Twin flame !

120 8 0
                                    

"Eksiden???" bibir lelaki tersebut bertanya dengan raut wajah yang susah untuk dibaca oleh semua pelajar yang saat ini menumpukan perhatian pada dirinya dan Alana..

"Ya..Ya...Tapi tak teruk..Ma..Maaf s-sir..."Alana menundukkan wajahnya

"Okey kamu boleh duduk di tempat kamu tapi selepas kelas jumpa saya..Setiap pelajar yang membuang masa harus dihukum.."ucapnya datar lalu kembali meneruskan pelajarannya..Sesekali matanya menatap Alana..

Setelah waktu pelajarannya selesai,seperti yang dia ucapkan tadi,kini Alana mengikutinya menuju ke pejabatnya demi menjalankan hukuman..

"Duduk !" ucap pensyarah tersebut dengan tegas

Alana cuba mengikuti kemahuan pensyarah baru nya..Dia berdebar menunggu apa hukuman yang bakal dia hadapi..Tangannya mengenggam erat skirt yang dia pakai..Gugup dan kekok berada dalam satu ruangan yang sama lagi dengannya..

"Betul ke eksiden?? Dekat mana?? Langgar siapa??"ucapnya lalu duduk di depan Alana

"Tak eksiden..Tadi tipu sunat je"namun Alana masih tak mampu menatap lelaki tersebut..Perasaannya masih kacau jika menatapnya..

"Hemmm tak berubah kan.."ucap lelaki tersebut lalu mengulurkan sekeping kertas kosong

"Ni untuk apa??"tanya Alana binggung

"Denda kamu..Tulis alamat dan nombor telefon.."ucapnya tanpa rasa malu

Alana kemudian menatap anak mata lelaki tersebut..Anak mata yang sudah lama dia rindui..Anak mata yang tak pernah gagal membuat jantungnya berdetak lebih laju..

"Jangan ambil kesempatan..Tu privasi saya"ucap Alana enggan memberikan nombor telefonnya

"Siapa nak ambil kesempatan..Tu hukuman kamu..Lepas ni kamu lambat saya sendiri yang akan jemput depan rumah !" ucapnya datar

"Saya tak nak !!" Lalu Alana berdiri dan ingin keluar dari ruangan tersebut

"Sayangggg ~~~" sambil menahan tangan Alana

"Abang kita dah takde apa-apa hubungan..Abang lupa ke??"

"Tak..Abang tak pernah lupa yang abang tak pernah ucap kata putus..Macam mana kita dua buat keputusan untuk bersama dulu macam tu juga hal berkaitan putus..Sayang hanya kata sebelah pihak..Abang tak..So you still mine !!" lembut nada yang digunakan namun terselit ketegasan di setiap ayat..

"Hehh setelah setahun baru abang nak pertikaikan benda ni..??" Alana mulai mempertikaikan ucapan Nuqman

"Abang bagi sayang masa..Tapi abang tengok macam sayang dah lupa akan abang kan??"Nuqman tak nak mengalah

"Ciss alasannn!!"

"Alasan ku mencintai mu!!"

"Lepas lah bang..Alana dah lambat ni"

"Lambat nak jumpa Faiq?? Betul kan??" Nuqman menatap tajam Alana

"Tu privasi Alana..Bukan urusan abang.."

"Tak..Tak boleh..Abang kekasih Alana..So siapa pun cuba nak curi Alana dari abang,abang takkan tinggal diam!"ucap Nuqman

"Sini abang hantar..Atau sayang nak stay dalam bilik ni sampai malam?? Abang okey je..As long as im with you,im okey..."tersenyum-senyum sambil memperlihatkan lesung pipitnya

Alana seketika terdiam..Nuqman bukan seperti Nuqman yang dia kenali..Jauh berbeza dengan Nuqman yang serius ,pekerja keras dan sopan..Nuqman yang dia kenal terlalu menjaga etika..Tapi saat ini Nuqman yang ada di depan matanya adalah Nuqman yang sangat pandai mengambil kesempatan buat mendekatinya..Nuqman yang tak memikirkan tindakannya bakal ditolak ataupun tidak..Nuqman yang berani menyatakan kepemilikkannya keatas Alana tanpa rasa malu sama sekali...

"Im yours...And you is mine Alana Naira"sambil menatap Alana

Telefon yang berdering menganggu keduanya..Alana mengapai telefon yang ada di dalam beg tangannya...Melihat sekilas nama pemanggil lalu menjawabnya..

"Ya bang..Kenapa??"

Dahi Nuqman seketika berkerut.. "Abang?? Abang mana ni?? Bukan Hilman di Milan ke??" batinnya sambil masih tetap mencuri dengar perbualan Alana..

"Ahh dah sampai?? Okey kejap Alana turun..Tunggu tau"ingin cepat-cepat keluar dari bilik Nuqman dan berusaha melepaskan pegangan Nuqman..

"Hilman??" Nuqman bertanya

Namun Alana cuma mengangguk..Kemudian nak tak nak Nuqman terpaksa lepaskan pegangan tangannya..

"At least give me your number sayang"pinta Nuqman dan kerana malas berlama-lama di bilik Nuqman ,Alana pun memberikan nombor telefonnya..Setelah itu sepantas kilat dia melajukan langkahnya menuju ke tempat parking..

Dia ingin menjauh secepatnya dari Nuqman kerana jantungnya susah mengawal detak jantung..Debarannya sangat terasa..Hanya Nuqman seorang mampu buatkan dia rasa perasaan itu lagi..Dengan semua telatah Nuqman yang malah makin membuatkan Alana jadi tak tentu arah..

******

"Heii bear kenapa ni lari-lari macam nampak hantu..Abang takkan tinggalkan bear tau..So jalan perlahan-lahan je lain kali"

"Alana rindu abang Faiq...Abang datang kenapa tak bagitau awal-awal"Alana memuncungkan mulutnya

"Hahhahahaha...Ingat comel la tu buat mulut macam tu..Ishhh" Faiq ketawa lepas

"Abang pergi seminggu je bear..Takkan bear tak tahan tunggu..Hahahhahahah"tambah nya lagi

"Bosan tau abang takde..Lagipun abang dah janji nak bantu Alana buat persiapan harinjadi mak long kan..."

"Yayaya..Abang kan dah janji so abang akan tepati..Nahh ambik ni tanda permintaan maaf abang"memberikan sejambak bunga ros merah yang masih segar kepada Alana..Memang sudah menjadi kebiasaan Faiq memberikan hadiah buat Alana..Ada sahaja dia belikan..Kadang bunga,coklat,perfume dan banyak lagi..Sepanjang setahun juga faiq lah yang berjaya membuatkan Alana berubah ceria lagi..Berkat kehadiran Faiq,hidup Alana yang sempat kelam kembali ceria...Alana dan Faiq sama-sama memiliki sikap yang ceria dan periang..Seakan kembar semua hal mereka rasai hampir sama..Mereka juga berkongsi minat yang sama dan menyukai aktiviti-aktiviti yang menyeronokkan..

Jika mereka berada dalam satu kelompok maka hanya suara mereka lah yang menyerlah..Suatu tempat yang sunyi jika didatangi oleh mesti suasana sunyi akan berubah menjadi sangat bising disebabkan oleh suara-suara yang muncul dari mulut keduanya...Jika difikir-fikir keduanya seakan twin flame untuk satu sama lain..Sangat sama..Bagai bercermin dengan diri sendiri..Itulah yang dirasakan keduanya..

Alana juga sangat selesa dan nyaman berada dekat dengan Faiq..Dia menjadi diri sendiri dan selalu bertingkah semahunya namun Faiq tidak pernah memarahinya..Apapun yang Alana lakukan tidak pernah menjadi masalah buat Faiq kerana dia boleh memahami Alana..Jika Hilman terlalu posesif dalam menjaga Alana..Faiq pula sosok yang seakan Amran kerana dia sering memanjakan Alana..Bahkan perlakuannya ini dari sebelum kejadian hitam yang pernah Alana hadapi dulu..Sikap Faiq yang seperti inilah yang membuatkan Alana bertambah manja dengan dirinya..

Kedekatan mereka boleh dilihat dari cara Faiq memberikan nama "Bear" kepada Alana..Gadis yang sangat menyenangkan dan menjadi kegemarannya seperti sebuah patung teddy bear yang menjadi kegemaran ramai..Itu lah Alana di sudut pandangan Faiq..Alana gadis yang sangat menyenangkan..Dia menyayangi nya dan saat Alana dilanda masalah mengenai isu pelecehannya, hal itu sedikit sebanyak membuat Faiq juga merasa sedih..Pelbagai hal dia lakukan untuk menghibur Alana agar melupakan semua peristiwa hitam tersebut...

Tanpa keduanya sedar ada mata yamg memandang mereka dari  jauh..Sedikit rasa bahagia saat melihat gadis kecilnya boleh tertawa lepas lagi namun ada sebuah rasa sedih dan hampa kerana Nuqman sedar bukan dia lagi punca senyum di bibir gadia itu terukir..Bukan dia punca utama kebahagiaan Alana lagi..Dia mulai overthinking apakah Alana telah mengantikan posisinya dengan Faiq atau masih adakah sedikit ruang di hati Alana buat dirinya...

Alana Naira (S2 COMPLETED ✅)Where stories live. Discover now