"Fikir panjang-panjang..Kau kenal siapa kekasih kau tu kan..Kau kata kau kenal dia dah lama..Kau yakin dengan dia..So sekarang macam mana??Kau masih kenal dia ke tak??"Suara Neya di hujung talian saat Alana selama tiga hari mengasingkan diri..Nora yang risau memberitahu Neya akan keadaan Alana dan kejadian yang menimpa Alana malam itu..
"Ak...Aku tak tahu Neya..Semua serabut..Isi kepala aku tengah serabut..Aku...Aku tahu dia bukan lelaki macam tu..Dia lelaki yang menjaga adab tap...Tapi mustahil benda ni tak betul kalau sudah sampai pihak Jabatan Agama Islam yang masuk campur..tsk..tsk.."Isak Alana
"Kau tenang dulu..Jangan buat tindakan gegabah..Kalau betul dia tak buat mesti akan terbongkar juga.."nasihat Neya
Tanpa sedar Mikail mendengar semua luahan hati Alana dari balik pintu..Dia serba salah untuk menyampaikan hal ini kepada Hilman kerana saat ini Hilman sedang fokus menyiapkan karyanya untuk pameran akan datang...Dalam masa yang sama Mikail yakin Nuqman diperangkap..Dia tahu Nuqman tak lakukan semua yang sedang diperkatakan oleh netizen..Malam semalam saat Nuqman yang masih tidak mahu berhenti memohon agar Alana memberinya peluang untuk menjelaskan semuanya tetap berkeras untuk berada di depan pintu utama rumah Alana..Jelas terpancar wajah sedih dan kacau Nuqman..Lelaki yang selama ini Mikail dan Hilman hormati kini menangis di depan matanya demi seorang Alana Naira...Nampak ketulusan cintanya..Hari ini pun sama..Nuqman masih setia menunggu peluang dari Alana...
"Tolong bagi abang peluang..Sumpah demi Allah abang tak buat benda tu"ucap Nuqman dengan yakin namun kata-katanya hanya didengari Mikail..
Mikail kemudian mendekati Nuqman dan memujuknya untuk pulang bersihkan diri dahulu..Keadaannya yang kacau hanya akan membuatnya semakin rumit jika kesihatannya menurun...Alana juga perlu masa untuk tenangkan diri..Mikail yang cukup mengenal Alana tahu bahawa gadis itu jika sedang serabut pasti tidak ingin berhubungan dengan sesiapa pun..Apa yang perlu Nuqman lakukan adalah memberi ruang dan masa untuk Alana..
"Bro..Patut masa macam ni selesaikan apa yang patut diselesaikan..Mengenai kes malam tu aku akan bantu selidik..Tapi tolong bertindak pandai sedikit..Tak semua perempuan itu lemah..Tak semua memiliki hati yang tulus.. Tolong kali ini fikirkan Alana sebelum bertindak" ucap Mikail
Mendengar ucapan Mikail,Nuqman hanya tertunduk..Dia sedar dia yang tidak berhati-hati dan mudah percayakan orang .Dia mengira Liyana malam itu terserang penyakit anxiety nya dan perlu tempat meluah seperti biasa..Siapa sangka gadis itu pandai bermuka-muka..Paling mengejutkan sesi kaunseling yang dijalankan diputar belit menjadi kisah yang tak sepatutnya diceritakan..
"Dokter Nuqman goda saya ustaz..tsk..tsk...Dia...Dia raba saya..Saya takut sebab dia ugut saya..hikss hikss..."Liyana mereka-reka cerita dan meminta simpati agar semua memercayainya
Nuqman tidak habis fikir kenapa Liyana snaggup menipu dan menceritakan situasi yang sama sekali tidak betul..Nasib baik lah ada CCTV di dalam pejabat Nuqman jadi Nuqman dapat membuktikan dirinya..Namun apakan daya Liyana merupakan artis ternama yang sekali dia berkata-kata atau ada gosip mengenai dirinya pasti dengan mudah pihak tidak bertanggungjawab akan sebarkan...Memang betul Nuqman telah didapati tidak bersalah namun mulutnya seakan terkunci kerana berita palsu telah tersebar secara meluas..
Nama baiknya telah musnah..Ditambah dia bukanlah orang yang berkuasa..Sulit untuknya membersihkan nama..Nuqman juga tidak kisah jika masyarakat memandangnya buruk dan percaya akan berita palsu yang tersebar..Kerana baginya hanya orang yang tidak menggunakan akal akan percaya berita-berita tanpa bukti tersebut...Baginya saat ini yang penting hanya lah pendapat sang kekasih..Ratusan pesanan dan puluhan panggilan tak diendahkan membuat jiwanya gelisah..Dia mencintai Alana dan tidak ingin kehilangannya...
"Sayang...Apa tidak selayak itu kah abang untuk memberi penjelasan??"batin Nuqman saat pergi meninggakkan perkarangan rumah Alana dan menerima nasihat yang Mikail berikan..
Alana yang menatap kepergian sang kekasih dari balik jendela hanya menangisi semuanya..Hatinya sakit..Hancur..Dia mencintai Nuqman sejak lama..Saat dia telah mendapatkan cintanya kenapa harus ada masalah datang bersama..Dia hanya ingin rasa bahagia..Tidak layakkah dia merasa bahagia?? Disaat dia membesar tanpa kasih sayang dari Mommy dan Daddy nya..Disaat Mommynya pergi tanpa sempat menemuinya selepas berpisah bertahun-tahun..Saat sang daddy yang hingga saat ini mengabaikannya dan menyalahkan dirinya sebagai anak sial kerana menjadi punca sang Mommy meninggal..
"Kalau bukan sebab kamu isteri aku sampai hari ini akan tetap hidup !!!!!" suara nyaring sang Daddy yang menyalahkan dirinya jelas kedengaran di hujung talian..Daddy Alana bahkan hanya menelefon untuk menyuruh keluarga Hilman menguruskan jenazah isterinya..Dia seperti biasa selalu sibuk dengan bisnesnya dan tidak dapat meluangkan masa balik ke Malaysia...Suami seperti apa itu..Saat sang isteri masih bernyawa, dia sanggup berkorban bahkan meninggalkan anaknya yang masih bayi hanya untuk membantu sang suami..Ehh saat dirinya meninggal sang suami malah hanya menyuruh orang lain yang mengurus..Alana yang marah sempat meluapkan marahnya tapi ego sang Daddy lagi tinggi dan malah menyalahkan Alana mengenai pemergian Mommynya...
Kini Nuqman lelaki yang dia cintai malah membuat dia rasa sakit..Alana mulai mempertanyakan apa dirinya dan Nuqman betul berjodoh..Atau hanya dirinya yang memaksa takdir hingga semua yang terjadi terus-terusan menyakitinya..
Tok..Tok...Tok..
Ketukan pintu bilik Alana jelas terdengar..Mikail cuba untuk mengajak Alana berbincang..Tidak sanggup dia melihat keadaan gadis itu dan abang Nuqman nya saling menyakiti diri mereka..
Ceklek
Pintu dibuka dari dalam..Menampakkan wajah sembap Alana..Gadis yang terkenal dengan sikap riang nya kini kelihatan seperti mayat hidup..Mata sembap..Hidung merah..Bahkan pakaiannya acak-acakan...Makanan yang dihantar kebiliknya juga tidak disentuh sama sekali..
"Nak mati ke??"tanya Mikail
"Kalau nak gaduh baik abang Mika balik je..Alana penat"
"Hemmm kau tu dah besar Alana..Kenapa berperagai macam budak-budak..Kalau tak suka putuskan je abang Nuqman tu...Jangan seksa dia dan diri kau..Tak berbaloi ehh..Si minah karat yang jadi dalang kes ni mesti tengah happy tengok rancangan dia berjaya"ucap Mikail panjang lebar
"Tap....Tapi dorang...Apa dorang buat dah sakitkan hati Alana...Kenapa perlu buat perbuatan terkutuk tu!!" ucap Alana penuh kekecewaan
Dengan laju Mikail langsung menjitak dahi Alana..
"Auchh sakit lah !!!" Alana mengusap daginya yang kesakitan
"Haa sakitkann..Begitu lah hati aku sakit tengok kebodohan kau..Otak tu Allah bagi supaya kau berfikir Alana oiii...Bagi Abang Nuqman peluang untuk jelaskan..Dan lihat bukti..Bukan hanya dengar satu pihak..Zaman sekarang ni Fitnah Dajjal dimana-mana..Faham tak??"celoteh Mikail
"Macam mana kalau semua tu betul..Alana tak nak sakit hati terlebih dalam.."Alana masih dengan egonya
"Lantak kau lah Alana oii..Allah bagi otak suruh pakai bukan guna untuk menghalu je..Orang kalau betul buat benda tu tak perlu sembunyi-sembunyi..Boleh je si Nuqman tu kahwin dengan minah tu..Buat apa buat sorok-sorok sedangkan dia bujang..Patut dia tak tackle kau..Dia boleh je mengorat minah tu.."bebel Mikail sambil menyilangkan tangannya
"Kau tu belum tengok bukti..Asyik dengan overthinking kau..Kau tau tak overthinking tu merosakkan kesihatan..Kalau kau taknak menyesal baik kau dengar penjelasan dan lihat bukti yang abang Nuqman ada.."tambah Mikail lagi sebelum keluar bilik Alana meninggalkan Alana seorang diri supaya dia mampu berfikir jernih selepas mendengar ceramahnya
Alana kini hanya diam terduduk di hujung katil..Apa yang diberitahu Mikail sangat betul..Kenapa dia bertindak bodoh?? Dia telah mengenali Nuqman sejak lama..Apa dia patut bagi Nuqman peluang atau berlarut-larut dengan overthinkingnya...
YOU ARE READING
Alana Naira (S2 COMPLETED ✅)
Ficción General"A-alana suka abang !!!!!!" ucapnya separuh menjerit Sontak pen yang ada dipegangan Nuqman Yusuf terjatuh entah kemana..Terkejut kerana pernyataan tiba-tiba yang dilakukan oleh Alana Naira yang tak lain dan tak bukan adalah adik sepupu kepada sahaba...