Jiwa yang kacau !

118 4 0
                                    

"PUTUSKAN ALANA!!" ucap Hilman datar dan tegas

"Hal lain abang boleh fikirkan..Boleh lakukan tapi hal ni maaf abang takkan buat !!" Nuqman tak kalah bebal dari Hilman

"Hil nak pukul abang..Nak tumbuk banyak kali pun buatlah asal jangan suruh abang putus dengan Alana !"lirih suara Nuqman

Dia tahu betapa sayang Hilman terhadap Alana..Sama macam Amran sayang dekat Alana..Itu adalah risiko yang harus dia hadapi jika ingin bersama gadis yang dia cintai..

"Sekali abang sakiti dia Hil takkan teragak-agak untuk pisahkan korang dengan tangan Hil sendiri !!" gertak Hilman

"Abang janji..Abang betul-betul sukakan Alana..Abang takkan sakiti dia"janji Nuqman

"Baik..Hil pegang janji abang...Tapi Alana baru 20 tahun..Dia kena habiskan sekolah dulu..Abang sanggup tunggu??"tanya Hilman memancing

"Sanggup..Abang sanggup tunggu dia.."jawab Nuqman dengan yakin

*******

"Jadi abang dah restu kitorang?? Serius ni kan..?? Tak tipu kan..??"tanya Alana excited

"Bukan main excited yaa.."datar

"Mestilah..Sekarang Alana cuma ada abang sorang..Kalau boleh Alana nak dapatkan restu abang juga.."ucap Alana sendu

"Hemm..Abang restu..Tapi abang tak nak Alana sembunyikan apa-apa dari abang..Bagitahu semuanya..Jangan biarkan abang tahu dari pihak lain atau tahu tanpa sengaja macam tadi.."ucap Hilman masih dengan nada datarnya..

Sejak Amran meninggal dunia,Hilmam jadi berubah..Sangat berbeza berbanding Hilman yang suka menyakat..Hilman yang kuat main..Sekarang Hilman lebih banyak diam dan dingin dengan semua orang..Bahkan sehari kadang suaranya susah didengar..Hilman sangat mengasingkan diri sendiri..Tempat terfavourite nya adalah studio..Dia meluapkan segala emosi dan kesedihan dengan lukisan-lukisannya..

"Abang nak pergi mana??"tanya Alana

"Studio..Kalau Mama sedar call abang ya"pesan Hilman

"Hemm"lalu Alana hanya memandang kepergian Hilman

"Alana rindu abang hil yang dulu..."gumamnya sambil menyeka air matanya..

Lalu alana memandang satu frame gambar yang berukuran besar yang digantung di sudut ruang tamu di kediaman Tan Sri Hassan..Gambar tu adalah gambar keluarga dan Alana termasuk di dalamnya..Senyuman Amran..Senyuman Hilman..Mak long nya yang masih sihat..Pak longnya yang tersenyum bahagia dan dirinya yang kelihatan sangat bahagia di dalam gambar tersebut..Alana merindukan itu semua namun kini itu adalah hal yang sulit untuk dia miliki..Semua telah menjadi sebuah kenangan..Hanya kenangan indah dan akan dia ingat sampai bila-bila...

"Alana harap abang Hil akan berubah jadi macam dulu..Abang Am tolong doakan Abang Hil berubah semula..Alana kesunyian"pintanya sambil tetap memandang gambar keluarga mereka

******

"Hahh ni-ni dari Tuan Amran??"tanya Nora kehairanan

Mendapat panggilan telefon dari Nuqman sahaja berjaya membuat Nora terkejut apatah lagi saat mengetahui tujuan utama perjumpaan mereka....

"Ta-tapi kenapa??Kenapa Tuan Amran bagi hadiah ni??"masih mode bertanya

"Dia nak kamu bahagia dengan hadiah dia..Terima hadiah dia yaa..Kalau nak berterima kasih cukup kamu doakan Amran ditempatkan dikalangan orang beriman"ucap Nuqman serius

Betapa terkejutnya Nora saat membuka sampul yang diberikan oleh Nuqman..Ternyata isinya adalah tapak rumah dan sebuah cek bernilai satu juta..Tapak rumah anak yatim yang selama ini dia tempati hampir dijual oleh pemilik asal..Jika hal tersebut terjadi maka rumah anak yatim nya akan dirobohkan..Hal ini membuatkan Nora bersedih selama beberapa hari..

Alana Naira (S2 COMPLETED ✅)Where stories live. Discover now