputusasaan yang dia lihat melainkan sebuah tekad baru...Pandangan mata Nuqman sangat berbeza dengan Nuqman yang dulu..
"Bro..sembuhkan kaki tu dulu...At least kau kena boleh berjalan seperti semula baru boleh kejar Alana lagi. "ucap Mikail
Nuqman kemudian memandang kakinya..Kakinya lumpuh akibat kemalangan tersebut..Namun hal itu tidak melemahkan semangatnya..Lagipun menurut pihak doktor,kakinya hanya lumpuh buat sementara waktu..
"Ahh..Aku akan sembuh..Tapi lokasi Alana mesti aku cari tahu..Takpe nanti aku bayar orang untuk cari semua tu.."
"Tak..Tak payah bro..Aishhh kau ni..Aku yang makin rasa bersalah jadinya..Hemm"ucap Mikail yang tak tenang melihat peragai Nuqman
"Kalau tak tenang,jangan lah sorok lagi..Bagitahu aku alamat dia"
"Kau..Kau tahu bro??"
"Hemm..Aku tahu kau tahu kan..Apa kemalangan ni kurang cukup untuk buktikan yang aku betul-betul mencintai Alana???"
"Siapa kamu untuk tentukan aku dengan dia tak layak bersama..??"tanya Nuqman lagi
"Andai kamu tahu sakitnya kehilangan orang yang kamu cintai,apa kamu masih sanggup buat aku macam ni?? Besar sangat ka salah aku..??Kalau korang tak nak aku temui Alana kenapa kau sampai selamatkan aku ??Jawab aku Mikail !!" suara Nuqman tetap datar namun nadanya naik sedikit..Dia ingin meluapkan emosinya tapi dirinya sendiri sangat penat..Beban rindu dan rasa bersalah terhadap Alana bukan benda yang mudah dia hadapi...
Memang betul Nuqman adalah seorang doktor psikologi tapi dia juga manusia biasa bukan robot ciptaan manusia..Dia dapat memahami keperitan orang lain..Kesedihan orang lain..Kekecewaan orang lain..Dia bagai sang healer dimata ramai orang tapi saat dirinya dilanda hal yang sama..Batinnya terluka dan emosinya serta mentalnya terjejas siapa yang mampu menyembuhkannya..Semua orang menganggap Nuqman sebagai lelaki yang kuat...Lelaki yang boleh mengawal emosi serta menjaga mentalnya dengan baik sehingga mereka lupa ada masanya dia juga akan merasa rapuh yang teramat..Dia cuma manusia..Dia juga tahu erti lemah..Tidak bolehkan dirinya mendapatkan apa yang boleh membahagiakan dirinya..??
Hidupnya cukup berat tapi pernahkah dia mengeluh?? Tak..Bahkan satu-satunya manusia yang tahu akan apa yang dia alami telah pergi buat selamanya..Kalau dulu dia sering mengadu dan meluah dengan Amran..Cuma Amran seorang tahu akan apa yang pernah dilalui oleh seorang Nuqman Yusuf..Tapi setelah kepergiannya,temoat ternyaman Nuqman adalah Alana..Alana mampu membuatkan perhatiannya atau rasa lelahnya menghilang tanpa dia bercerita sama sekali..Seberat apa pun masalah yang dia hadapi..Sebesar apa pun tanggungjawab yang dia pikul,saat bersama Alana semuanya terasa indah..Semuanya seakan mudah..
Seketika Nuqman mengelamun dn memandang ke langit ynagbsaat ini sedang cerah..Pergerakan awan jelas dapat dia lihat..Kilasan alam bawah sedar yang dia lalui sepanjang koma kini terlintas lagi..
"Bro..Kau okey??"suara yang amat dia rindui menyapa di deria pendengarannya..Dia yang berasa di sebuah rumah seorang diri merasa sunyi beberapa hari sehingga lah siara tersebut muncul..Nuqman memandang kekiri dan kanan mencari si empunya suara dan akhirnya sebuah sosok yang dia rindui muncul di depan mata..Rasa keterinduan yang berat Nuqman lepaskan dengan memeluk sang sahabat..
"Am..Kau ke ni??"tanya Nuqman seakan tak percaya
"Aku lah..Kenapa?? Lepas dah bercinta dengan budak lana tu kau dah lupa aku ke..Hahhahahha"
"Aku mana boleh lupa kau bro.."
"Apa jadi kau dengan Alana..??"satu soalan yang membuatkan airmata jantan Nuqman jatuh..
"Bro cerita bro..Cerita..Im here"ucap Amran
Lalu Nuqman menceritakan semuanya..Semua yang terbuku di hati..Semua yang dia alami dan betapa sakitnya dirinya saat ini..Bahkan Nuqman meluapkan sehala emosi dan tangisannya di hadapan Amran
Amran hanya mendengar dan membiarkan Nuqman meluapkan segalanya..Sesekali dia menepuk bahu sang sahabat.
"Maafkan Hilman..Dia cuma terlalu sayang..Jangan risau Alana tu cinta mati dekat kau..Jauh mana pun dia pergi,hatinya akan kembali padamu.."ucap Amran
"Bangun lah..Sini bukan tempat mu..Bangun dan kejar Alana semula..Temui Mikail..Dia mengetahui semuanya.."tambah Amran lagi
"Aku tak boleh disini je bro?? Dekat sini aman..Aku tak rasa sakit langsung.."
"Tak..Sini bukan tempat kau..Belum tiba masanya lagi..Ada urusan yang belum kau tunaikan di dunia bro..Ada hati yang akan mati saat kau tidak kembali..Ada jiwa yang akan terluka dan ada hidup baru yang menunggu mu bro..Kembali lah..Jagakan Alana untuk ku..Jaga kan Hilman dan ganti posisi ku di hatinya..Serta jaga dia..Selamatkan dia bro..Aku mohon..Selamatkan dia.."ucapan Amran jelas terngiang-ngiang di fikiran Nuqman bahkan sampai saat dia telah sedarkan diri..
Ada amanah yang dia pegang..Tapi siapa dia??Siapa dia yang Amran maksudkan?? Apakah Alana?? Atau Hilman?? Atau adakah permintaan itu tertuju buat orang lain??
Semuanya seakan puzzle bagi Nuqman..Dia sendiri berfikir keras akan apa yang dimaksudkan Amran..Tapi di balik semua itu,Nuqman bersyukur kerana dia diberikan peluang untuk bertemu Alana nya..Akan dia perjuangan Alana sampai nafas terakhirnya...Yaa dia harus tetap kuat dan harus selesaikan semuanya lagi..
Dia tidak ingin kehilangan gadis itu lagi..Masa depannya hanya akan dia habiskan dengan Alana..Dia tahu hanya Alana kebahagiannya..
Dalam tempoh rawatan,tak pernah sehari pun Nuqman terlepas akan berita Alana..Semua berkat Mikail..Dalam tempoh enam bulan, di tahu Alana buat apa..Alana bahagia atau tidak..Alana rapat dengan siapa..
Sampai suatu hati...
"Bro...Uncle Hussin buat peragai lagi"ucap Mikail
"Peragai apa???"
"Uncle Hussin dah jumpa pakcik aku..Dia nak jodohkan Alana dengan sepupu aku Faiq Syukri.."
"APAAA???????"ucap Nuqman terkejut
Berita itu lah yang membuatkan Nuqman nekad meninggalkn segalanya yang ada di Malaysia..Ditambah permohonan menjadi pensyarah di universiti Alana telah diterima..Meski belum sihat sepenuhnya dia sanggup terbang jauh-jauh untuk mengejar cinta hatinya..
"Tiada siapa boleh ambil Alana aku !!" Batin Nuqman
YOU ARE READING
Alana Naira (S2 COMPLETED ✅)
General Fiction"A-alana suka abang !!!!!!" ucapnya separuh menjerit Sontak pen yang ada dipegangan Nuqman Yusuf terjatuh entah kemana..Terkejut kerana pernyataan tiba-tiba yang dilakukan oleh Alana Naira yang tak lain dan tak bukan adalah adik sepupu kepada sahaba...