"Apaa???"
"Reena Natasya??"
"Makin berani ehh dia..Ishhh geram aku"ucap Alana sedikit emosi..Mana tak nya,awal pagi dia sudah dapat berita tidak bagus mengenai sahabat baiknya dan hal tersebut berkaitan dengan wanita yang selama ini dalam diam dia siasat..Yaa..Alana menyiasat semula kes abang Amran nya dan sebuah fakta mengenai keterlibatan Reena dalam kes kemalangan tersebut membuatkan dia memasang langkah berjaga-jaga dengan Reena..Selain itu,dia juga dibantu oleh Lady Gee dan Fahmi untuk menyiasat hal berkaitan Reena..
Meski Fahmi hanya terlibat sedikit tapi Fahmi antara orang yang tahu sejauh mana Alana telah berjaya menyiasat mengenai Reena..Begitu juga dengan hubungan baik Reena dengan beberapa anak buah mafia yang telah membantu dirinya membunuh Amran..Selain membayar lelaki-lelaki tersebut dengan duit,dia juga membayar mereka dengan tubuh badannya sendiri..
Nasib baik Mikail dan Hilman cepat bertindak sehingga mereka mengetahui kegiatan Reena yang membawa masuk lelaki asing ke rumah Hilman dan membuatkan Neya tidak sedarkan diri..Reena juga membuat cerita seakan Neya adalah isteri yang berlaku curang..Untung sahaja lelaki yang diupah tidak tertarik untuk memperkosa Neya sewaktu dirinya tidak sedarkan diri kalau tak mungkin hal yang berlaku saat ini akan jauh lebih berbahaya..
"Habis tu Neya sekarang macam mana??"tanya Alana lagi dengan seseorang di hujung talian
"Takkk..Bukan marah bie..Tapi Reena tu memang nak kena pijak kan..Eishhhhhh"gumamnya lagi membalas ucapan seseorang yang saat ini bertelefon dengannya..
"Haah..Flight Lana pukul 10 pagi ni..Sampai sana mungkin tengah malam kot..Ambik pleaseeeee"rengek Alana lalu lelaki yang berada di talian mengiyakan permintaannya..Tanpa disuruh pun lelaki tersebut memang akan menjemputnya..Mana taknya berpisah berbulan-bulan oleh jarak dan waktu membuatkan rasa rindu yang mereka berdua rasai semakin tinggi..
Setelah lebih kurang dua jam berborak melalui telefon dan kemudian berpindah ke video call akhirnya Alana terpaksa mematikan panggilan video nya..Kerana dirinya perlu bersiap untuk ke lapangan terbang..Dalam perjalanan dia tidak lupa untuk menyuruh Lady Gee mencari maklumat mengenai Reena..Alana juga memberitahu kepada Fahmi bahawa dia saat ini balik ke Malaysia..Dia telah mengatur pertemuannya dengan Fahmi kerana dia ingin minta bantuan Fahmi untuk membongkar hal berkaitan kematian abangnya Hidayat Amran..
*****
Jam di tangan menunjukkan pukul 1 pagi..Nuqman saat ini masih setia menunggu sang kekasih di lapangan terbang meski semakin lama suhu semakin sejuk dia rasakan..Suda berapa cawan kopi segera dia teguk agar kantuknya menghilang..Matanya juga asyik melirik ke arah balai ketibaan..Saat melihat sosok yang dia rindukan sedang berjalan ke arah nya dengan senyuman yang mekar di wajah dia menghampiri gadis kecil itu..Sebuah pelukan dirinya berikan dan keduanya saling melepas rindu..
"Kenapa kurus sangat ni bie??"tanya Alana sambil memegang wajah Nuqman yang kelihatan cengkung
"Kurus ehh..Tak lah..Biasa je ni.."ucap Nuqman yang sedari tadi tidak melepas pandangannya dari Alana
"Ni pipi chubby ni asal comel sangat..Bie geram.."sambil menekup pipi sang gadis pujaan dengan kedua belah tangannya
"Uiisshh sejuknya tangan bie.."dengan laju Alana memegang tangan Nuqman lalu cuba menghangatkannya..
"Sejuk sikit je..Lepas tengok sayang bie dah tak rasa sejuk..Mehh beg tu.."lalu mengambil beg pakaian Alana dan memegang tangan Alana menuju ke tempat letak keretanya..
Dengan penuh hati-hati Nuqman memastikan Alana masuk ke dalam kereta dan tangannya juga sempat melindungi agar kepala sang gadis tidak terhantuk di mana-mna bahagian saat masuk ke dalam keretanya..Kemudian dia juga turut masuk dan duduk di kerusi pemandu..Tanpa dipinta dirinya langsung memakaikan Alana tali pinggang keselamatan..
Mendapat perlakuan yang sedemikian perlahan membuatkan rona pipi Alana semakin merona dan degupan jantungnya juga semakin tak terkawalkan..Posisi mereka sangat dekat dan ianya membuatkan Alana gagal fokus..
Sepanjang perjalanan Alana dan juga Nuqman menceritakan apa sahaja yang terlintas di fikiran mereka..Keduanya menjadi diri sendiri dan jujur apa adanya..Begitu juga dengan kes yang menimpa Neya..Hal tersebut turut mereka bahaskan namun Alana kekal diamkan diri berkaitan tentang dirinya menyelidik semula kes masa lalu..Ini kerana dia yakin Reena terlibat dan Reena turut akan membahayakan Neya..Makanya dia datang ke Malaysia dengan alasan menghabiskan cuti semester namun dalam masa yang sama melindungi Neya dan menangkap Reena..
Sesampai di kediaman Hilman,keadaan sudah sangat sunyi dan sepi..Untung sahaja saat Alana menelefon Hilman,panggilannya langsung dijawab jadi mereka tidak perlu menunggu lama..Dengan wajah mengantuk sang abang sepupu membukakan pintu dan terlihat Alana yang senyum tersengih-sengih..
"Laa asal balik tak bagitahu??"ucap Hilman
"Surprise kan..Mana boleh bagi tahu..Bestie Lana mana?? Asal dia tak turun jemput Lana?"sambil mata melilau mencari kehadiran Neya
"Neyaaa oh Neya !!" Alana dengan selamba memanggil-manggil nama Neya
"Bini aku sudah tidur lah..Ishh pelankan volume suara tu sikit Lana oii"Hilman kemudian menggeleng kepala melihat kelakuan sang adik yang sangat random..
"Aishhh awal sangat tidur.."
"Bukan dia yang awal..Kamu tu yang balik tengah malam asal?? Macam takde telefon bagitahu nak balik..."Hilman bertanya lagi..
"Sudah sudah lah marah Alana tu Hil..Dia kan baru balik.."tegur Nuqman tidak ingin melihat kekasih hati dimarahi oleh Hilman
"Patut budak tu jadi macam tu,abang manjakan sangat.."ucap Hilman lalu mengajak Nuqman masuk ke dalam rumah nya..
"Kejap korang dua ni ada apa-apa ke ehh??Lain macam je aura dia?"Hilman mulai menyelidik..Hilman sejenis yang cepat peka oleh itu tidak mustahil baginya untuk mengetahui akan apa yang berlaku saat ini kepada Nuqman dan Alana...
"Err" Nuqman serba salah dan seakan ingin berkata jujur namun Alana secepat mungkin memotong ayatnya..
"Alahhh salahkah kalau abang Nuqman hantar Alana..Dah kitorang kebetulan jumpa tadi dekat lapangan terbang..Daripada Lana call abang dan kacau waktu abang berdua dengan Neya..Bagus Lan tumpang abang Nuqman je kan"ucap lana panjang lebar namun Hilmn masih mencurigai mereka tapi dirinya sangat mengantuk dan malas untuk berdebat
"Okey lah abang balik dulu. Ni esok ada kelas lagi ni"ucap Nuqman lalu meminta diri untuk pulang
"Okey terima kasih abang.."ucap Lana sambil tersenyum
"Thanks bang sebab sudi hantar Lana ni.."Hilman juga turut mengucapkan terima kasih kemudian mereka menunggu Nuqman meninggalkan halaman rumah Hilman sebelum mereka berdua turut masuk ke dalam rumah..
"Neya okey tak bang??"tanya Alana
"Hemm dia dah mulai okey..Esok kamu tolong lah hibur dia ya..Esok abang ada meeting penting.."
"Okey baik bos..Jangan risau esok Lana akan buatkan hati Neya happy semula"
"Hemm sudah jum naik..Abang ni dah mengantuk sangat ni"sambil melangkahkan kakinya naik ke tangga menuju ke tingkat atas..
"Ni beg Lana ni sapa nak angkat..Nak suruh abang Nuqman dia dah balik"rengek Alana
.
"Eishhhh manja sangat lah kamu ni.."turun semula ke ruang tamu dan mengambil beg pakaian Alana"Manja-manja pun adik abang..Abang sayang juga..hahhahhahha"ketawa Alana lepas
YOU ARE READING
Alana Naira (S2 COMPLETED ✅)
Genel Kurgu"A-alana suka abang !!!!!!" ucapnya separuh menjerit Sontak pen yang ada dipegangan Nuqman Yusuf terjatuh entah kemana..Terkejut kerana pernyataan tiba-tiba yang dilakukan oleh Alana Naira yang tak lain dan tak bukan adalah adik sepupu kepada sahaba...